Mengatasi Rendah Diri  Rasa Malu
بسم الله الرحمن الرحيم
MENGATASI RENDAH DIRI & RASA MALU
MUKADDIMAH Setiap Muslim haruslah memiliki akhlak yang mulia kerana ianya merupakan suatu tuntutan dalam syariat ISLAM .Sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah  s.a.w  tentang tujuan pengutusan baginda :
Yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”
Hal ini ditegaskan lagi di dalam Al-Quran , ALLAH berfirman :
ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّڪَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ
Yang bermaksud : “ Iaitu mereka (umat islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta member zakat,dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi ALLAH jualah kesudahan segala urusan .” (Surah Al-Hajj , Ayat 41 )
Akhlak yang mulia adalah tanda keimanan seseorang . Seseorang yang tidak berakhlak tidak dikira sebagai seorang yang beriman.Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w menyatakan : “Bukanlah iman itu hanya dengan cita – cita tetapi iman itu adalah keyakinan yang tertanam dalam hati dan dibuktikan dengan amalan” (Hadis riwayat Ad-Dailami)    Seseorang yang muslim haruslah memiliki ciri-ciri akhlak yang bertepatan dengan syariat islam antaranya ialah bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhat,memelihara penglihatan,memelihara lidah, bermurah hati dan yang berkaitan dengan topik perbincangan ialah bersifat tawaduk ataupun rendah diri dan bersifat pemalu.Ciri-ciri ini  wajar dimiliki oleh setiap insan supaya dia menjadi seorang muslim yang benar .[1]
RENDAH DIRI & RASA MALU MENURUT KACA MATA ISLAM
Rendah diri dieertikan juga sebagai tawaduk , lawan kepada sifat tawaduk ialah takbur. Dalam kitab “Apa Ertinya Saya Menganut Islam?” Karangan Dr. Fathi Yakan menyebut seseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama ada miskin mahupun kaya.Rasulullah s.a.w sendiri memohon perlindungan kepada ALLAH agar dijauhkan dari sifat takbur (membangga diri) .
Baginda bersabda : Yang bermaksud : “Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takabbur.” (Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam hadis Qudsi  pula ALLAH berfirman : Yang bermaksud : “Kemuliaan itu ialah pakaian –Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang –Ku. Sesiapa yang  cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya” (Hadis Qudsi Riwayat Muslim )
Manakala sifat pemalu atau memiliki rasa malu memurut Islam sebagaimana yang disebut oleh Dr.Fathi Yakan di dalam kitabnya seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan.Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran.Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain , memelihara pandangan,merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap , berasa cukup serta memadai sekadar yang ada serta sifat-sifat seumpamanya.
Di ceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah seorang yang sangat pemalu,lebih pemalu dari anak gadis yang berada dibalik tabir. Rasulullah s.a.w bersabda : Yang bemaksud : “ Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang,maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan ALLAH) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang iman.” (Hadis riwayat Baihaqi).

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP SIFAT RENDAH DIRI DAN RASA MALU
Rendah diri dan rasu malu[2]  sering menguasai diri baik remaja mahupun orang dewasa.Sifat-sifat ini sememangnya perlu ada bagi seseorang individu ,namun haruslah kena pada tempatnya.Sebagai seorang Muslim,dia harus lah memiliki akhlak yang baik ,akhlak yang mampu menjadi contoh tauladan dalam masyarakat.
Namun,hari ini sifat rendah diri dan rasa malu disalahtafsirkan oleh segelintir masyarakat.Persepsi masyarakat yang berbeza menyebabkan sifat ini terkeluar dari landasan syariat islam.Paradigma songsang  yang sering menerjah ruang legar kotak pemikiran manusia jauh tersasar dari hadaf utama wujudnya sifat rendah diri dan rasa malu. “Apa nak buat ALLAH jadikan aku banyak kekurangan,siapalah aku?” kata  Salwa . “ Ala orang bandar lebih mempunyai keyakinan diri berbanding aku orang kampung duduk pedalaman ..” kata Zaid “Anak lelaki lebih bersemangat dan berkeyakinan dari anak perempuan”  kata seorang ibu “Kecantikan itu membuat keyakinan lebih bertambah” kata Anis . “Ala aku malu la ,tak biasa bergaul dengan orang perempuan ni,kau la yang cakap” kata Nabil.
Ini antara fenomena yang sering terjadi dalam masyarakat kita.Terlalu rendah diri dan rasa malu yang tidak bertempat.Untuk melakukan perkara kebaikan tidak dapat dilaksanakan dek kerena sifat negatif menguasai diri.Hancur segala impian hanya kerana rendah diri atau pun kurang keyakinan diri dan rasa malu yang tidak sepatutnya dimiliki oleh individu muslim. PUNCA – PUNCA RENDAH DIRI DAN RASA MALU [3].
Allah menciptakan kita semua sama hebat tapi tak serupa,jangan terlalu pesimis dalam menjalani hidup. .Sebagaiman firman ALLAH s.w.t:
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
Terdapat beberapa punca yang dikenal pasti menjadi penyebab kurang keyakinan diri dan rasa malu yang tak bertempat yang dihadapi oleh masyarakatAntaranya ialah :- 1) Tidak kenal diri sendiri 2) Fokus kepada kehebatan orang lain 3) Gagal mempamerkan kehebatan diri 4) Latar belakang keluarga 5) Kegagalan yang lalu 6) Ingkar perintah ALLAH 7) Melabel diri dengan perkara negatif
PETUA MENGATASI RENDAH DIRI DAN RASA MALU
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.Begitu juga dengan mereka yang menghadapi masalah kurang keyakinan diri dan terlalu rendah diri dan rasa malu yang melampau hingga dalam hal-hal kebaikan .Hal ini menjejaskan reputasi seseorang musli m yang sepatutnya mampu dirawat dan di kawal.
Terdapat beberapa petua yang di sarankan oleh Dr.Fadzilah Kamsah ,Pakar motivasi yang terkenal . Antaranya ialah :- 1) Kenali diri dan masalah yang dihadapi dengan mendalam 2) Sentiasa berdoa untuk mengembalikan keyakinan diri 3) Bergaul dengan mereka yang mempunyai sikap positif 4) Mencungkil bakat yang terpendam 5) Membentuk penampilan baru 6) Memperbaiki penampilan diri 7) Kawal pemikiran dan tukar label mental 8) Menjaga kesihatan tubuh badan 9) Mencari mentor,penasihat atau pakar motivasi 10) Bersyukur ke atas segala nikmat karunia ALLAH [4]
Berikut adalah petua-petua yang disarankan bagi menangani masalah tersebut,setiap masalah perlulah diteliti dan difahami apa sebabnya dan dari situlah kita cuba menyelesaikannya. Bergaul dengan mereka yang intelektual dan mempunyai fikiran optimis dan positif mampu menbentuk semangat dan jiwa kental dalam diri .Di samping kita mencari bakat yang terpendam “skill” kemahiran yang ada,selongkarlah kerana dari situ akan lahir keyakinan dalam diri anda.Setiap makhluk  ciptaan ALLAH tidak dijadikan sia-sia melainkan ada hikmah dan tujuannya.
Mindset perlu diubah dari pemikiran negatif sebagai contoh , ‘aku tak pandai’ kepada ‘aku sama pandai dengan orang lain ,cuma belum keluarkan kehebatan ,aku ada kekuatan aku bukannya tak pandai’ bukanlah “sombong” tapi itulah hakikat kita setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing.CARILAH KEISTIMEWAAN ANDA !!! DOA –DOA YANG DISARANKAN BAGI MEMBENTUK KEYAKINAN DIRI Antara doa-doa dan amalan yang boleh membantu menaikkan semangat dan keyakinan diri serta membuang sifat malu ialah :- 1) Baca surah al-Fatihah 2) Doa nabi Musa a.s  :
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي ويَسِّرلي أمري وَاحْلُل عُقْدَة من لِّساني يَفْقَهُوا قَوْلِي
“ Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku” 3) Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
4) Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa” [artinya: Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah].
5) 

PENUTUP
Setiap orang pasti ada kehebatan masing-masing,Cuma kita yang masih belum menunjukkan “belang”nya.Usahlah dipandang kehebatan orang lain,cubalah mencari kehebatan diri.Tidak salah untuk melihat kehebatan ,keupayaan orang lain tapi pada masa yang sama keluarkan kebolehan kita yang ada , cari satu persatu ,mungkin kita tidak perasaan ,cuba tanya pandangan sahabat-sahabat kebolehan apa yang kita ada,dan seterusnya cuba gilap,asah dan perbaiki.Dengan itu,kekuatan ,keyakinan diri dipupuk dan rasa rendah diri dan rasa malu bisa luntur sedikit demi sedkit. YAKINLAH BAHAWA ANDA BOLEH !!!
Hadirnya penulisan ini untuk sama-sama kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik .Moga bertambah rasa yakin dalam diri kita dan membuang jauh rasa malu yang tidak bertempat.Sukalah saya untuk mengingatkan diri saya terlebih dahulu serta sahabat-sahabat ,rakan taulan seperjuangan.Moga ada ibrah (pengajaran ) disebalik hasil pena ini.
“ TRANSFORMASI PEMIKIRAN , MANIFESTASI KESATUAN” “MUSLIM PROFESIONAL ACUAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH”
Wallahu’lam.


BIODATA PENGARANG KITAB  “APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?”

Beliau telah dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tarablas, Lubnan. Beliau telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab walaupun pada peringkat B.A. dan M.A. beliau belajar di dalam bidang kejuruteraan. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau merupakan anatara pelopor dan pengasas Ikhwanul Muslimin Lubnan dan telah menjawat jawatan ketua umum di dalam Ikwanul Muslimin Lubnan sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai Jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, (apa ertinya saya menganut agama Islam), 


al-Mutasiqituna 'ala toriq Da'wah (golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah) dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Pada 21 Jamadil Akhir, 1430 Hijrah (waktu Lubnan), bersamaan dengan hari Ahad, 14 Jun 2009 (waktu Lubnan), beliau telah pulang menemui ilahi. Beliau meninggalkan seorang balu, Dr. Mona Haddad Yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Antara buku-buku beliau yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu (Malaysia & Indonesia) dan menjadi sumber rujukan bagi gerakan-gerakan Islam di Nusantara.




Disediakan oleh : Al-faqirah ila Robbiha
Di semak oleh : 1) Tengku Nur ‘Izzati Binti Tengku Abdullah 2) Nur Aimi Liyana Binti Jamal 3) Siti Sabiha Binti Seman


[1] Bab “Saya mestilah Muslim dari sudut akhlak ” karangan Dr.Fathi Yakan dalam kitabnya “Apa Ertinya Saya Menganut   Islam.  [2] Rendah diri disini bukanlah bermaksud lawannya takbur (membangga diri) tetapi rendah diri  yang bermaksud     kurang keyakinan diri dan rasa malu yang tidak bertempat [3] Punca –punca rendah diri dan rasa malu dipetik dari  video Dr.Fadzilah Kamsah “Mengatasi Rendah Diri” [4] Bilamana kita bersyukur dan redha dengan ketentuan ALLAH kita akan lebih yakin untuk menempuhi kehidupan ini.       -  Petua tambahan dari penulis
Published: 2013-01-22 Hit: 30 Laman Asal
Karnival Bahasa Inggeris Sekolah sekolah Rendah Zon 2b Daerah Marang 2
  Medan Jaya: 2 April 2014: SK Medan Jaya menjadi tuan rumah bagi Program Karnival Bahasa Inggeris Zon 2B Daerah Marang. Sebanyak 7 buah sekolah rendah Zon 2B iaitu SK Medan .. ..
Upsr Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
BERMULA DARI 8 HINGGA 10 SEPTEMBER PELAJAR TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI UPSR. SERAMAI 33 ORANG PELAJAR AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI.DOA DARI GURU-GURU SENTIASA MENGIRINGI KALIAN. .. ..
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah upsr 2012
Kursus Pembangunan Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak telah diadakan pada 3 September 2012 hingga 6 September 2012 iaitu hari Isnin hingga hari Khamis, bertempat di Hotel Plaza Kuala Lumpur. Kursus .. ..
KARNIVAL BAHASA SEKOLAH RENDAH DAERAH DARO 2017
       Karnival Bahasa peringkat sekolah rendah daerah Daro telah pun berlangsung 19 April 2017 yang mana wakil setiap zon dalam daerah ini telah berentap di SK Hijrah Ba .. ..
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) 2 - 2009
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR) 2 - 200927 OKTOBER 2009 HINGGA 29 OKTOBER 2009 .. ..