Friday, November 2, 2012

no comment.

haha.ape tah tiltlenye. hai blog! hai coolblog!err. saya terpaksa tunggu lagi 1 minggu 6 hari utk menikmati chocolate blog without pearl saya itu. ini adalah kerana pakcik jambu saya. tak apalah, demi kesihatan saya yang sudah terlebih sihat ini juga.=)

rindunya kat awak wahai blog. maaf dan ampun saya dah jarang bukak awak. rindu saya juga? aww..
sweetnya.. haha. merenyam dengan blog sendiri tidak apa kan? si dia sedang lena diulit mimpi.

saya sudah tua. woahh. sudah 22. besarkan nombor itu? hadoi. sungguh terasa sudah banyak umurku. semakin banyak yang perlu dijadikan tanggungjawab. bukan lagi mengharap bantuan dari orang lain terutama mak, ayah dan si dia. masa untuk saya menjadi lebih dewasa. berbekalkan pengalaman hidup yang tidaklah sebanyak mana, namun saya pasti, cukup meninggalkan kesan yang bakal menjadi penggera amaran kepada saya untuk membuat apa-apa lagi kesilapan kemudian hari. insyaAllah.

terima kasih ya Allah. masih tidak lokek Kau kurniakan kesihatan badan pada hambaMu ini.
masih tidak kurang kasih sayangMu padaku ya Rahman. alhamdulillah.
mereka yang aku sayangi masih lagi bersamaku dan aku masih bersama mereka.
dan aku masih Kau beri peluang untuk berusaha menjadi khalifahMu dimuka bumi ini.
terkadang aku tersungkur jua. Istiqomahkan lah segala amalanKu ya Rahim.

Ayah dan Mak masih tetap menyayangiku. syukur aku masih punya mereka.
masih berpeluang memeluk mereka, bermanja dengan mereka. bertuah sungguh aku.
memiliki kakak2 dan adik2 ku, sebagai pelengkap dalam kehidupan ku..
dan kini, 3 orang si kecil yang sangat2 aku sayangi.. alhamdulillah ya Allah..

bersama si dia yang aku cintai. terima kasih wahai sang adamku.
terima kasih atas perhatian, kasih sayang, tunjuk ajarmu.
terima kasih atas segalanya.
semoga segala-galanya kembali seperti biasa
malahan lebih baik dari yang sebelumnya. aminnn..

Syukran Ya Allah.. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment