Saturday, June 30, 2012

::Berasa diawasi Allah s.w.t::

Sabtu lepas,sye berkesempatan ke pesta buku bertempat di Village Mall Sungai Petani..kalo pergi pesta buku memana pon,mesti tak mis beli walaupon sebuah..sye pergi dgn officemate, Nurul nama nye..mmg best la bila jumpa kawan satu kepala ni..seronok habiskan masa bersama kt pesta buku tu..mujur dh akhir2 bulan..jd xde la bnyk berbelanja..cuba kalo awl gaji,selamat..huhu.. 

Kat sini sye nk berkongsi sesuatu dgn pembacaan sye..ia juga peringatan untuk diri sendiri yg kdang2 alpa dengan dunia..setelah membacanya,sye rasa mcm diri ini sudah bnyk lalai..mari kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik.. 

~“Dipetik daripada Siri Amalan Wanita Solehah”~ 

Merasakan adanya pengawasan Allah adalah benteng kukuh yang menghalang daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa. Ini kerana, orang yang merasakan adanya pengawasan Allah akan menyedari apa pun yang dia lakukan di dunia ini, diawasi oleh Allah. Tiada tempat sembunyi daripada Allah, meskipun tiada seorang pun yang dapat melihatnya. Allah menerangkan; 

“Tidakkah mereka mengetahui Allah mengetahui segala yang mereka sembunyikan dan segala yang mereka nyatakan?”
(Surah al-Baqarah, ayat 77)

Apabila berasa diawasi Allah, maka secara automatik perasaan mahu membuat dosa hilang. Orang yang berasa diawasi Allah juga sedar ada malaikat yang mencatat amalannya, sebagaimana ayat Allah: 

“(Iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan, yang lain duduk di sebelah kiri.”
(Surah Qaf, ayat 17)

Allah juga menerangkan: 
“Sesungguhnya Tuhan kamu benar-benar mengawasi.”
(Surah al-Fajr, ayat 14)

::Berasa diawasi Allah akan menimbulkan sifat malu melakukan dosa kepada-Nya::

No comments:

Post a Comment