WA ZAKKIR FA INNAZIKKRO TANFAUL MU`MININ

"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam." -Saad bin Abi Waqqas-
Friday, February 26, 2010

Maulid al-Rasul

Posted in by DaNiEL HAiKaL | Edit
Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam – Surah al-Anbiyaa

Abu Hurairah radhiyallahu `anhu berkata, Wahai Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu? Beliau shallallahu `alaihi wasallam menjawab, Siapa saja yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlash dari dalam hatinya.

Oleh itu berdasarkan kata2 Abu Hurairah radhiyallahu `anhu,maka ayuh sama2 kita basahkan lidah dgn kalimah Laa ilaaha illallah.Xrugi pun kan.bukan ssh.xperlu modal pn untuk mengucapkan nya.chiok2 sahabt2.

Saya terigt satu kata2 Sohobussamahah ustaz "Saiful Islam"..ketika diwawancara di MHI 26Feb(pagi tadi) antara hujan beliau adalah,beliau menganalogikan, Peminat Beckham, buat rambut ala Beckham, pakai pakaian seperti Beckham dan membaca segala tentang Beckham. Itu tandanya kita sangat kasih dan mengidolakan Beckham walaupun Beckham tidak pernah mengasihi atau mengenali kita. Malah usahkan Beckham, James Dean dan Marilyn Monroe yang tidak pernah hidup sezaman itu pun ramai peminatnya.
Justeru manifestasi cinta kita kepada Rasulullah SAW, adalah dengan peduli kepada baginda, mengambil tahu, membaca mengenainya, berkelakuan seperti kelakuan baginda, yakni melaksanakan seluruh pesanan dan ajaran baginda dalam semua aspek kehidupan.

Firman ALLAH:

Dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).[al-Hashr 59: 7]

wallahu a`lam.

0 Comments


Leave a Comment