Jenis-jenis Perkataan dalam Bahasa Melayu (Kata Tunggal, Kata Terbitan, Kata Majmuk, & Kata Ganda)

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah ketemu lagi kali ini setelah sekian lama menyepi diri daripada dunia maya tanpa sempadan ini. Entri pada kali ini menjurus kepada aspek tatabahasa bahasa Melayu iaitu berkenaan beberapa jenis perkataan dalam bahasa Melayu berserta contoh-contohnya. Moga-moga apa-apa yang diposkan kali ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman tentang bahasa Melayu. Namun demikian, andai kata kedapatan beberapa kelemahan dan kesilapan, kemaafan jua dipohon. Empat sumber rujukan utama bagi entri ini ialah:

1. Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita : Jilid 1. Shah Alam: 'K' Publishing Sdn. Bhd.

2. Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita : Jilid 2. Shah Alam: 'K' Publishing Sdn. Bhd.

3. Nik Safiah Karim et. al. (2008). Tatabahasa Dewan : Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

4. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (1996) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


1.         PENDAHULUAN
Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara untuk membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal. Contohnya seperti rumah, putih dan tinggal. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih melepak dan rumah pangsa dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah putih-putih dan rumah-rumah pangsa.

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan dan penggabungan morfem kata dasar morfem imbuhan secara rentetan mendatar. Imbuhan digabung secara serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu awalan, sisipan atau akhiran.

Proses pembentukan kata berbentuk derivatif dapat dapat menerbitkan banyak perkataan melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu. Dalam bahasa Melayu, contoh satu perkataan seperti serap dapat diterbitkan bentuk-bentuk perkataan baharu seperti menyerap, menyerapkan, diserapkan, menyerapi dan sebagainya.

Kaedah pembentukan perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza daripada kaedah pembentukan perkataan dalam bahasa-bahasa yang bersifat fleksi, yang membentuk atau mewujudkan perkataan-perkataannya melalui kejadian perubahan fonem. 

2.         JENIS-JENIS PERKATAAN
Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis. (Nik Safiah Karim dan rakan, 1996)
i.          Kata Tunggal
ii.         Kata Terbitan
iii.        Kata Majmuk
iv.        Kata Ganda

2.1.            Kata Tunggal
Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis:

a.         Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri
Contoh:          
(i)         Kamu.            
(ii)        Sudah?                       
(iii)       Ini?

b.         Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh:          
(i)         di mana?         
(ii)        ke Kuala Lumpur       
(iii)       dari Terengganu

2.1.1    Bentuk Kata Tunggal:
i.          Satu suku kata
Pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti yang berikut :
Jadual 1 : Satu Suku Kata
Suku Kata
Perkataan
Suku Kata
Perkataan
KV
yu
KVKK
bank
VK
am
KKKV
skru
KVK
bah
KKKVK
skrip
KKVK
stor



            ii.         Dua suku kata
Antara pola-pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut :
Jadual 2 : Dua Suku Kata
Suku Kata
Perkataan
Suku Kata
Perkataan
V + KV
aku
KV + VK
buah
V + VK
ais
KV + KV
buku
V + KVK
adik
KV + KVK
telur
VK + KV
undi
KVK + KV
lampu
VK + KVK
ambil
KVK + KVK
bintang
KV + V
doa



iii.        Tiga suku kata
            Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak banyak. Perkataan tiga suku kata ini banyak terdiri daripada kata-kata pinjaman. Antara pola-polanya :
Jadual 3 : Tiga Suku Kata
 Suku kata
Perkataan
Suku kata
Perkataan
KV + V + KV
suara
KV + KV + KV
Teruna
KV + V + KVK
ziarah
KV K+ KV + KV
Bendera
V + KV + V
usia
VK + KV + VK
ilmiah
KV + KV + V
semua
V + KV + VK
elaun
KVK + KV + V
mentua
KV + KV + KVK
kelawar
KV + KV + VK
seluar
KVK + KV + KVK
martabat
KVK + KV+ VK
manfaat
KV + KVK + KV
belanja
V + KV + KV
utara
KVK + KVK + KV
sempurna
V + KV + KVK
ijazah
KV + KVK + KVK
selumbar
VK + KV + KV
antara



iv.        Empat suku kata atau lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contoh-contohnya :
Jadual 4 : Empat Suku Kata atau Lebih
Suku Kata
Perkataan
Suku Kata
Perkataan
KV + KV + VK + KV
keluarga
KV + KV + KV + KVK
salasilah
KV + KVK + KV + KV
sederhana
KVK+KV+KV+KVK
sentimeter
KVK + KV + KV + KV
laksamana
KVK+ KVK + KV + KV
singgahsana
KVK + KV + V + KV
sentiasa
KV + KV + V + KVK
nasional
KV + KV + KV + KV
bidadari
V+KV+KVK+KV+ KV
universiti

v.         Akronim
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar ( Tatabahasa Dewan, 1996 ).
Jadual 5 : Akronim
Akronim
Rangkai Kata
Bernama
Berita Nasional Malaysia
Gapena
Gabungan Penulis Nasional
Mara
Majlis Amanah Rakyat

2.2.      Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
Safiah et.al (1996): Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.

Jadual 5 : Kata Terbitan
Imbuhan

Perkataan
Kata Terbitan
di
+
makan
dimakan
ber-
+
temu
bertemu
-an
+
tekan
tekanan
-kan
+
pamer
pamerkan
-em-
+
guruh
gemuruh
per-...-an
+
gaduh
pergaduhan

2.2.1    Bentuk Kata Terbitan:
Kata Terbitan terbahagi kepada ;

i.          Kata terbitan berawalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti berikut :

a.                  Awalan kata nama
Jadual 6 : Awalan Kata Nama
Awalan
Kata nama
Awalan
Kata Nama
pe-
pelari
juru-
juruwang
pem-
pembawa
maha-
mahasiswa
pen-
pendatang
tata-
tatabahasa
peng-
penggali
pra-
prakata
penge-
pengebom
sub-
subtajuk
pel-
pelajar
supra-
suprakelas
per-
perasap
eka-
ekabahasa
pe-
pesara
dwi-
dwibahasa
ke-
ketua



b.                  Awalan kata kerja
Jadual 7 : Awalan Kata Kerja
Awalan
Kata Kerja
Awalan
Kata Kerja
me-
melawan
ber-
berjalan
mem-
membawa
be-
beraja
men-
mendaki
bel-
belajar
meng-
menggali
ter-
terjebak
menge-
mengecat
di-
diatur
memper-
memperisteri
diper-
diperisteri

c.                   Awalan kata adjektif
Jadual 8 : Awalan Kata Adjektif
Awalan
Kata Adjektif
Awalan
Kata Adjektif
ter-
terbesar
se-
secantik
te-
terendah



ii.         Kata terbitan Berakhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti berikut :

a.                  Akhiran kata nama
Jadual 9 : Akhiran Kata Nama
Akhiran
Kata Nama
Akhiran
Kata Nama
-an
pakaian
-isme
sosialisme
-wan
sasterawan
-in
hadirin
-man
budiman
-at
hadirat
-wati
seniwati
-ah
ustazah

b.                  Akhiran kata kerja
Jadual 10 : Akhiran Kata Kerja
Akhiran
Kata Kerja
Akhiran
Kata Kerja
-kan
buatkan
-i
turuti

iii.        Kata terbitan Berapitan
            Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti berikut.
a.                  Apitan kata nama
Jadual 11 : Apitan Kata Nama
Apitan
Kata Nama
Apitan
Kata Nama
pe-...-an
pelaksanaan
pe-...-an
pesisiran
pem-...-an
pembuatan
per-...-an
persalinan
pen-...-an
pendapatan
pel-...-an
pelajaran
peng-...-an
penggunaan
ke-...-an
kelainan
penge-...an
pengesahan



b.                  Apitan kata kerja
Jadual 20 : Apitan Kata Kerja
Apitan
Kata Kerja
Apitan
Kata Kerja
me-...-kan
memainkan
men-...-i
melalui
men-...-kan
mendermakan
mem-...-i
membohongi
mem-...-kan
membaikkan
meng-...-i
mengauli
meng-...-kan
menggandakan
di-...-i
diadili
menge-...-kan
mengecamkan
diper-...-kan
diperdengarkan
ber-...-kan
berlaukkan
diper-...-i
diperingati
ber-...-an
berlanjutan
memper-...-kan
memperjuangkan
di-...-kan
dibiarkan
memper-...-i
memperingati

c.                   Apitan kata adjektif
Jadual 21 : Apitan Kata Adjektif
Apitan
Kata Adjektif
Apitan
Kata adjektif
ke-...-an
kecinaan



iv.        Kata terbitan Bersisipan
a.                  Sisipan dalam kata nama
Jadual 22 : Sisipan dalam Kata Nama
Sisipan
Kata Nama
Sisipan
Kata Nama
-el-
telunjuk
-er-
seruling
           
b.                  Sisipan dalam kata adjektif
Jadua 23 : Sisipan dalam Kata Adjektif
Sisipan
Kata Adjektif
Sisipan
Kata adjektif
-el-
gelembung
-em-
gemilang
-er-
serabut
-in-
sinambung

            2.3       Kata Majmuk
Bentuk kata majmuk lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu.
a.         Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
b.         Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Pengelompokan Kata Majmuk:
AKTIVa.         Rangkaian Kata Bebas
nasi minyak                 bom tangan                 jalan raya
air hujan                      Perdana Menteri          Profesor Madya

b.         Istilah Khusus
garis pusat                   pita suara                     urus setia
cari gali                        kanta tangan                kertas kerja     

c.         Mendukung Maksud Kiasan
kaki bangku                 berat tangan                ringan mulut   
makan angin                angkat bakul                batu api           duit kopi

            2.4       Kata Ganda
Proses penggandaan ialah proses yang menggandakan kata dasar.
Tiga jenis penggandaan:

a.         PenggandaanPenuh
Menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan atau pun tidak.

b.         Penggandaan Separa
Menggandakan sebahagian kata dasar. Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

c.         Penggandaan Berentak
Berentak pengulangan vokal, konsonan, dan bebas.
Jadual 24 : Kata Ganda Contoh
Penggandaan Penuh
Penggandaan Separa
Penggandaan Berentak
buku-buku
lelaki
cerai-berai
murid-murid
lelangit
hingar-bingar

Wassallam.

Comments

  1. Ok...

    This might sound kind of weird, maybe even a little "strange"

    WHAT if you could simply press "PLAY" and LISTEN to a short, "miracle tone"...

    And magically bring MORE MONEY into your LIFE???

    And I'm talking about hundreds... even thousands of dollars!!

    Sound too EASY??? Think it's IMPOSSIBLE?

    Well then, I'll be the one to tell you the news...

    Many times the most significant miracles in life are the easiest to GET!!

    Honestly, I will PROVE it to you by allowing you to PLAY a REAL "miracle money tone" I've synthesized...

    You simply push "PLAY" and the money will start coming into your life... starting almost INSTANTLY...

    TAP here to play this mysterious "Miracle Abundance Tone" as my gift to you!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Senyum... Senyum... Aneka Senyum...

Kewajaran Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu