Monday, July 20, 2009

nkRefer

Sihir Patung


-------------------------------------------------------------------
Sihir Pemisah Dalam Makanan
Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.
Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak-awaknya (untuk dibawanya berjalan-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang menghadapi krisis kritikal. Apabila seseorang lain yang datang dengan berkata: 'Aku telah melakukan begini dan begitu...' (mendamaikan kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata:'Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa'. Kernudian apabila ada seseorang lain yang berkata:'Aku tidak akan lepaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan isterinya', maka si iblis tadi akan cepat-cepat menghampirinya lalu berkata: 'Ya! Engkaulah orang yang bijak' ".
Hadis riwayat Muslim.

Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaada antara suami isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya.

Kesan sihir
1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.
2. Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri.
6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti
harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa
senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat: 1. Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka."
------------------------------------------------
Tawarkan patung2 sihir
Al-Baqarah 1-10
Surah Yasin 1x
Selepas tu bacakan
Isra 81 21x
Qursi 21x
Fatihah 21x
Yunus 81-82 21x
Al-Baqarah 163 21x
Al-Baqarah 255 21x
Surah Falaq 21x
Surah AnNas 21x
Surah Ikhlas 21x (memang susunan Ikhlas last)
Salawat
Amin, insyALLAH
------------------------------------------------
Kaedah Menyiksa Jin
Sila tekan kawasan yang bertanda merah itu dengan menggunakan jari telunjuk,tekan di kedua belah bahagian bawah rahang kiri dan kanan juga selama 2 min sambil membaca ulang-ulang 2 ayat terakhir qursy,insyaAllah jin pengganggu akan menjerit kesakitan dan setuju keluar dari badan pesakit.
------------------------------------------------
Panduan Pagar Rumah
1) Azan 1x ditengah rumah dengan kuat.
2) Baca khutbah jin 1x "SERUAN KPD BANI JIN YANG BERADA DIMANA-MANA,AKU PERINGATKAN KAMU TENTANG SUMPAH KAMU KPD NABI SULAIMAN,BAHAWA KAMU BERJANJI TIDAK AKAN MEMASUKI MANA-MANA RUMAH MANUSIA DAN JUGA TIDAK AKAN MENYAKITI SESIAPAPUN,DEMIKIANLAN PERJANJIAN KAMU DENGAN ALLAH DAN RASULNYA"
3) Spray larutan air garam yang telah dibacakan qursy 7x disekeliling rumah.
4) Spray mulai penjuru kanan rumah bahagian atas menghala ke kiri (4 penjuru) sambil baca qursy ulang-ulang dengan niat minta pada Allah bentengkan rumah dari kejahatan segala mahkluk.
-------------------------------------------------
Makna Al-Falaq
1)Katakanlah (wahai Muhammad),Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk
2)Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan
3)Dari bahaya gelap apabila ia masuk
4)Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan)
5)Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya
(Al Falaq 1-5)
-------------------------------------------------
Makna Al-Baqarah 105
..........padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah"
(Al-Baqarah 102)
-------------------------------------------------
Tasbih Yunus
Tasbih Yunus ada dalam ayat Anbiya 87, bermula dari "LA ILAA HA ILLA ANTA...." hingga habis ayat. Dibaca 100x pagi dan 100x petang supaya kita elak jin keluar/masuk badan, insyALLAH
-------------------------------------------------
Cara memagar diri dari sihir @ ilmu hitam.
Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Bacaan ayat ayat hendaklah dengan tertib dan betul tajwidnya.

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka. Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil luang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W.
telah bersabda : Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan -kawasan hulu yang lidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Keenam (6)
Perlindungan ketika hendak mengerjakan solat.
Jubair ibnu Mut'im r.a. pernah mendengar Rasulullah S.A.W. menyebut zikir sebanyak 3 kali.

Pagar Ketujuh (7)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah. Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
berdoa : Ertinya :"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

Pagar Kelapan (8)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'. Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu"
Riwayat al Bukhari.
Nota : Amalan kelapan lapan pagar sihir di atas adalah bersumber maklumat dari kitab karangan Sheikh Wahid Abdul Salam Baliy.