Monday, April 6, 2009

Pengalaman Praktikal.

Assalammualaikum..

Setelah 3 bulan saya menjalani praktikal di CICT..
Banyak pengalaman yang saya perolehi.
Saya di letakkan di bahagian Pusat Sokongan Teknikal bersama-sama
dengan 2 lagi pelajar praktikal iaitu Siti Wahidah Wani dari Kolej Komuniti Bandar
Penawar dan Mohd Firdaus bt Ismail Dari Politeknik Merlimau.
Di Pusat Sokongan Teknikal, adalah tempat staff menghantar komputer atau printer
untuk di baiki.Selain itu, di sini menyediakan anti-virus symantec secara percuma.
Disini, selain saya didedahkan dengan kerja-kerja teknikal saya juga diberi tunjuk ajar
untuk membuat kerja-kerja pejabat, contohnya menjawab telefon, mengambil maklumat
mengenai staff yang menghantar komputer untuk di baiki.
Antara tugasan yang di berikan kepada kami di sini ialah kami
dikehendaki untuk membuat blog.Sebelum ini, kami tidak di ajar cara untuk membuat blog
tetapi disini kami di ajar cara untuk membuat blog.
Kami ingatkan membuat blog adalah susah, tetapi setelah diberi panduan
rupa-rupanya membuat blog adalah senang.Di blog ini, kita boleh berkongsi pengalaman atau apa saja dengan orang ramai dan berkongsi pendapat.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment