Isnin, 12 Disember 2016

Rasa itu

Kekosongan...
hati mula merintih, dan terus merintih..
ku cari dia, cari dan terus mencari...
namanya ku ratib berkali-kali..
air mata mengalir tak henti-henti.

Ketahuilah...sehingga saat ini...aku masih tidak mampu membuang rasa itu..rasa rindu terhadapmu.

#RinduMama

Hijrah Diri

Ya Allah,
Perbaikilah agamaku yang merupakan penentu (kebaikan) semua urusanku,
dan perbaikilah (urusan) duniaku yang merupakan tempat hidupku,
serta perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku (selamanya),
jadikanlah (masa) hidupku sebagai penambah kebaikan bagiku, dan (jadikanlah) kematianku sebagai penghalang bagiku dari semua keburukan.

(HR. Muslim, no. 2720)

"DIA"

Wahai hati...
Bersabarlah...
Kau pasti bertemu "dia"...
Yakinlah dengan janji-Nya.

Saat ini...
Hati ini sedang mencari...
Namun pencarian di saat ini masih belum di tahap yang mengkehendaki diri untuk memaksa dan terpaksa…
Diri ingin mencari dalam diam...
Diri merasa itu lebih layak dengan keadaan pada masa ini...

Namun,
Kadang hati merasa sedih kerana tanpa sedar diri nampak begitu teruja sehingga berkali-kali bibir menuturkan kata-kata manis tentang "dia"...
Namun acap kali jua diri merasa sedih kerana merasa semakin jauh dari "dia"...

Cukuplah wahai diri...
masih banyak lagi yang perlu untuk difokuskan..
"dia" pasti datang..
Bersabarlah dengan penuh keyakinan.

Serah semua pada Allah.
Andai tidak bertemu "dia" di dunia,pasti akan ditemukan "dia" di syurga..
In shaa allah...Amiiinnn..

#cikbintangjubahhijau

#munculdalamgelaphilangdalamterang

Ahad, 25 September 2016

Baru-baru ini seseorang telah memberikan getah rambut kepadaku dan kawan-kawan yang lain...pemberiannya mengingatkanku pada cerita malam itu..

12.30 a.m.
(GETAH RAMBUT)
Berjalan dengan badan yang lemah longlai laju menuju ke rumah. Kelihatan orang ramai tengah berkumpul di hadapan rumah. Langkah ku teruskan menuju ke muka pintu, kulihat babah sedang duduk di hadapan pintu. Dengan fikiran yang kosong seperti orang yang tidak waras, aku terus masuk ke bilik itu. Ku dengar suara sayu babah berkata..."Jangan menangis"...namun tidak kuhiraukan...aku terus duduk di hujung tilam menghadap sekujur tubuh yang amat ku rindu...tubuh itu ditutup dari hujung kepala hingga ke kaki menggunakan selimut yang dilapis dengan kain batik...perlahan-lahan aku membukan lapisan kain itu...berlinang air mata bertambah sebak hati apabila melihat ikat rambut yang mengikat rambutnya...ikat rambut yang ku berikan padanya ketika cuti yang lalu...ku masih ingat waktu itu, si dia meminta ikat rambut itu dari ku kerana mengadu ikat rambut nya telah hilang..tanpa berfikir panjang aku memberikan ikat rambut itu padanya...sekilas ingatan ku teringat kenangan lepas...aku terus merangkul tubuhnya yang kaku dan berkali-kali jua ku kucup lembut dahinya...ma...yah rindu...
Ku habiskan malam terakhirku tidur disampingnya...insan yang tidak akan ku jumpa lagi..

Al-Fatihah untuk Arwah mama,
Sainah Binti Hj Ismail.
11 Jun 2016
YOUR LOVE WILL NEVER DIE. <3

Selasa, 26 Julai 2016

Setia

Terima seadanya,
Berbeza kau dan aku,
Biar pun apa saja,
Ku percaya kau setia.

Rabu, 8 Jun 2016

Kita kena Redha


Sungguh, cinta sejati itu tidak semudah yang kita sangka.
Memang benar...
Aku sudah merancang,
dan kau jua merancang,
Namun,rancangan Allah itu jualah yang terbaik untuk kita. 

Khamis, 21 April 2016

Kehilangan

Sesungguhnya,
aku amat-amat takut akan terjadinya perpisahan.

Ku akui,
sudah menjadi resam hidup kita sebagai manusia,
setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan.
namun,
aku bukanlah manusia yang mudah untuk menerima sebuah perpisahan,
kerna bagiku,
perpisahan itu amat-amatlah menyakitkan,
mana mungkin diri yang menyayangi ini mampu untuk berpisah setelah sekian lama diri mencuba untuk merasakan erti kebahagiaan bersama insan yang tersayang,

mana mungkin, diri ini mampu berpisah setelah diri mencipta pelbagai kenangan terindah bersamanya..
namun,

andai perpisahan itu terjadi,
diri hanya mampu meratapi,
mencuba untuk merelakan,
mampu mengikhlaskan tapi mungkin memakan waktu.

Kata orang, setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmah...
begitu jugalah akan perpisahan.

Perpisahan seketika dan perpisahan selamanya..
andai kita berpisah aku cuba meyakinkan diri bahawa kita pasti akan dipertemukan semula.

Harapanku, andai terjadinya perpisahan antara kita, biarlah kematian saja yang menjadi pemisahnya...kerana,

Perpisahan kerana kematian.
itu satu kepastian,
setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati...

Ya Allah, hambaMu ini amat menyayangi dirinya, andai sudah tertulis yang kami akan berpisah, Kau pertemukan lah kami semula di SyurgaMu ya Allah.

Jumaat, 19 September 2014

Rabu, 24 April 2013

HAMPIRNYA KITA PADA KEMATIAN

Sedar tak yang kita nie berlumba-lumba ke arah kematian..?.?sama ada kita sedar atau pun tidak, kita mesti tahu bahawa apa yang kita buat setiap hari merupakan persiapan tuk kematian..cuma kita yang menentukan sama ada apa yang kita buat itu berbaloi atau pun tidak selepas kematian nanti..alangkah ruginya mereka yang bertungkus lumus 24 jam melakukan kerja duniawi tetapi tidak mengendahkan tugas ukhrawi..huh..adakah orang Islam cm nie.??..hah..ada???semoga Allah mengurniakan Hidayah kepada mereka..amin..tp kan..kita seronok jugak kan hidup nie..masa hiduplah kita bertanding sesama kita sehinggalah detik kematian itu datang..ada yang jatuh,tersungkur,cedera sehingga parah lemah tak berdaya..tetapi kita masih bangun untuk meneruskan hidup kerana kita bertanding tuk sampai ke garisan penamat iaitu kematian yang diadili oleh ALLAH SWT..astaghfirullah..sedarkah kita tentang semua ini.?.?.
KEMATIAN ITU SATU KEPASTIAN YANG AKAN DIHADAPI OLEH SETIAP MAKHLUK YANG BERNYAWA.. :)

Ahad, 31 Mac 2013


Semoga dirimu terus berjuang menjadi mujahidah sejati..*(^_^)*