Sunday 25 December 2011

MENGHAPUSKAN BENA / KUTU DAUN

Berikut merupakan kaedah menghapuskan bena / kutu daun berdasarkan carian di internet:

  1.  Dari pengalaman saya masa kat kampung dulu, emak saya selalu meletakkan kerengga untuk menghilangkan bena putih yang menyerang tanaman kacang panjang atau timun, manakala untuk tanaman cili atau terung dia tabur hampas kelapa dipangkal pokok tersebut. Selamat mencuba dan elatkan penggunaan bahan kimia.
  2. Kutu daun adalah serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan bersaiz kecil.  Ada yang bersayap dan ada yang tidak.  Serangga ini mempunyai mulut yang dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis.  Biasanya kutu berkumpul di bahagian bawah daun.  Kutu membiak dengan kadar yang cepat.  Kutu menghisap cairan dari sel-sel daun.  Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi terbantut dan mati.  Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus mati.  Sembur dengan teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau Diazinon pada kadar 0.1% bahan aktif.
  3. Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.
  4. Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian dan minyak masak. Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini ke dalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan. Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.
  5. Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti di atas. Beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini 
  6. Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini. Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia di situ kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak. Ladybird (Hippodamia convergens), sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena. Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih. 




5 comments:

  1. Terima kasih atas tips hilangkan bena putih tu.. boleh try kat pokok rj saya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tips hilangkan bena putih tu.. boleh try kat pokok rj saya..

    ReplyDelete
  3. kutu puith nie cepat membiak, kalau dipicit akan keluar lendir seakan hijau.
    susah nak hapuskan..akan cuba petua di atas, t.kasih..

    ReplyDelete
  4. Semua kaedah digunakan termasuk air tembakau, minyak naem, sabun serangga, bawang putih, bawang merah,bwg besar kecik dh buat,halia cili , racun kimia paling kuat kelas 2 pun sia sia,penat nak sembur setiap helai duan, last guna semburan kabus beracun...tetap tak berhasil, last semua tanaman mati kelayuan.

    ReplyDelete
  5. Saya akan cuba seperti di kata kan di atas

    ReplyDelete