Sunday 24 February 2013

Kisah Benar Yang Menyentuh Jiwa


Hari ini tanggal 6/1/2013 (20 Safar 1434H) Penulis sempat menghadiri kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Farhan yang bertajuk “Hidup Berjuang”  beliau menceritakan perjuangan Rasulullah s.a.w   dan para sahabat …dan beliau juga menunjukan gambar-gambar slide yang menunjukan pejuang2 palestine yang mati syahid….dengan wajah yang tersenyum ketika syahid…apa yang mereka Nampak ketika itu adalah syurga Allah.

Diakhir kuliah, beliau menunjukan gambar slide Sek. agama yang di usahakan beliau sekolah ini didirikan atas kutipan derma….beliau menunjukkan gambar anak-anak  yang belajar disitu. Antara yang menarik perhatian penulis ialah seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun …Bapa beliau menghantar anak beliau ini kesekolah Agama ini beberapa tahun yang lalu…dengan katanya kepada Ustaz…saya mau anak saya ini tahu membaca Al-Quraan sekurang-kurangnya bila beliau meninggal nanti anak nya dapat membacakan Surah Yasin pada beliau.  Tuhan menyayangi sibapa ini bapa kepada kanak-kank ini meninggal pada tahun lepas dalam satu kemalangan.  

Semasa bapa si anak ini hendak di Sembahyangkan si anak yang berusia 12 Tahun ini meminta izin   untuk menjadi Imam untuk solat Jenazah Ayah nya. Imam terkejut, lalu membenarkan sianak ini menjadi Imam, satelah selesai solat si anak membacakan DOA dalam bahasa Melayu. Antara kandungan doa nya  yang di ceritakan oleh Ust. Farhan ialah….."Ya Allah Ampuni Dosa Bapa ku ini kasihani lah dia…..” menurut Ustaz ada antara jemaah ketika itu  menitiskan air mata……..Menurut    Ust Farhan lagi anak ini bukan lagi boleh membaca surah Yasin sebagaimana yang bapa nya inginkan akan tetapi beliau boleh menghafal Surah Yasin. Bapa nya bukan lah seorang ustaz tapi seorang penjual bihun. Allah perkenankan doa nya, Inilah anak yang soleh….. Ketika Ustaz Farhan menyampaikan cerita ini penulis sendiri menitiskan air mata .......semoga kita sama-sama berdoa agar anak-anak kita menjadi anak yang soleh yang mendoakan kita  nanti.
 
SUMBER: http://advanced-skynet.blogspot.com/