Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI. Show all posts

Wednesday 2 October 2013

Kata Motivasi Hidup

 Kata Motivasi - Setiap manusia yang ingin mencapai kesuksesan wajibnya memiliki sebuah motivasi yang tinggi dan alasan yang sangat kuat untuk mencapai apa yang diinginkan. Disini saya akan membantu Sobat semua yang hari ini kurang bersemangat dengan berbagi kumpulan Kata Kata Motivasi.
Kata Kata MotivasiKata kata motivasi, Mungkin Ada yang belum tahu tentang definisi & arti dari motivasi? Menurut wikipedia bahasa Indonesia Motivasi adalah sebuah proses yang menjelaskan intensitas, arah dan ketekunan yang dilakukan oleh seorang individu untuk mencapai tujuannya. Motivasi sendiri mempunyai tiga elemen yang penting dalam definisinya yaitu, intensitas, arah, dan ketekunan.


Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, karena sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu.
(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)

Dengan arti lain motivasi dapat diartikan juga sebagai alasan yang mendasari sebuah perbuatan yang dilakukan oleh seorang individu. Seseorang yang dikatakan memiliki motivasi tinggi dapat disebut orang yang memiliki alasan yang sangat kuat untuk mencapai apa yang diinginkannya dengan mengerjakan pekerjaannya yang sekarang. 



Ketika hal buruk menimpamu, jangan mengeluh. Tuhan pasti mempunyai tujuan. Jalani dengan tabah, dan jadilah pribadi yang kuat.
-------------------------------------
Banyak kegagalan dalam hidup ini dikarenakan orang2 tidak menyadari betapa dekatnya mereka dengan keberhasilan saat mereka menyerah.
-------------------------------------
Komitmen adalah berbuat sesuatu untuk mewujudkan impian anda menuju hidup yg haqiqi.
-------------------------------------
Apa pun yang anda lakukan, lakukan yang terbaik yang dapat anda lakukan.
-------------------------------------
Sukses hanyalah peristiwa, Namun cara meraih sukses itu yang hebat.
-------------------------------------
Kata kata motivasi : Hidup terlalu singkat untuk kamu belajar dr kesalahan sendiri, cobalah belajar dr kesalahan org lain.
-------------------------------------
Jangan membuang waktu dgn terus bersedih.. Terus melarutkan diri dlm kesedihan hanya akan menghambat pertumbuhan "kebahagiaan".
-------------------------------------
Terkadang kejujuran bisa menyakiti, tetapi percayalah masalah apapun akan cepat terselesaikan jika kamu berlaku jujur.
-------------------------------------
Hargai dan syukuri apapun yang kamu miliki, sebelum itu meninggalkanmu dan bukan menjadi milikmu lagi.
-------------------------------------
kata motivasi : Jangan buang waktumu hanya untuk menunggu sesuatu yang tidak pasti. Hidup ini butuh kepastian, bukan hanya angan pun harapan.
-------------------------------------
Tantangan terbesar bukan saat kita menghadapi kesulitan tapi saat kita melawan kemalasan dan keluhan diri kita sendiri..
-------------------------------------
Cobalah untuk tersenyum disaat sakit. Cobalah untuk bersabar disaat luka. Karena hanya senyum dan sabar yang dapat menguatkan hati.
-------------------------------------
Sukses tidak datang dari apa yang diberikan oleh orang lain, tapi datang dari keyakinan dan kerja keras kita sendiri..
-------------------------------------
Tidak ada yang bisa mengendalikanmu, semua tergantung pada diri kita sendiri. Orang lain hanya bisa mempengaruhi.
-------------------------------------
Bersedih merupakan hal yang wajar, tapi jangan sampai kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.

Friday 13 September 2013

hari Jumaat

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi.. ALLAH DAN MALAIKAT BERSELAWAT PADA NABI..SIAPALAH KITA NI YG TAK SELAWAT.. MAI SAMA2 KITA SELAWAT BYK2 UNTUNG2 DPT MIMPI RASULULLAH



Wednesday 4 September 2013

sifat orang cemerlang


Semua ibu bapa mahukan anak mereka cemerlang dalam semua aspek kehidupan. Mereka mahu anak mereka cemerlang dalam pelajaran hingga berjaya menggondol semua atau straight A dalam peperiksaan.
Pada masa yang sama mereka mahu anak mereka cemerlang dalam akhlak, sahsiah dan perhubungan sesama manusia. Kalau boleh mereka juga mahu anak mereka cemerlang dalam sukan, persatuan, penguasaan bahasa kedua, IT, mengurus kehidupan dan kerjaya.
Yang perlu memikul beban ini ialah anda sendiri. Sebab itu anda harus bersedia mulai sekarang untuk menjadi cemerlang. Anda tidak semestinya memiliki bakat semula jadi yang terlalu tinggi seperti orang lain yang telah berjaya dengan cemerlang. Namun anda harus mulai menghayati sifat-sifat orang cemerlang.
Apakah kayu pengukur kecemerlangan menurut perspektif Islam? Bolehlah kita ambil contoh kejayaan tokoh-tokoh Islam terdahulu dari sudut personaliti, keluarga, kerjaya, agama, sains, perubatan, ketamadunan, politik dan ekonomi.

FAKTOR KEJAYAAN
Apakah faktor kejayaan mereka sehingga mereka dikenali seantero dunia dan sumbangan mereka memberi kesan yang besar dalam kehidupan manusia? Tokoh Islam terdahulu telah terbukti mencipta sejarah kecemerlangan hingga diguna pakai hari ini.
Tokoh-tokoh yang berjaya ini mempunyai sifat cemerlang yang tiada tolok bandingnya. Antara sifat kecemerlangan mereka ialah:

Niat yang betul
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Setiap amalan adalah dengan niat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Sayidina Umar al-Khattab)
Oleh sebab itu, anda harus sentiasa memasang dan membetulkan niat sebelum memulakan apa jua pekerjaan, sama ada yang berbentuk ibadah mahu pun amal kebiasaan.

Keyakinan yang tinggi kepada Allah
Orang cemerlang meletakkan keyakinan bahawa Allah berserta dengan apa yang kita usahakan. Allah tidak menzalimi umatnya. Mereka banyak berdoa dan berserah kepada Allah setelah melakukan segala usaha keras untuk berjaya. Mereka juga berpegang kepada moto “Berpantang maut sebelum ajal.” Tidak ada sesuatu yang mampu menahan kehendak Allah s.w.t. Keyakinan ini mampu memantapkan rohani kepada tahap tinggi.

Ada wawasan dan matlamat
Anda harus meletakkan wawasan dan matlamat dalam hidup. Ada cerita tiga orang pekerja binaan. Apabila ditanya apakah wawasan atau matlamat mereka apabila bekerja:
Pekerja pertama berkata, “Saya nak cari makan.”
Pekerja kedua berkata, “Saya nak buat dinding bangunan.”
Pekerja ketiga berkata,”Saya hendak membina sebuah bandar yang indah dan permai.”
Ya, pekerja yang ketiga itu mempunyai wawasan dan matlamat yang betul. Namun sebagai seorang Islam, matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Anda terikat dengan peraturan dan hukum-hakam Islam. Anda juga harus ingat bahawa matlamat duniawi anda mestilah berkaitan dengan kehidupan di akhirat.

Berani dan sanggup berkorban
Tokoh-tokoh Islam terdahulu sanggup untuk bersusah payah. Lihat sahaja sejarah hidup Imam al-Nawawi dalam menuntut ilmu. Beliau sentiasa menghabiskan masa dengan belajar, menulis, menghafal, solat dan bertasbih. Apabila mengantuk, beliau tidur sebentar sambil duduk.
Umar Abdul Aziz, khalifah yang ketiga dibunuh pada usia 40 tahun. Khalid al-Walid mengharungi 100 medan peperangan, membunuh 5,000 orang musuh dalam Perang Yarmuk serta mematahkan 9 bilah pedang. Ali bin Abi Talib berani beradu kekuatan dalam Perang Badar, membuka benteng Khaibar dan menyembelih Amru bin Wud dalam Perang Khandak.


Sentiasa menambah ilmu pengetahuan
Bagaimana tokoh terdahulu menguasai ilmu pengetahuan? Lihatlah bagaimana Imam Ahmad memberi fatwa kepada 60,000 permasalahan dengan disertai dalil. Lihat juga bagaimana Imam Abu Hanifah menjual sebahagian perabot rumahnya semata-mata digunakan untuk mencari ilmu.

Monday 22 July 2013

Aktiviti Harian Berkualiti Muslim

Pernahkah kita menilai aktiviti harian berkualiti sebagai seorang muslim?
Adakah masa yang dilaburkan untuk meningkatkan saham akhirat?
Cukupkah hanya dengan solat 5 waktu sehari semalam menunaikan kewajipan seorang muslim?
Adakah aktiviti harian kita menggambarkan kita sebagai seorang muslim?

Nasihat daripada Dr. Aidh Abdullah Al-Qorni

Dr. Aidh Abdullah terkenal dengan bukunya “La Tahzan” atau “Jangan bersedih” memberi nasihat yang amat berguna sebagai seorang muslim.
Aktiviti Harian Berkualiti Muslim
Jadikannya jadual kamu pada setiap hari:..........

Sunday 21 July 2013

Keajaiban Doa: Senjata dan Perisai Kejayaan Hidup Umat Islam

Setiap Muslim mempunyai ‘senjata’ yang sangat ampuh iaitu doa. Setiap doa pasti akan didengari oleh-NYA dan pasti akan termakbul tepat pada waktunya mengikut ketentuan-NYA.
Namun begitu, sejauh mana kemustajaban sesebuah doa tersebut hanya Allah yang Maha Mengetahui dan layak memakbulkannya. Setiap usahawan Muslim mestilah menjadikan doa sebagai senjata untuk memastikan kejayaan dan sentiasa iringi keberkatan-NYA.
Pun begitu, cuba kita tanya pada diri kita sendiri:
Adakah kita bersungguh-sungguh ketika berdoa dan adakah kita yakin sepenuhnya dengan doa tersebut?
Terdapat sebuah doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Sabda Rasulullah SAW,
sabda-rasulullah-kelebihan-berdoa
Rasulullah SAW mengajarkan kepada umatnya satu doa yang mana jika dibaca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan sepanjang hari tersebut.
Doa yang dimaksudkan oleh hadis di atas adalah seperti berikut:
doa-pelindung-diri
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Antara faedahnya yang bakal kita perolehi ialah:
  1. Mendapat keuntungan, tidak menanggung rugi.
  2. Usaha berhasil, beroleh kejayaan dan tidak gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, hidup menjadi Senang.
Kesimpulan dari 4 takrifan ini, doa tersebut amat bersesuaian dengan cara hidup seorang usahawan, sama ada untuk mengekalkan keuntungan dan keberhasilan, terselamat dari sebarang bahaya ditipu atau memohon perlindungan dari Allah dari risiko kerugian yang besar.

Kelebihan & Faedah Mengamalkan Doa Ini Dalam Kehidupan?.....

Wednesday 17 July 2013

MOTIVASI DIRI





Kata-kata Hikmah Motivasi Diri

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. (Larry Bielat)

Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. (Dr. Shukri Abdullah)

Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. (Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. (Lewis Timberlane)

Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. (George Bernard Shaw)

Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. (Dr. Shukri Abdullah)

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. (Dr. Shukri Abdullah)

Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. (Henry Truman)

Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza. (Bidalan Cina)

Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda. (Dr. Shukri Abdullah)

RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan. (Dr. Shukri Abdullah)

Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat). (J.P Ghetty – Billionaire)

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat! (H.W Longfellow)

Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh. (Dr. Shukri Abdullah)

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. (Saidina Umar Al-Khattab)

Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat. (Arthur Schopenauer)

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. (Ibnu Yusuf)

Thursday 25 April 2013

Kata kata hikmah


"Ada tiga perkara yang tidak akan dapat diperolehi dengan tiga perkara, iaitu, kekayaan dengan angan-angan, muda dengan mengecat rambut dan sihat tidak akan diperolehi dengan ubat-ubatan." Saidina Abu Bakar As-siddiq

Saturday 13 April 2013

Mutiara Kata yang anda boleh gunakan

 "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
 "Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"
 "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"
 "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"
 "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"
 "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"
 "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
 "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"
 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"
 "Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
 "Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat"
 "Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
 "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"
 "Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh."
 "Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api."
 "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

Thursday 21 March 2013

Kata-Kata Hikmah Bijaksana Pujangga Islam



Kata-kata hikmah ini adalah koleksi mutiara kata dan kata-kata indah pujangga dan tokoh Islam sebagai nasihat.


Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya. – Nabi SAW

Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran.


Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”


Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rebutlah peluang lima sebelum lima:Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati.”


Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.


Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan untuk menyerang.


Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun


Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.



Monday 11 March 2013

5 CARA DAPATKAN MASA UNTUK MEMBACA




Sediakan Masa Membaca | Gambar : Google

Bahan untuk membaca boleh kita perolehi dengan banyak cara. Daripada buku, internet, majalah mahupun surat khabar. Baru-baru ini saya juga telah membeli satu buku yang bertajuk13 Qualities Winners Share, Tom Bay, Ph.D dan diedarkan oleh Advantage Quest Publications.


Namun apa yang membingungkan adalah, saya juga punyai buku lain yang masih belum habis dibaca dan apatah lagi mentelaah isi kandungannya. Sudah ditambah dengan buku baru hanya kerana terfikir akan terlepas untuk memilikinya. Semuanya atas satu faktor - Masa.

Justeru, bagaimanakah kita ( jika sangat sibuk ) untuk mendapatkan sedikit masa yang ada untuk membaca buku, blog atau apa sahaja bahan bacaan?

Dibawah ada beberapa cadangan untuk mendapatkan masa untuk membaca ;

1. Disiplin Diri - Mungkin dengan membuat jadual dan masukkan membaca sebagai salah satu daripadanya. Mungkin dalam 30minit setiap hari. Mungkin boleh juga 1jam dalam 2 hari atau apa sahaja cara yang anda fikirkan bersesuaian. Kemudian, disiplinkan diri untuk mengikut jadual yang telah kita sediakan.

Dengan mendisiplinkan diri begini, ia akan menimbulkan satu tabiat yang baik untuk diri kita kelak.

2. Bawa Buku - Sentiasa sibuk dengan pelbagai tugas? Seperti blogger Tukang Karut yang sentiasa pergi dari satu tempat ke tempat lain seluruh Malaysia? Bawakan buku bersama. Namun, pilihlah buku yang kecil dan ringan. Jangan pula membawa buku yang boleh menambah berat barangan anda.

Kebaikkannya, dalam masa menunggu kita boleh gunakan masa terluang tersebut untuk membaca.

3. Satu Buku, Satu Masa - Satu kebiasaan apabila kita merasa bosan dengan hanya membaca satu buku. Tapi, akibatnya mungkin kita tidak akan menghabiskan bacaan kita. Jadi, adalah lebih baik kita terus untuk membaca satu sahaja dalam satu masa untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Dengan satu buku satu masa, memberikan kita fokus lebih dan seronok. Fokus dan keseronokkan boleh membantu pemahaman dan kelajuan kita untuk membaca. Semakin cepat dan fokus kita, semakin baik, teratur dan berguna masa yang telah kita pergunakan.

4. Tandakan Tempat Terakhir Bacaan - Saya sendiri punyai sikap untuk tidak menanda tempat berhenti setelah selesai membaca. Akibatnya, apabila membuka kembali buku tersebut akan terlupa tempat yang sudah dibaca.

Mengulang baca memang baik untuk pemahaman, tapi membuang masa apabila kita hilang fokus atas satu-satu tajuk yang dibincangkan. Bagi saya, adalah lebih baik mengulang faham setelah kita selesai membaca keseluruhan buku tersebut. 

5. Google Reader - Kita sebagai follower kepada blog yang telah kita follow dan bukan hanya dengan mentaliti "Follow u dan Follow me Back". Justeru, mungkin sedikit tanggungjawab kita adalah untuk membantu idea kepada para blogger lain dan mungkin memberikan sedikit idea kepada mereka.

Bagaimana untuk membaca semua blog yang di"follow"? Gunakan google reader. Hanya daftar dengan alamat yang anda gunakan semasa daftar masuk blogger@blogspot. Aplikasi ini, membolehkan anda untuk membaca entri-entri baru para blogger. Dan jika anda suka dan ingin komen, klik sahaja pada tajuk entri dan kita akan sampai terus ke blog mereka.

Saya sendiri setiap pagi akan "scan" entri-entri baru para blogger dengan Google Reader. Dan jika ada yang berkenan, akan terus membacanya. Seterusnya, jika ingin memberi komen, klik sahaja pautan dan beri komen diblog mereka. 

Cara ini amat menjimatkan masa saya, daripada terus klik setiap blog rakan-rakan blogger mencari-cari entri baru mereka.

Jadi, dengan beberapa cadangan tersebut, saya sendiri dalam satu masa, banyak entri blog yang berguna  telah saya baca dengan hanya beberapa minit setelah melakukan sedikit "scan". Dengan fokus dan membina disiplin ke atas masa untuk membaca, buku yang ada juga dapat dihabiskan dalam rangka masa yang ditetapkan sambil mengambil manfaat daripada idea penulisnya.

Jangan dilupa, membaca juga adalah salah satu proses yang sememangnya perlu untuk kita terus belajar dan membesar. Semakin banyak kita membaca, semakin banyak kita ketahui, dan semakin jauh kita akan dibawah olehnya.

"Membaca Jambatan Ilmu"

6 CARA BAGAIMANA UNTUK SENTIASA BELAJAR DAN MEMPERBAIKI HIDUP


elajar adalah satu proses dalam hidup. Setiap hari kita akan mempelajari perkara-perkara baru dan akan ada antaranya akan memberi kita masalah dan beban - itu lumrah.
Meneliti dan Belajar | Gamber : sumber
Berikutan daripada masalah yang kita tempuh dalam kehidupan, ia mendewasakan pemikiran dan tindakan masing-masing. Bergantung bagaimana pula seseorang itu menilai dan mengambil pelajaran daripadanya. Masalah adalah guru terbaik untuk memperbaiki diri.

Cara yang kita guna sekarang untuk sesuatu objektif, mungkin tidak akan sesuai digunakan pada masa depan. Tidak dinafikan, memang ada orang yang gagal sekarang mampu berjaya kemudian hari dan juga sebaliknya.


Cuba amati disekeliling kita - keluarga, kenalan, rakan, jiran atau sesiapa pun yang berjaya merubah kehidupan mereka. Dari seorang cikgu kepada seorang jutawan, dari seorang pendiam kepada pensyarah, dari seorang kerani kepada ketua sebuah organisasi dan banyak lagi rakan-rakan sekolah dahulu yang saya anggap sudah berubah dan memperbaiki kehidupan mereka. 

Bagaimana untuk sentiasa belajar dan perbaiki hidup kita? Sini 5 cadangan cara yang boleh diambil dan dipraktikkan ;


1. Berguru - Bergurulah dengan orang yang sama dengan bidang kita minat dan ingin diceburi. Perniagaan, sukan, kerjaya dan banyak lagi. Sekeliling kita ramai orang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Dapatkan bimbingan daripada mereka yang sudah berjaya. Jika tidak boleh mengajar kita secara terus, jadikan mereka idola dan contoh. Perlakuan orang berjaya, akan juga menunjukkan jalan ke arah kejayaan.

2. Membaca - Saya suka kata rakan blogger etuza, membuka buku bagaikan membuka dunia. Benar, membaca jambatan ilmu. Ketinggian ilmu pengetahuan akan membimbing dan membawa sesorang ke tahap yang lebih baik dan tinggi. Sentiasalah belajar dengan membaca dan carikan masa untuknya. Semakin banyak kita membaca, semakin tajam pemikiran dan semakin kita mampu merubah hidup kepda yang lebih baik.

3. Mencuba - Untuk berjaya dan mencapai objektif hidup, haruslah didahului dengan langkah pertama. Biarpun sekecil anak-anak merangkak - Cuba! Ilmu itu satu teori, dan untuk mendapatkan hasilnya mestilah dilakukan. Jika hanya tahu akan cara untuk berjaya tanpa mengambil sebarang inisiatif atau tindakan, ia cuma satu perbuatan sia-sia. Adakah kita akan ketahui air didalam gelas itu sejuk atau panas sehingga kita letakkan jari kita didalamnya bukan. 

4. Belajar dari pengalaman - Mencuba dan melaksanakan sesuatu hanya akan memberi kita 2 jawapan. -Berjaya atau Gagal. Kedua sama penting. Tapi, apa yang lebih penting adalah pengalaman. Pengalaman ini kelak akan mengajar kita pelbagai pelajaran baru. Kadang-kadang, ada rahsia sebuah realiti kehidupan hanya kita akan perolehi daripada sebuah pengalaman. Pelajarilah pengalaman dan ia sangat membantu dalam kita memperbaiki hidup.

Contohi pengalaman orang yang berjaya boleh juga menjadi sumber inspirasi dan motivasi dalam kita belajar dan memperbaiki kehidupan. Pelajari selok belok cerita kesusahan pengalaman hidup, kerja dan bagaimana mereka mengatasinya. Ia juga berguna dalam kita mencari contoh tauladan yang berguna.

5. Wujudkan rasa ingin tahu - Hukum tarikan graviti bumi masih belum diketahui sehingga Isaac Newton berasa ingin tahu kenapa buah epal masak akan jatuh - tidak terapung atau naik ke atas. Kerana ingin tahu akan kesan hukum graviti terhadap bulan, kemudian beliau telah mencipta teleskop untuk mengkajinya. Dapat anda lihat sekarang, kerana perasaan ingin tahu akan kejadian alam membuatkan Isaac Newton sentiasa belajar dan akhirnya beliau mempelajari banyak perkara baru. 

Anda punya impian (contoh motosikal besar, rumah besar, punyai perniagaan) dan masih belum mencapainya? Cuba bertanya kepada diri dan jawab soalan ini dengan iklas ;

a. Kenapa masih belum tercapai impian?
b. Bagaimana boleh saya mencapainya?
c. Siapa yang dapat membantu?
d. Dimana bolah saya dapatkan sumber rujukan?

Jika anda punya kekuatan dan iklas untuk menjawab pertanyaan diatas, saya percaya jawapan sebenar akan muncul. Dengan tindakan kita mengatasi jawapan atau masalah yang sudah diketahui dengan soalan tadi, sebenarnya ia membimbing dan membawa kita ke arah impian kita sendiri. 

6.Carilah berkat - Kata orang setinggi mana pun langit kita junjung, bumi tempat berpijak jangan kita sesekali lupakan. Hargailah orang-orang yang ada disekeliling kita. Carilah berkat daripada sesiapa dan apa pun perbuatan.

Memperbaiki kehidupan bukan hanya untuk memenuhi rasa dan hasrat sendiri. Adalah lebih baik ia dikongsi bersama kerana mereka sekeliling akan berasa senang hati dan sedia untuk membantu kelak. Carilah berkat terutamanya ibu bapa dan dari perbuatan kita, kerana berkat akan sentiasa membantu dalam proses kita memperbaiki hidup.

Selain perkara bersosial dan berkerja, belajar juga adalah salah satu proses dalam kita memperbaiki kehidupan sebagai seorang manusia. Belajar dan memperbaiki hidup punyai hubungkait antara satu sama lain. Sentiasalah belajar untuk kita tempuhi masa datang yang tidak mungkin kita akan dapat duga. Belajarlah sentiasa juga untuk terus memperbaiki diri. 

5 PERKARA YANG BERNILAI UNTUK DITINGGALKAN DEMI KEJAYAAN


Perkara yang baik dan tidak baik(buruk). Perkara yang memberi nilai dan tidak memberi nilai - seperti Ying dan Yang.
Berjalan dan tinggalkan pergi | gambar : sumber
Dalam dunia semua perkara akan sentiasa berlawanan antara satu sama lain dan sehingga sekarang saya yakin apa yang saya fikirkan. Kecuali Maha Besar Allah swt tiada tanding taranya. 

Mengharungi masa dan menimba pengalaman, mengajar pelbagai macam serba macam perkara kepada kita sebagai seorang manusia. Akan ada perkara yang kita amat banggakan, ada perkara yang tidak ingin kita laluinya lagi dan pasti ada perkara yang menjadi sesalan.

Tiada siapa yang akan mampu mengundur masa dan memperbetulkan masa lampau dan tiada siapa yang akan mampu mengetahui masa hadapan. Masa sekarang, untuk menjadi seorang yang berjaya dan cemerlang ada pelbagai motivasi dan panduan diberikan. Hanya tinggal diri kita sahaja untuk menekan butang mula. 

Monday 4 March 2013

8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah


Sebelum pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkanmotivasi diri dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar.
Sebagai contoh ketika menjalankan perniagaan, ada ketikanya semangat membangunkan empayar sedikit diuji.
Hal ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar sentiasa mengemas kini status (update status) diri sebagai hamba.
Di antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan gelaran sebagai ‘Hamba Allah’.

Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri

Monday 25 February 2013

Jom audit diri Perbaiki mana yang perlu:)



Daripada  bin al-Khattab, berkata: “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini”

Pernah tak korang audit diri korang sendiri:??


Sunday 24 February 2013

50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI


50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI (DATO’ DR. MOHD. FADZILAH KAMSAH)


Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
Para isteri pun boleh baca
  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...