Pages

Social Icons

Wednesday 16 January 2013

Soalan Rukun Islam

Soalan 1.
 
Sebutkan Rukun Islam satu persatu.

Soalan Rukun Islam

Soalan 1.
 
Huraikan Rukun Islam:

  1. Mengucap Dua kalimah Syahadah.
  2. Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
  3. Mengeluarkan zakat.
  4. Berpuasa bulan Ramadhan.
  5. Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

Friday 11 January 2013

Wahai sahabat...


Sahabat,
di saat dikau kecundang,
tak tertanggung airmata ini melihat kekecewaanmu..
tidak rela aku biarkan kau sendirian tanpa teman,
kerana kau selalu ada disaat aku memerlukan..
Andai hatimu pernah dilukai,
izinkan aku rawatinya dengan Kalamullah,
izinkan aku ubatinya dengan Zikrullah,
izinkan aku balutinya dengan selimut keinsafan..
Duhai sahabat,
ingin sekali aku nyatakan kasih ini buatmu,
namun apakan daya, aku tidak mampu,
hanya dengan perbuatan aku mampu menzahirkan hasrat hati ini..
Ketahuilah olehmu bahawa aku mencintai ukhwah ini
kerana agama yang kau junjung,
sekalipun engkau pernah kecundang,
takkan aku biarkan engkau rebah semula,
akan aku berjuang denganmu demi membela agama di hati..
Akan aku bersamamu dalam apa jua dakwah dan jihad demi Islam,
selagi mana kasih Allah bersama kita,
selama itulah kasih ini tidak akan pernah luntur..
Seribu maaf ungkapan buatmu andai aku pernah keterlaluan,
bimbinglah aku ke jalanNYA,
semoga jannah Firdaus menjadi pengakhiran kita..

UHIBBUKUM FILLAH!

Rukun Islam 5 : Menunaikan Haji

Setiap orang Muslim yang berupaya wajib menunaikan ibadah Haji, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Ibadah Haji tidak diwajibkan di atas semua orang, Ia hanya diwajibkan di atas orang-orang  yang mencukupi syarat-syarat dibawa.
  1. Muslim.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Mempunyai fikiran yang waras.
  4. Mempunyai harta benda yang mencukupi untuk perbelanjaan perjalanan pergi dan balik.
  5. Meninggalkan harta benda yang mencukupi untuk menyara keluarganya semasa dia tiada di pangkalan keluarga.
  6. Keluarganya selamat tanpa dia.
  7. Negaranya bebas dari peperangan dan rusuhan.
Seorang yang ingin pergi ke haji wajib memaafkan semua ahli keluarganya, kenalannya,  dan orang yang telah mendengkinya. Dia juga perlu meminta maaf daripada semua orang yang pernah didengkinya, ahli keluarganya dan kenalannya. Seorang yang meninggalkan rumah untuk menunaikan ibadah haji wajiblah memutuskan segala ikatan dengan dunia ini terlebih dahulu.
Seorang yang telah menunaikan ibadah haji wajib,  membersihkan badan, hati dan mindanya; dia harus kembali ke rumahnya dan hidup sebagai sehelai kain putih yang suci. Seorang yang telah menunaikan ibadah Haji diumpamakan sebagai seorang bayi yang baru lahir kerana roh, Chakra, aura dan mindanya akan dibersihkan di Makkah oleh Allah SWT. Oleh itu mereka perlu memulakan sebuah kehidupan baru; sebagai seorang Muslim yang tulen dan taat.

Rukun Islam 4 : Mengeluarkan Zakat

Kasih sayang dan amalan membantu sesama manusia sangat digalakkan di dalam agama Islam. Dalam Islam kasih sayang dan menolong sesama manusia bukanlah hanya sekadar sebuah ajaran sahaja tetapi ia adalah sebuah amalan yang wajib.

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doa mu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (At-Tawba: 103) 

Zakat dalam Islam boleh  dikategorikan kepada dua, iaitu zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadan sahaja dan zakat harta.  Zakat harta diwajibkan di atas setiap orang Muslim yang mempunyai harta benda yang berlebihan dari keperluan asas. Sebuah kadar nisbah zakat ditentukan dalam Islam untuk setiap jenis harta benda dan kekayaan.
Agama Islam tidak mengutip zakat untuk memajukan agama, untuk membina masjid atau menambahkan kekayaan. Semua zakat yang dikutip hanya wajib digunakan untuk membantu orang-orang fakir, miskin, mualaf yang baru memeluk agama Islam, untuk membebaskan hamba, untuk menjelaskan hutang orang yang tidak mampu dan untuk membantu musafir yang sedang berada dalam perjalanan.

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Tawba: 60)

Satu-satunya sebab Islam mengutip zakat pada bulan Ramadan hanyalah untuk membatu mengurangkan beban dan memberi makanan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, orang miskin, manusia yang usur dan kurang upaya, dan golongan yang lemah. Apa lagi yang mampu seorang manusia melakukan untuk mengurangkan beban sesama manusia yang berada dalam kesusahan.
Seorang manusia yang mengeluarkan zakat secara langsung dan tidak langsung dia menghapuskan dosa-dosanya dan membantu golongan manusia yang lemah. Harta benda orang-orang Muslim hanya wajib digunakan untuk keperluan keluarga sendiri dan untuk membantu sesama manusia dengan cara yang baik.

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (Al-Furqaan: 67)


Rukun Islam 3: Berpuasa

Apabila kita melihat penderitaan, kesusahan dan kebuluran penduduk Bosnia di televisyen atau surat khabar. Adakah kita dapat merasakan kesusahan mereka? Tahukah kita berapakah penderitaan mereka tanpa makanan? Apabila seorang pengemis atau orang fakir miskin minta sedekah dari kita, adakah kita dapat merasai kelaparan mereka?. Tidak bukan…
Setiap orang Muslim yang berpuasa dapat merasai penderitaan dari kelaparan kerana mereka akan kelaparan tanpa makan dan minum dari awal pagi sehingga malam, pada bulan Ramadan. Kalau saya tulis sepuluh muka surat tentang kelaparan pun anda tidak dapat memahaminya kecuali anda sendiri yang merasainya. Tujuan utama puasa ialah untuk mengenal erti kelaparan dan kesusahan.

Adakah berpuasa hanya untuk merasai kelaparan?. Tidak! 

Semasa seorang sedang berpuasa dari pagi sehingga malam; dia mengosongkan perutnya dan memberi peluang kepada perut dan usus untuk membersihkan diri dan mengeluarkan sisa-sisa makanan dan toksik yang terdapat dalam perut. Amalan berpuasa juga dapat mengurangkan kadar gula, kolesterol,lemak, asid, toksik dalam badan. Seorang yang berpuasa akan memberi peluang kepada anggota dalam badan kita untuk berehat dan membaiki anggota badan yang rosak.
Seorang manusia yang berada dalam kelaparan tidak sama sekali akan melakukan sebarang jenayah atau kesalahan; kerana ego atau syaitan setiap orang  manusia yang berada dalam kelaparan tidak akan berfungsi atau agak lemah. Apabila seseorang dapat melatih dirinya dari melakukan kesalahan untuk sebulan; sudah tentu dia dapat melanjutkan keadaan ini buat selama-lamanya seumur hidup.
Apabila seorang sembahyang atau berzikir dengan perut yang kosong kuasa dalamannya akan sangat aktif dan berfungsi dengan serba lengkap. Seorang yang melatih ini untuk masa yang panjang akan mencapai sebuah tempat yang tinggi dalam rohani dan batin. Semua anggota badan, aura, Chakra, dan kuasa dalamannya akan dapat berfungsi dengan baik dan dengan penuh berkuasa.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Al-Baqara: 183)

Rukun Islam 2: Sembahyang

Tujuan utama sembahyang ialah untuk menjaga kesihatan badan dan menenangkan minda manusia. Semasa sembahyang tanpa kita sedar, hati dan minda kita akan tenang dan bebas dari segala ikatan dunia.
Badan kita akan bertambah cergas dan sihat, pengedaran darah kita lancar, tulang dan urat-urat dalam badan kita bertambah kuat, kulit dan muka kita berseri, jantung, buah pinggang, otak dan organ-organ dalam badan lain akan dapat pengedaran darah dan oksigen yang secukupnya.
Kita hanya menggunakan 10 peratus dari kaedah sembahyang untuk menyembah Allah baki 90 peratus adalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Tujuan utama sembahyang hanyalah untuk kebaikan diri kita sendiri. Allah SWT tidak meminta sebarang balasan dari manusia. Jika kita mengkaji Allah SWT dan Islam secara mendalam  baru anda akan kenal bahawa. Allah sangat-sangat menyayangi diri anda.
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Al-Baqara: 238)

Pendidikan Islam Tahun 4 Rukun Islam 1 : Mengucap Kalimah

Mengucap dua kalimah syahadat sangat-sangat penting dan wajib dalam agama Islam. Seorang yang memeluk agama Islam harus bermula dengan mengucap dua kalimah syahadah “لا إله إلا الله محمد رسول الله  (lā ilāha illallāh, Muhammad rasūlu-llāh)” secara lisan. Semasa mengucapnya dia wajib percaya kepada isi kandungannya dengan hati, memahami ertinya dengan akal dan mengucap secara lisan. Apabila seorang mengucap dua kalimah syahadah dia percaya, mengaku dan faham bahawa Tuhan hanya satu dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan Tuhan.
Proses mengucap dua kalimah syahadah merangkumi tiga aspek utama manusia iaitu, badannya, hatinya, dan rohnya. Dengan mengucap dua kalimah syahadah seseorang itu, mengkhabarkan kepada badanya, akalnya, hatinya, rohnya dan kepada segala sesuatu dalam galaksi ini bahawa dia adalah seorang Muslim yang hanya percaya kepada Tuhan yang satu.
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya…(Al-Hujuraat: 15)

Iman, Ibadah, Sembahyang dan Beramal

Rukun Islam atau kelayakan untuk menjadi Muslim ada lima perkara iaitu:
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Sembahyang lima waktu sehari semalam.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Menunaikan Haji sekali dalam seumur hidup.
  5. Membayar zakat.
Apabila kita membeli sebuah kereta yang baru, kita perlu servis kereta tersebut pada masa-masa yang tertentu dan kita perlu tukar beberapa bahan dan barang dari kereta tersebut. Servis dan penukaran tersebut sangat penting supaya kereta tersebut tidak mengalami sebarang masalah, kerosakan dan kemalangan.
Semua ibadah atau sembahyang dalam Agama Islam ialah sebuah kaedah servis untuk badan, roh dan minda. Setiap orang Muslim perlu melengkapkan ibadahnya supaya hatinya bersih dan suci, rohnya bebas dan badannya sihat dan cergas.
Semua ibadah dalam Agama Islam, disyaratkan oleh Allah SWT, pencipta sekalian manusia. Sebagaimana pencipta kereta menentukan tempoh servis dan masa tukar bahan kenderaan. Pencipta sekalian manusia Allah SWT, menentukan dan mengajar manusia cara servis badan,minda dan rohnya. Allah menentukan cara-cara servis yang tepat dan betul bagi setiap orang manusia.
Kaedah ibadah dalam Agama Islam sama sekali sangat berbeza dengan agama-agama lain. Kaedah ibadah dalam agama Islam tidak hanya bertujuan untuk mengingati dan bertunduk kepada Tuhan sekalian alam tetapi ia merangkumi banyak kebaikan lain yang penting untuk diri kita.

Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Baqara: 110


Allah Maha Besar

Allah bukanlah sesuatu yang  asing dari diri kita. Kita kenal dan sangat rapat dengan Allah sebelum lahir ke bumi ini. Allah ialah nama dan gelaran untuk menamakan kuasa yang telah mencipta diri kita, manusia, binatang, segala kehidupan lain, bumi , matahari, bulan, planet-planet lain, dan segala-galanya di alam galaksi dan ruang angkasa.
Allah bukanlah Tuhan bagi kaum Arab atau pengikut agama Islam sahaja. Allah ialah gelaran bagi sebuah kuasa mutlak yang ujud sebelum segala-galanya dan tetap ujud selepas segala-galanya berakhir. Semua golongan manusia yang hidup di seluruh dunia kenal dan percaya tentang kewujudan kuasa tersebut, tetapi malangnya kebanyakan dari mereka salah tafsir tentang kuasa itu mengikut kepercayaan dan kefahaman mereka sendiri.

Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Hadid: 3)

Tuhan yang maha berkuasa itu tidak semestinya digelar dengan nama Allah sebaliknya boleh juga digelar dengan nama-nama yang suci dan terbaik. Dalam setiap kepercayaan Allah digelar dengan pelbagai nama dan gelaran mengikut bahasa dan bangsa masing-masing. Semua agama dan bangsa percaya dengan kewujudan Tuhan tetapi yang menjadi masalah sekarang hanyalah bahasa; Tuhan yang sama apabila digelar Allah ia akan menjadi Tuhan kaum Muslim, apabila digelar “Shiva” ia akan menjadi Tuhan kaum Hindu, apabila digelar “Lord” ia akan menjadi Tuhan kaum Kristian.
Kenapalah ramai dari kita yang tidak faham “water”, “sui”, “tannir”, “pani” dan air adalah benda yang sama dan hanya bahasanya yang berbeza. Kita perlu faham satu perkara yang sangat penting; Allah hanya layak digelar dengan nama-nama yang suci dan indah sahaja, Jikalau anda terbayang atau teringat sesuatu benda, gambar, patung atau ciptaan Tuhan;maka nama itu tidak layak digunakan sebagai nama Tuhan.

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu… (Al-A’raaf: 180)

Apa yang telah Allah SWT mencipta?
Apa yang kita kenal dalam ciptaan Allah, hanyalah diri kita, ahli keluarga, manusia-manusia lain, binatang, kehidupan-kehidupan lain yang terdapat di bumi ini. Pernakah anda melihat langit pada waktu malam yang gelap-gelita? Jika jawapannya ia, Anda pasti dapat melihat beribu-ribu kumpulan bintang di langit, setiap bintang itu berpuluh dan beratus kali lebih besar dari bumi kita.

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:” Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”. (Az-Zukhruf: 9)

Untuk pengetahuan anda, Kita sedang hidup di atas muka bumi yang terletak dalam sebuah sistem suria yang merangkumi sembilan buah planet. Beribu-ribu sistem suria terdapat di ruang  galaksi kita dan terdapat lagi beribu-ribu lagi galaksi seperti itu dan banyak lagi yang tidak dapat kita fikirkan.  Jika kita cuba bandingkan bumi kita ini dengan segala ciptaan Allah SWT, bumi kita ini hanyalah sebesar sebutir pasir yang terdapat di tepi laut. Apakah saiz kita jika dibandingkan dengan segala ciptaan Allah?.

“Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, (Nooh: 15)

Cuba anda fikirkan mampukah dewa-dewa, pokok, patung, lukisan, benda-benda yang disembah berhala sebagai Tuhan mampu mencipta semua ini?. Walau seekor lalat sekalipun tidak dapat mereka ciptakan. Apakah salahnya jika kita menyembah Allah yang maha berkuasa, mampukah kita membalas kasih sayang Allah dengan cara yang lebih baik daripada menyembah kepadanya?.

Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). (Al-Waaqia: 62)

Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. (Al-Jaathiya: 3)


Pengenalan kepada Agama Islam



Islam ialah sebuah ajaran yang diturunkan oleh Allah SWT, pencipta sekalian alam melalui Nabi Muhammad SAW, 1400 tahun yang dahulu. Perkataan Islam membawa maksud yang benar dan suci. Penganut Agama Islam digelar Muslim yang membawa maksud orang yang mempercayai dan mengikuti jalan yang lurus. Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia; yang lahir dan hidup dari zaman Rasulullah SAW dan sehingga ke hari Kiamat.
Islam bukanlah sebuah agama baru yang diturunkan atau dimulakan oleh Nabi Muhammad SAW; 1400 tahun dahulu tetapi ajaran ini di mulakan dari zaman Nabi Adam AS lagi, manusia pertama yang diturunkan dan diakhiri melalui Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah mengutus ramai Nabi dari zaman Nabi Adam lagi sehingga zaman Nabi Muhammad SAW, untuk membawa manusia ke arah yang betul, mendidik mereka tentang baik dan buruk.
Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. (Al-Anbiyaa: 92)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...