Monday, May 7, 2012

Interview Lagi...


Hari ni cuaca mendung dan sejuk.

Pagi2 lagi hujan lebat telah membasahi bumi membuatkanku malas nak bangun pagi..Syokk betul dapat tidur.

Nak tak nak kena bangun kerana pagi ini saya dipanggil interview lagi untuk ke berapa kali entah...

Kali ini interview dekat Syarikat Air Johor (SAJ). Yang dipanggil 5 orang tapi yang datang hanya dua orang (dalam hati saya berkata 'ada peluang ni')

Position kosong hanya ada satu  sahaja. Saya dan dia kena compete untuk merebut 1 jawatan itu.

Alhamdulilah interview tersebut berjalan dengan lancar.

Setelah habis, pulang ke rumah dengan hati berbunga riang (sambil nyanyi2 dalam hati) dan terus online nak check result pulak (debar). Tup...tup...tup..yang keluar...

BERJAYA

Tahniah. Anda bejaya di dalam urusan temu duga ini.


Hati saya bertambah2 lagi riangnya...Yeaa...saya berjaya dalam interview sebelum ini bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Alhamdulilah rezeki saya hari ini. Mudah2an ada rezeki saya lagi untuk akan datang pulak. 


Terima Kasih Ya Allah atas semua ini...


No comments:

Post a Comment