Notice: Array to string conversion in /home/waktusolat/public_html/templates/user/index.php on line 95
Array tintaku Buat Bakal Zauji - tintaku Buat Bakal Zauji
 

 

 
01 Zulkaedah, 1438 Hijrah
25-Jul-2017

   
 tintaku Buat Bakal Zauji

tintaku Buat Bakal Zauji

    Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah. ”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”   Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.  Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh ummi dan abi. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ."Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.  ”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)        Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang   agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul, " Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan. “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1) " Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa\':34)       Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah. “Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”     Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.     Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana\'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna\'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak.      Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu..amin Wahhab,amin ya Rabbal a’lamin!                                                                                                                        (Khas buat bakal Zauji) ...

www.myjodoh.net
Cara Buat Belon Terapung Tanpa Menggunakan Gas

Artikal pada kali ini, admin akan berkongsi satu tips yang agak menarik juga untuk di kongsi

Suami 3 Bulan Kerja Offshore Balik Rumah Isteri Jumpa Kondom Dlm Beg Tapi Jawapan Suami Buat Isteri Terduduk

Ada daging Elok, Daging Busuk Juga mahu dimakan. Sudah ada yang halal, yang haram juga dikejar kejar

Cara Mudah Buat Majlis Doa Selamat Kesyukuran Dsbnya

Cara mudah buat majlis doa selamat, kesyukuran dsbnya terus ke sasaran ialah dengan

Terlupa Bilangan Rakaat Dalam Solat Situasi  Apa Perlu Buat

Assalamualaikum wbt... Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah ter

Seram  video Tak Tahan Diganggu Suami Isteri Pasang Kamera Waktu Tidur rakaman Mengerikan Buat Mereka Histeria

(VideO) Tak Tahan Diganggu, Suami Isteri Pasang Kamera Waktu Tidur....Rakaman Mengerikan Buat Mereka

Ibu Bengong rakam Anaknya Dirogol Pakwenye  Ibu Babi Pun Tak Buat Macam Tu

SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, m

      Salam Jumaat Yang Mulia Salam Penghulu Hari Buat Sahabat2 Yang Dikasihi Dan Dirahmati Allah Bertemu Lagi Kita Dijumaat Yang Penuh Barakah Dan Maghfirah Ini semoga Allah Memberi Kekuatan Untuk Kita Mentarbiyah Diri Dan Hati dan Smoga Kita Sentiasa Is

~untuk peringatan diri sendiri dan buat renungan bersama....tazkirah 5 perkara untuk melakukan ma

Dua Beradik Buat Aksi Lucah Lesbian

Gara-gara dipercayai meniru aksi pasangan lesbian dalam video lucah yang pernah ditonton, dua

Salam Pagi Jumaat Yang Mulia assalamualaikum Buat Semua Sahabat2 Yg Dikasihi Dan Dirahmati Allah bismillahirrahmanirrahim Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam Yang Menghidupkan Kita dan Bersua Kembali Dijumaat Yang Indah Ini dgn Kurniaannya Dan Nikm

sahabat ku..andai hari ini hari terakhir ucapan salam dari ku buat mu…andai hari ini hari tera

Senarai Empat Jururawat Yg Buat Pesakit Tak Tidur Malam

Senarai Empat Jururawat yg Buat Pesakit Tak hanya pramugari, perawat juga merupakan p

Lagu Thailand Best Yang Boleh Buat Uoolls Menari Rancak Catchy

Thailand banyak lagu best. Especially lagu2x rancak dengan tarian catchy. Iollls suka lagu ni sejak

Macam Mana Nak Buat Honda Ex5 Lebih Laju

Ini soalanya : camne nk buat honda ex5 1997 lebih laju?.... banyak part aq dh tukar.. aq rasa dh ove

Bila masuk hutan, apa kita akan buat sekiranya.....

ILMU HUTAN - RUGI TAK BACA.!Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk keng

Puisi Buat Perempuan Curang

Perempuan, engkaw pendusta.. kaw bicara ibarat pari-pari berkata manis, manisnya lagi dari man

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.