April 30, 2010

Sekadar Jenaka~






MATA

Seorang lelaki pergi ke klinik mata.
Setelah matanya diperiksa, dia bertanya, " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu," jawab doktor.
"Oh, gembiranya!!! Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.





POS

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum... "

" Waalaikumusalam... "

" Ni rumah Encik Man ye?

" Ya, saya."

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni !"

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"





JURUTERBANG

Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara.

"May day,may day,may day...!!", terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.

"Pesanan anda didengar jelas," kata petugas dek menara pengawas, "Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"

"Ya, baik, "jawab juruterbang itu. "Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"






MATERIALISTIK

Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya..

Ketika dia membuka pintu keretanya, tiba-tiba sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta peguam tersebut sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat!

Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menangis terjerit-jerit seperti orang histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.

Beberapa minit setelah emosi menguasai dirinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu.

Serang lelaki tua berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik anda sudah keterlaluan dan mata duitan. Engkau hanya pentingkan harta dan memikirkan hal yang lain."

"Kenapa anda berkata demikian?", tanya si peguam lelaki kepada lelaki tadi.

"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi???" jawab lelaki tua itu.

"Ya Tuhan!!!", jerit si penguam tadi dengan kuat.

"Di mana jam tangan Rolex saya???!!!!"

April 28, 2010

Wanita Ibarat Mawar Berduri






MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,
Secantik bahasa dan gerak gerimu,
Sopan ditiup sang bayu,
Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.


MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,
Daripada Kumbang yang membinasa,
Duri didahanmu tetap tersedia,
Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.


MAWAR BERDURI,
Kau tetap sentiasa berdiri,
Menahan cabaran yang diberi,
Tetap tidak pernah hilang harga diri,
Dirimu indah sukar untuk didekati,
Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,
Melainkan syariat memberi.

MAWAR,
Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,
Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,
kerna dirimu telah rosak dibinasakan.


MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,
Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,
Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,
Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.

Hati Adalah Radar Yang Ajaib



Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya???



Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.


Sabda Rasullulah S.A.W ;
"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati."


Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah (baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah (keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.


Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah. Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, mengeluarkan zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir. Dengan cara memberikan makanan pada hati, barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.


Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat. Memohon keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan. Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.


Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd : 28)



Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta." (Al-Baqarah : 10)



Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.

Ingatlah pesanan-Nya yang bermaksud:

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (Al-Hadid : 16)

April 11, 2010

5 Perkara Penting Dalam Hidup



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
LIMA perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya



1- وجه جميل
1:Wajah yang cantik


2- فلوس بالملاين
2:Duit yang banyak


3- صحة قوية
3:Kesihatan yang baik


4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:Anak-anak yg cerdik dan berjaya macam kita


5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:Tidur yang nyenyak tanpa gangguan


**********************************


سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Kata Nabi S.A.W.


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa
yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan
badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg
bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang
nyenyak

**akhir kalam :
بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
Sampaikanlah daripada Nabi S.A.W. itu walaupun satu ayat...