Tuesday, June 3, 2008

Urusniaga 2 Jun 2008

Dalam situasi coverage internet tak menentu dan sangat perlahan,kejap ada kejap tiada macam biskut,trader tidak berani mengambil risiko mengambil 3 lot. Oleh itu, hanya 1 lot saja masuk di GBPJPY pada harga 206.24 (lebih kurang jam 4 petang waktu tempatan).Alhamdulillah lot 1 closed di 205.74 ( 50 pips ).

Walaubagaimanapun, trader masih membuat pemantauan dengan andaian 3 lot,sebagai kerja rumah untuk melihat prestasi sistem.Talian internet masih tidak stabil.Ini adalah SS hasil pemerhatian trader.
Di antara perkara yang trader lakukan ialah kenalpasti : 1- CS Open di bawah MA Biru 2-AO & AC warna merah (sama) 3-Kedudukan Stoch silang ke bawah dan melepasi garisan 0 AC. 4-Melihat news di Forex Factory 5-Membuat garisan Trendline di TF Daily,H4 dan H1 bagi melihat support. (Trend ada di semua TF dan boleh diukur dengan trendline,rsi,macd,ao dan mana-mana indikator yang kita ketahui dan fahami ) Sebab apa yang trader belajar ialah trend ialah sahabat sejati trader.Oleh itu, trader perlu kenalpasti trend ( naik atau turun ).Cuma mungkin persoalan sama ada ia panjang atau pendek.Walau bagaimanapun kalau trader berada dalam trend yang betul, insyallah hasil yang profit.Yang trader tahu dan maklum, tiada siapa pun tahu ke mana arah market selepas ini atau akan datang, jadi trader perlu masuk pos dengan sistem yang dipercayai dan minimakan kerugian dan maksimakan keuntungan. Insyallah!!!!!

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP