Friday, August 22, 2008

Teknik Menabung Trading Chaos!

Salam Hormat, Dulu bila saya entry buy sahaja, price turun bila entry sell price naik. KENAPA? PLATFORM ni TIPU KA? Kerana saya pada masa itu TIDAK peka bahawa urus niaga di Forex ini juga seperti urusan lain mempunyai MASA atau "Time Frame" nya.Dan apa lagi kalau emosi yang tidak kuat, maka kebanyakan kita akan Cut Loss apabila Floating. Contohnya :Kita entry BUY di TF H1, sedangkan di TF kecil seperti M5 atau M15 dalam trend Down. Maka kita akan floating lah dalam sekitar 20 atau 30 atau sebagainya. Jadi bagi yang tak tahan tengok floating...segelintir mungkin...maka dengan bantuan rakan-rakan trader lain ( Thanks Azie) mencadangkan kenapa tidak entry di M1 sahaja.Walaupun ia agak kelam kabut(bagi yang tak suka),tetapi ia telah mewujudkan satu urus niaga yang minima floating, setakat ini sekitar 4-6 pips dan terus profit. Dan kita perlu ingat, kita berada di TF M1, jadi Target Profit pun kena sesuai dengan TF ini. Maka dicadangkan hanya 10 pips sahaja.Oleh itu,cara ini kita ambil profit bukan pips. Kalau yang minat trade 100-200 pips sekali masuk...kena lupakan kaedah ini. Ini yang menjadikan akaun semakin OK kerana ia boleh dikategorikan Teknik Menabung. Walaupun 10 pips, tetapi kalau peluang entry contohnya 3 kali sahaja dalam sehari, maka kita telah mengumpul 30 pips dengan kadar minima floating. Dan perlu diingatkan sebelum entry di M1 ini,pastikan pengesahan Trend sama (sehala) di TF M5 dan TF M15 dan seeloknya juga pastikan trend di H1. Dan lihat momentum AO seperti contoh di chart di atas.Jangan entry BUY jika AO M1 sudah panjang peak, tunggu seperti contoh di atas. Dan 'pair' yang dicadangkan ialah hanya di EU atau GU sahaja.Bagi yang taksub GJ ( takleh lerrr..hehehe).Tapi apa yang kita cari setiap hari apabila 'trading'..fikir-fikirkan.....!Dan setiap hujung bulan kita ingin withdraw sahaja profit kita...jadi fikir-fikirkan di gelanggang mana yang sesuai bagi kita dan mengurangkan risiko modal, fizikal dan emosi kita..hmmmm! Contohnya: kalau acara angkat berat dan berat badan kita 70KG...sesuai di kategori mana...middleweight,lightweight atau heavyweight. Walau bagaimanapun, kita entry di M1 dan jika kita rasa boleh bertahan dan melihat alligator M5 atau M15 masih di landasan trend yang betul maka kita boleh exit menggunakan Green Line SCO di TF M5 atau M15. Jadi terpulang kepada masing-masing punya cara, ini sebagai cadangan sahaja.
PASTIKAN PRICE DI M1 / M5 / M15 DILUAR ALLIGATOR YANG SAMA ARAH.
( makluman : ini hanya salah satu kaedah 'trading' saya sahaja,tertakluk kepada masing-masing punya pemahaman dan kepercayaan ) * selepas ini kita trading di M5 pula...to be continue...kira favourite TF la..

0 comments:

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP