Thursday, December 06, 2012

Mengatasi Marah Dan Panas Baran Bagi Diri Sendiri Dan Pasangan



Topik kali ini adalah berkaitan dengan sifat amarah dan panas baran. Rasanya kebanyakan individu pernah mengalaminya sama ada untuk diri sendiri, bersama pasangan hidup atau dengan mana-mana individu lain yang berada di sekitar. Apakah yang mendorong sifat marah dan panas baran ? Kebiasaannya perkara yang mendorong seseorang itu untuk berkelakuan sifat seperti ini ialah keadaan persekitaran atau situasi tertentu yang menyebabkan rasa diri seperti dikecewakan lantas timbulnya perasaan marah melampau yang ingin diluahkan sama ada melalui perkataan atau perbuatan.



Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal dan memarahi juga adalah perbuatan manusia yang normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk menterjemahkan rasa marah masing-masing. Jika marah tersebut diterjemahkan sehingga menyebabkan berlakunya sesuatu abnormal seperti mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, memukul, merosakkan harta benda sehinggakan sampai tahap untuk membunuh, maka perkara ini perlu diatasi, diubah dan dibuang terus dari diri seseorang.




Apakah faktor-faktor penyebab panas baran ? Secara amnya faktor persekitaran dan dalaman menyebabkan punca seseorang individu menjadi panas baran.
  • Perilaku agresif
  • Gejala sosial
  • Beremosi
  • Masalah dalam hubungan keluarga
  • Ego
  • Tekanan perasaan
  • Faktor didikan
  • Bebanan kerja
  • Hubungan kerohanian



Mengatasi panas baran untuk diri sendiri
  • Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
  • Cuba mendiamkan diri ketika rasa marah
  • Jika marah atau panas baran akibat kesilapan orang lain, hadirkan rasa maaf dalam hati
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat
  • Luah pada masa dan tempat sesuai
  • Tarik nafas dalam-dalam dan panjang jika rasa nak marah
  • Bawa bertenang
  • Cuba untuk senyum
  • Perbaiki kerohanian dalam diri
  • Jika sudah memarahi atau ‘naik hantu’, cuba beristighfar dan mengucap 
  • Alihkan diri ke tempat lain. Berdasarkan hadis Rasulullah :

“Jika kamu marah dalam keadaan berdiri, duduklah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan duduk, berbaringlah. Jika kamu masih marah, padahal sudah dalam keadaan berbaring, segera bangkit dan ambil wuduk untuk bersuci dan lakukan solat sunah dua rakaat.”



Berhadapan dengan pasangan / orang lain yang sedang marah dan panas baran 
  • Wujudkan aura kesabaran dalam diri.
  • Jangan melawan, berdiam diri tetapi jika ada tanda-tanda si panas baran seperti hendak lepaskan kemarahan melalui perbuatan fizikal perlu pertahankan diri.
  • Beri peluang kepada pasangan untuk luahkan kemarahannya, walaupun dihamburkan dengan kata-kata kasar, kesat dan maki hamun.
  • Jika si panas baran marah kerana kesilapan kita, akui kesalahan itu dan minta maaf padanya.
  • Jangan ulangi perkara yang mendatangkan marah kepada pasangan. Cuba untuk meminimumkan kesalahan. (manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan)
  • Beristighfar. 
  • Cuba untuk senyum walaupun kena marah.
  • Berikan masa kepada pasangan untuk ‘tempoh bertenang’.
  • Memujuk pasangan.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mengatasinya. Apa yang penting ingatkan diri kepada Allah dengan beristighfar. Wallahu a’lam…

Klik artikel dibawah:


Atasi panas baran - Kosmo


No comments: