Monday, November 29, 2010

Ke Langkawi kite-part selamat tinggal...

7. Idaman Suri
Klau ke langkawi tempat wajib shoping..ada jual bermcm2 jenis pinggan mangkuk, perhiasan umah, chocolate, cadar dll...klau pinggan mangkuk lg murah kat sini..

8. Haji Ismail Group (HIG)
klau nak beli Chocolate, HIG lg murah berbanding kat idaman suri...HIG pun ada jual pinggan mangkuk, kain batik dll...

Time utk pulang....Kat jeti Kuah...

Muka x nak balik...x puas jalan...next time kite gi lagi k
senyum la seluas bj areill
Jeti kuah
Jeti lg
Feri..kami x naik pun feri tu...

Dah abis cite gi langkawi...bnyk tol part cite langkawi ni...utk kenang-kenangan kami sekeluarga...

Ke Langkawi kite-part 4


5. Kompleks Kraf Langkawi

Kali nie perjalanan kite diteruskan ke kompleks kraf langkawi..kat sini bnyk ditunjukkan cara menenun songkit..membuat batik..ada2 istiadat perkahwinan kaum2 di malaysia..pakaian2 yg terdapat di malaysia..alat2 muzik tradisional..permainan tradisional..dan mcm2 lg..ada gak setengah2 tempt tu x leh ambil gambor..nie antara aksi2 model2 x berbayar...

Areill nak melepaskan diri
Areill si budak tombam
En suami konon2 melukis batik
Ada gaya ke?
Areill bermain congkak bersama Andi
Sape paling tombam...ummi ke areill
Cantik kan
Pandai lak dia possing
Cara mesin tebu zaman dolu-dolu
Leh jadi model topi ke nie?
Aksi tangkap muat jea
Cara menenun songket
6. Pantai Pasir Hitam

Layan jea la gambar...
Pasir yg hitam
Pemandangan dr atas
Menurut cerita dongeng, pasir pantai ini asalnya berwarna putih, tetapi akibat perbuatan seorang nelayan yang memungkiri janji pada seekor ikan duyung, maka pasir pantai ini disumpah menjadi warna hitam menandakan kemarahan ikan duyung tersebut.
Sejarah pasir hitam

Namun pada hakikatnya, pasir pantai ini berwarna hitam disebabkan campuran mineral dan komposisi tanah yang terdapat di pantai ini iaitu campuran granit dengan deposit lurmalin, ilmenit dan zircon.
Punca terbentuknya pasir hitam..

KELEBIHAN DAN AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Sungguh pantas masa berlalu. Tanpa disedari bulan Muharram kunjung tiba lagi. Tahun baru 1432 Hijriyah akan tiba lebih kurang seminggu lagi. Tanpa kita sedari juga sebenarnya usia kita semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin menghampiri kita.Kehadiran bulan Muharram nanti sebaiknya kita mengambil manfaat sebaik mungkin kerana bulan ini mempunyai banyak kelebihannya. Sebab itu terdapat golongan yang ghairah beramal dalam bulan ini. Namun terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini. iaitu ;

1.Melakukan Perubahan ke Arah Kebaikan

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

2. Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunatpada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. ( Riwayat Imam Muslim)


Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas : Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya.

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

3. Puasa Khas 1 Muharram dan Sembilan awal Muharram

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari :” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak
( tidak diterima”).

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

4. Memasak Bubur ‘Asyura

Memasak bubur ‘Asyura juga telah sinonim dengan bulan ini. Memasak bubur ini tidak menjadi masalah sekiranya seseorang itu berkeinginan untuk menjamu sanak saudara dan orang ramai. Menjamu makan merupakan amal soleh dan menepati ajaran al-Quran dan sunnah. Ia jadi masalah bila ditetapkan hanya pada bulan Muharram, tidak boleh pada bulan yang lain. Lebih teruk lagi bila amalan ini disandaran kepada Rasulullah saw. Perkara ini merupakan satu pendustaan atas nama Nami Muhammad saw. Ada juga yang menyandarkannya kepada Nabi Nuh as. Semua kisah tersebut adalah cerita dongeng Bani Israil. Demikian ditegaskan oleh Imam Ibn Kathir ra dalam kitabnya Qashas al-Anbiya’.

5. Doa Awal Tahun

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)
Begitu juga banyak hadis-hadis yang mendorong kita agar sentiasa berdoa. Sesiapa sahaja boleh berdoa pada awal Muharram dengan doa yang dikehendaki berdasarkan umum ayat al-Quran di atas. Mengadakan majlis khas dengan upacara khas dan dibaca doa khas pada awal tahun dan akhir tahun dengan anggapan akan dihapuskan dosa selama setahun perlukan dalil yang sahih daripada amalan Nabi saw atau para sahabat. Tapi ternyata tiada satu pun hadis Nabi saw atau atsar yang menunjukkan para sahabat mengamalkan doa khas Muharram. Mustahil akan ada hadis Nabi saw dalam perkara ini memandangkan penetapan tahun Hijriyyah ini ditentukan oleh Amir al-Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab ra iaitu setelah lama kewafatan Rasulullah saw.

Konklusinya, kita hendaklah berhati-hati dalam mengamalkan sesuatu amalan agar amalan kita sentiasa menepati sunnah Rasulullah saw. Beramal dengan hadis palsu dan hadis yang tidak sahih mengakibatkan amalan kita tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah beruntungnya seseorang yang kembali ke akhirat dalam keadaan amalannya yang diterima oleh Allah SWT dan alangkah malangnya seseorang yang mengadap Allah SWT, tiba-tiba mendapati amalannya ditolak. Fikir-fikirkanlah….

Rujukan utama : Kesempurnaan Ibadat Puasa ; Drs Abdul Ghani Azmi Hj Idris

Sunday, November 28, 2010

Ke Langkawi kite-part 3


2. Beras terbakar

Beras terbakar gi pun sbb nak beli pelampung utk areill..lg pun tempt tu on the way nak gi air terjun temurun..kat bhgian depat kwsn beras terbakar tu ada jual bermcm2 brngn cth bj, mknan ringan, cenderhati langkawi, kain batik dll..so kite kene menyusuri gerai2 tersebut sebelum jumpa rumah...di hadapan rumah tu ada 1 kwn berpagar yg terdapat beras terbakar...x besar mn pun kwn berpagar tu...

time nie x bw camera...sbb plan nak beli pelampung jea..alih2 leh lak msk ke beras terbakar..klau dah nmpk mcm2 jual..kaki pun gatal2 jea nak nengok..tahu2 dah sampai depan umah tu..hhehe..tp bile msk jea kwsan umah tu..ariel menangis x berhenti2..dokong x nak..bg jalan pun x nak...so aku ambl keputusan bla dr situ..sbb bdk klau nangis x tentu hala kat tmpt2 cum tu..ada la yg dia nmpk...so paham2 la sendiri...tp aku sempt gak jengah kat beras terbakar tu..dr mata kasar aku..x nmpk pun beras terbakar tu..hehehe...next penjelajahan kene gi lg tmpt nie..hehhe


3. Air terjun temurun


Kwn hadapan air terjun temurunSempt lak 2 beranak nie post

Tinggi gak air terjun nie..klau kite naik cable car leh nmpk tau..
Air jernih n sngt2 sejuk..ikan pun bnyk

Pelampung yg di beli kat beras terbakar-andi tengah guna


Maaf bebenyak gambor setakat nie jea...camera cap ayam dah abis battery...hheheh..x dpt nak tunjuk aksi areill berenang guna pelampung...dia sngt suka la mandi n berenang...pandai lak guna pelampung utk berenang...huhuhu...kami anak beranak sampai kecut jari2 br ingt nak naik ke darat..hehhe...orng x ramai sangt time nie..kami gi pun dah lewat ptng...airnye tetap sejuk..huhuhu...

4. Pekan Rabu, Langkawi

Ingtkan kat alor star jea ada pekan rabu..langkawi pun ada pekan rabu..tp langkawi nye pekan rabu x semeriah or semaju kat alor star la...dngr2 x dpt sambutan dr pengunjung...aku gi time mlm..agak meriah gak la..tmpt orng mlkn2...leh tengok dataran helang...tngk laut mlm2...best-best2..cum Dangar Bay kat JB la...hehhe..

Ke Langkawi kite-part 2

1.Langkawi Bird Paradise

Sekitar gambar di langkawi bird paradise..yg penting2 jea aku upload...Areill memang suka la gi tengk binatang...aku ngan en suami yg letih nak kejor dia...belari sakan..bukan nak jalan...yob kejor..yob kejor...

Burung pun nak geloumer

Tak takut pun si areill nie..sebuk nak pegang berok tu
Tengok mata ngan perut areil

burung merak nie cum paham orng kata...kite nak ambil pic..burung nie kembangkan ekornye..burung nie tunggu sampai kite kata siap..br kuncupkan ekor...hehhe
Sampai terduduk nak tengok ikan
Belakon jea lebih
Areill dan kambing
Areill dan anak kambing
Bg Arnab mkn
Semua arnab kerumun areill
Areill bg mkn arnab
Areill pegang arnab
areill amat teruja tengk arnab yg jinak
Kenapa lak kasut areill tu

Ke Langkawi kite-part 1

Episod mengabiskan cuti2 en suami...(en suami cuti 1 bln..sambng perkhidmatan)

Kali nie kite ke langkawi...kami suami isteri dah bnyk kali la gi langkawi...bukan jauh mn pun..changlun-kuala perlis 40mnt..kuala perlis-langkawi 1 jam...so total 1 jam 40 minit jea...tp si tombam x pernah gi lagi langkawi..dulu time kami gi, areill kecik lg..so mls nak bw dia..hehhe..kali nie nak bw dia bersiar2 di langkawi lak...

Gi langkawi kali nie, kami x sewa kete or hotel..sbb time cuti sekolah+weeked herge semua melambong2 mahalnye..hehhe..adik en suami ada dok kat langkawi..so kami dok umah dia, and dia la jadi tourist guides kami..hehhe

Antara tempat2 yg kami lawati ketika berasa di sana ialah..
  1. Langkawi Bird Paradise or Taman Burung Langkawi
  2. Beras terbakar
  3. Air terjun temurun
  4. Pekan Rabu, Langkawi
  5. Kompleks Kraf Langkawi
  6. Pantai Pasir Hitam
  7. Idaman Suri
  8. Haji Ismail Group (HIG)
So layan je gambor ek
Jati kuala kedah

Tiket Feri-Lada 2
Nampak x sape kat dlm kete kuning nieKat Jati Kuah-sementara tunggu abah solat..areill sempat merempit...


Letih dah rempit..2 round pusing..abah x siap2 lg solat..

hahha..bunyi kat atas tu cum bnyk jea gambor kan...tengah2 upload...pas tu..aku cum mls jea nak upload lg..so sila la tunggu..Ke Langkawi kite-part 2


Thursday, November 25, 2010

Muar-Banting-Bentong-KL-Kedah

Sambungan cite blk muor hr tu...plan sblm nak blk tu..nak gi melaka...konon2 nak bw si tombam tngk binatang...dia memang suka la bab2 binatang nie....aku memang dr awal2 memang x suka binatang...last aku gi zoo pun 6 thn lepas..huhuh..

Aku x sempt pun nak round2 kat Muar..mee bandung pun x dpt mkn..hnye sempt bw anak2 sedara lepak2 kat tanjung muor...tngk2 la aksi yg sempt dirakam
Masjid Muar kedua

Bot untuk menyusuri sungai muor...

Anak sapekah baju kuning itu..pantang lepas..laju jea dia lari...

Tak payah ckp bnyk..nie dah bersusah payah nak ambil gambor..areill lak tngk tmpt lain..
Kepenatan

Anak sedar(dr kiri ke belakang: haikal, hadina, azhari, haziq, areill)
Main-main
Bdk yg paling suka bermain
Bila dah blk kg...masa la x cukup...ngan korban+akikah..ngan buat kenduri lg..so cancle gi melaka..aku cum dah jg kewajipan blk kg jea gi melaka..so kali nie nak gi tempat lain..melawat umah abg2...heheh..1 st gi Banting..umah abg epin kan TUDM banting..rasanye tu kawasan Dato. Susilawati kene bunuh...tp x tahu kat mn ladang gadung tu..x tanye pun kat abg epin..sbb x cukup ms...sampai mlm..esok pgnye kol 9 dah gerak gi Bentong...
Bentong umah abg Hissam..dia dok kat Penjara Bentong...tido semlm..esok pg nye dah gerak ke KL lak..ada jemputan kahwin umah sepupu...dr KL aku terus blk ke kedah...agak letih la perjalanan blk kedah kali nie...so bnyk kali berhenti..pd perhentian terakhir..RNR Gunung Semanggol...berlaku 1 kejadian yg mengerikan...huhuhu..

Aku nie gatal2 oder air Nescafe panas...nak dijadikan cerita..areill dr KL x tido2..dia pun dah buat perangai...nak minum air nescafe panas yg aku oder tu..so aku sambil tiup sambil suapkan dia...tp dia x sabo..so dia capai cawan nescafe tu..aku x sempat nak tepis...habis Areill mandi air nescafe panas..cawan pecah...orng semua pakat tengk...huhuhu..aku memang sah2 ler kene marah ngan En.suami..nasib x melecur..klau x menanah telinga..hahahha...