Tuesday 18 July 2017

18.07.2017 selasa Program 4PI PdPc MP Pai SK Napong ( PEMANTAPAN PDPC GURU PENDIDIKAN ISLAM MP PEN ISLAM TAHUN 1 )


 JUD KSSR PAK 21 sedang berbincang dengan GPI berkaitan :
1. DSKP Semakan KSSR Tahun 1 - Memasukkan semua elemen KA21, EMK, KBAT, Pentaksiran PdPc: Mencapai Objektif PdPc, Standard Prestasi - Sebatang Pen dan Pentaksiran offline.
2. Penulisan RPH MP PAI Daerah Ranau : Objektif formula ABCDS,
Aktiviti PdPc bg mencapai Objektif:1. INduksi: Tekaan / Ramalan 2. Perbincangan murid PAK21, 3: Pembentangan PAK21:
4. Memasukkan segala elemen dala setiap PdPc gpi.

 

GPI telah memguasai perkara objektif dan keliru dalam meletakkan elemen2 dinyatakan dalam DSKP?
Soalan biasa : Bagaimana murid diajar bagi menjadi murid mempunyai kemahiran abad 21, Melaksanakan KBAT sesama murid, Murid melaksanakan EMK, pentaksiran dilakukan?



Semua Murid Tahun 1 SK Napong MAsa 11.30-12.30

Tajuk : Istinjak
Objektif: Pada akhir pdpc, murid dapat:
1. Menyebut erti istinjak dengan betu secara kumpulan.
2. Mengenal 3 dariada 5 alat berisinjak dengan betul secara kumpulan.
3. Menyatakan _____________ dengan betul secara kumpulan.

Aktiviti pdpc :

1. Induksi : Tekaan- murid meneka pa ada disebalik kotak silinder
2: Perbincangan murid : Kaedah Cafe digunakan.
3. Pembentangan murid : Kaedah Perbentangan hasil kerja murid
========================================================================




Pemahaman DSKP amat penting dalam setiap PdPc dan menggunakan PAk 21.

SPrestasi : JUD menggunakan PEN untuk memudahkan pencapaian TP 1-6 kepada guru.
1. apa itu? pen... murid Tahu , TP 1
2. apa fungsi pen : Menulis ... murid tahu fungsi TP 2
3. Bagaimana gunakan pen untuk menulis? ...TP3
4. Bagaimana gunakan pen secara baik dan berhemah? TP4
5. Bagaimana menggunakan pen secara baik dan beretika? TP5
6. JOM mari sini , saya ajar nama pen, fungsinya, kegunaannya, cara guna pen dgn baik dan beretika lagi menjadi contoh kepada murid lain... TP6
======================================================================

 
 Guru membahagi murid kepada 3 kumpulan. Pada hari ni guru memberikan nama kumpulan berdasarkan tema BUAH.

Biar murid berbincang dalam kumpulan utu memilih nama kumpulan. Ceri, Anggur dan Durian menjadi  pilihan murid dalam kumpulan.

guru boleh: tukar2 murid atau sentiasa berlainan ahli kumpulan. TEMA kumpulan dicadangkan pelbagai seperti tema kereta tempatan, planet, ikan, hewan darat, hewan laut, pokok dll. Membina minda murid...

 
=========================================================================

AKTIVITI :  INDUKSI

Sedang bersedia.................


 INduksi : Ramalan - Apakah dalam kotak silinder ini?
Memasukkan unsur sains.
Murid menjawab sehingga tahu ... 
Jawapan ... AIR

 Murid bersoal jawab....





 ============================================================================

PAPAN TULIS : CADANGAN PDPC PAK 21 BAGI GURU:

TEPI/RUANG KIRI @ KANAN LAIN DITENTUKAN YG JELAS DAN DILIHAT OLEH SEMUA MURID:
1. Menyediakan ruang Menulis OBEJKTIF PdPc GURU pada hari itu. Formula ABCDS
2. Ruang KRETERIA kejayaan. spt murid boleh membaca
3

KANAN PAPAN TULIS/RUANG DITENTUKAN :
RUANG MARKAH PADA HARI ITU.
-Cadangan markah : Induksi , Kerja perbincangan, hasil kerja, soal jawab KBAT 2 markah, jawapan 1 markah.

RUANG TENGAH:
SEGALA AKTIVITI UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF MELIBATKAN HASIL PERBINCANGAN BG MENCAPAI OBJEKTIF.

NOTA: BAGI AKTIVITI PEMBENTANGAN YANG MELIBATKAN PEMBENTANGAN DAN TIDAK MENGGUNAKAN PAPAN TENGAH SPT 3S1S, GW, RUANG TENGAH ADALAH MENGANDUNGI NOTA SAMPINGAN BAGI PEMAHAMAN MURID.
====================================================
 Selepas induksi : 

guru menerangkan objektif pdpc yang perlu didapat oleh semua murid YG TELAH ditulis dalam ruang papan tulis. Tulis dengan terang dan jelas sehingga semua murid dapat melihat.


 NOTA TAMBAHAH INDUKSI:

INDUKSI : RAMALAN / TEKAAN : 
SILA FIKIR KAEDAH SIMPLE MUDAH RINGKAS MENGGUNAKAN KAEDAH PAK21 SEPERTI NYANYIAN, LAKONAN, IKLAN, SAJAK, PANTUN ... DIAKUKAN DALAM PELBAGAI BAHASA, BISU DLL.

CONTOH : 
TAJUK : ADAB TIDUR 

INDUKSI : SEORANG MURID DISURUH DUDUK DI DEPAN ATAS KERUSI, ARAHKAN SEPERTI SEDANG MEMANDU KERETA DAN KEPALANYA KELIHATAN KEKIRI; SOAL JAWAB KBAT MURID DAN GURU DALAM PERLAKUAN INI. SEHINGGA MURID MENYEBUT TIDUR... HARI INI KITA BELAJAR ADAB TIDUR.

TAJUK :  PERAYAAN DI MALAYSIA
INDUKSI : TEKAAN PAK21 NYANYIAN : NYANYIAN LAGU HARI RAYA DLL....  SOAL JAWAB DAN HARI INI BELAJAR PERAYAAN DI MALAYSIA.

 
==============================================================================
Perbincangan PAK 21 : Kaedah Cafe - setiap kumpulan buah diberikan tugasan



 JUD Sedang memerhati PLC pada masa ini... bila masa nak masuk ni?... INduksi...Perbincangan... Pembentangan... sedia je




 Murid kolaboratif dalam kumpulan... ada yg menulis , ada yg memberi ide... seawal murid tahun 1 dan diajar bekerjasama.

 


Perbincangan biasanya mengambil masa 10-15 minit... kalau lebid dari itu, murid tahun 1 akan menunjukkan tingkah laku bosan...


 ===============================================================================
PEMBENTANGAN : 
GURU MENGGUNAKAN KAEDAH PAK 21: PEMBENTANGAN.
ARAHAN:
SEMUA KUMPULAN WAJIB MEMBENTANGKAN HASIL KERJA KUMPULAN SEPERTI YANG DITUGASKAN. 

SELESAI PEBENTANGAN OLEH KUMPULAN, SETIAP MURID DIWAJIBKAN MENYOAL PEMBENTANG MENGGUNAKAN KBAT: TAKSONOMI BLOOM... SIFIR  : IFAANC.






 Pembentangan murid tahun 1....



 JUD berperanan sebagai membantu murid memberikan soalan berbentuk KBAT / KBAR kepada murid agar dibiasakan.
Contoh soalan murid kepada murid yg membentang : Apakah maksud....? Baaimana hendak ...? Apakah beza ....? Apakah persamaan...? Saya tak faham ttg ini, oleh terangkan? Dimanakah .....? Boleh kah beruduk dengan air milo?.... Kenapa... Apakah Sebab....?
Anggaran soalan murid dalam aktiviti pembentangan antara 30-40 soalan...

Setiap soalan diberikan markah 2, dan bagi penjawab guru boleh berikan 1 markah, berdasarkan kepada jawapan..


Guru sebagai pemudahcara....


 Penilaian berdasarkan kepada Standard 4, SKPM g2 sepenuhnya....

 Guru sebagai pemudah cara dalam pdpc...





Guru perlu wajib memberikan penghargaan setiap pembentangan atau yang perlu dihargai seperti tulisan murid... berikan bintang.



=================


Selepas aktiviti pembentangan dan soal jawab tamat... wajib ditamatkan dengan menyatakan objektif pada hari pdpc. Biarkan murid memahami pelajaran pada hari itu..




 Murid diarahkan menambah semua markah dapatan pada hari tersebut... elemen penghargaan dan ata pelajaran MATEMATIK diajar.
Walaupun mengajar pendidikan islam, wajib masukkan elemen MP lain seperti sains, matematik, bahasa BKD, Bahasa Inggeris atau bahasa tempatan.



Markah PDPC GURU dengan PLC JUD KSSR PAK21 MP PAI Daerah Ranau... 97%. wow... tahniah

 Dapatan:

PEMANTAU :
1. GPI telah berjaya melaksanakan PcPc PAK21 dengan baik sekali.
2. guru 25%, murid 75% ....
3. semua elemen DSKP dilaksanakan seperti KA21, KBAT, EMK dan Pentaksiran : Pentaksiran utk mencapai objektif dapat dicapai dengan baik. Pentaksiran : Pemerhatian,  Lisan, Soal jawab dll, ada pengayaan dan pemulihan dalam pdpc
4. Murid berkaloboratif
5. Guru bersemangat...
6. GURU MASIH PERLUKAN BANTUAN DARI SUDUT MEMAHAMI DSKP... GURU KELIRU MEMASUKKAN ELEMEN2 PENTING DALAM PDPC. AKIBATNYA.. DSKP DITINGGALKAN SAHAJA. YANG DISENTUH HANYALAH MELIHAT SK, SP... TU JER... YANG LAIN TIDAK DILIHAT. KESANNYA... GURU TIDAK DAPAT ELAHIRKAN MURID PAK21 SEPENUHNYA.

JUD :
1. JUD seronok membantu guru dan murid bagi pelaksanaan PAk21 MP PAI
2. Murid yang awalnya dianggap lemah menunjukkan rasa ingin belajar seperti kawan2 lain.. alhamdulillah berjaya... dapat mencapai TP 4-5
3. Bersyukur, guru berjaya melaksanakan pdpc dengan mudah dan lancar..
4. Ramai guru menganggap PAk21 susah... tp sebenarnya mudah... semudah ABC. Kekangan guru sebenarnya latihan dan latihan... perlu banyak latihan..


GPI :
1. wow mudah rupanya PdPc PAk21 dari biasa... rupanya salah tanggapan pdpc pak21 ni menyusahkan... INsya Allah, pdpc akan datang saya akan teruskan ... Murid amat teruja dan amat hebat hasilnya.
2. Sebelum ini, guru bercapak 100%... murid 0%. Kesan ketara... murid mengantuk, tidak semangat belajar, tidak dihargai, dirotan, didenda dll. tapi sebaliknya pdpcPAK21.... murid aktif, soalan2 kbat amat banyak, murid rajin menjawab soalan kawan, murid2 saling berusaha dan rajin, murid2 bekerjasama, objektif mudah dicapai ..... semuanya mudah dan senang... Insya Allah, 80% murid, 20% guru dalam kelas akan dicapai... hilang sudah suara serak2.
3. Nasihat : Jom beralih kepada PdPc PAK 21 kerana ia mudah dan nampak kesan positif murid.

 MURID :

1. Kami mau belajar seperti ini
2. Kami bebas menyoal... 
3. Kami tahu dan faham objektif guru.
4. walaupun belajar MP Pen Islam... subjek sains, matematik dll pun belajar 
5. saya tak berani bercakap, sekarang saya bersemangat menyoal dan menjawab soalan kawan...

Sekian...
Jumpa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii






















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...