Nasihat Khas Kepada Calon B Arab Pmr 2010


BISMILLAH…

Sebagaimana yang diketahui bahawa bermula tahun depan Bahasa Arab akan berubah wajah ( lihat sini )dengan format baru. Sebagai persiapan menghadapi format baru ini, ustaz ingin menasihatkan pelajar semua agar :

1. Memiliki buku teks B. Arab tingkatan satu, dua dan tiga. Jadikan buku-buku itu milik kekal anda. Buku teks tersebut hendaklah dibeli kerana buku teks yang dipinjamkan oleh pihak sekolah wajb dihantar sedangkan soalan PMR format baru ini betul-betul berpandukan buku-buku teks tersebut. Walau pun nota-nota anda lengkap sekali pun pastinya inti kandungan buku teks ada yang tertinggal.

2. setelah mempunyai buku teks tersebut, para pelajar hendaklah mengingati seberapa banyak makna perkataan yang terdapat di dalamnya atau dengan kata lain menguasai tharwah lughawiyyah ( الثَرْوَةُ اللُغَوِيَّة )/ perbendaharaan kata. Sebenarnya inilah asas kejayaan cemerlang kertas Bahas Arab pada semua peringkat. Manfaatkan masa dalam cuti yang masih berbaki lagi dan cara untuk menghafal, lihat sini

3. Ulangkaji balik semua tajuk bahagian al-Qawaid al-Nahwiyah ( tatabahasa ) dan pastikan memahaminya dengan baik. Soalan bahagian Qawaid ini merupakan salah satu perkara baru dalam format Bahasa Arab 2010. Ustaz akan menerangkan semua tajuk qawaid dalam tutorial nanti. Sesiapa yang kurang memahami sesuatu topik boleh memaklumkan kepada ustaz agar dibuat tutorial. Ustaz akan membantu sekadar ilmu yang ada, insya Allah.

4. Kumpulkan kalimah seerti ( المَعَان 616;ي / المُفْرَدَات ) dan berlawanan ( المُضَادَّات ) dalam buku nota khas dan menghafalnya. Soalan berbentuk memberikan perkataan seerti dan berlawanan ini boleh menyebabkan anda banyak kehilangan markah. Oleh itu buatlah persiapan awal untuk menangani soalan seperti ini.

5. Kumpul kata-kata hikmah, perumpamaan, nas syi’ir dan nas al-quran serta menghafalnya sehingga mantap dari segi baris, makna dan pengajarannya.

6. Kuasai kiraan bilangan dan nombor ( العَدَدُ والأَرْقَام ). Pastikan anda mengingati nombor yang dipelajari sejak tingkatan satu hingga kini. Beri perhatian bahagian bilangan biasa ( العَدَدُ ), bilangan tertib ( العَدَدُ التَرْتِيبِيُّ ) dan nombor untuk menerangkan pukul ( waktu ).

7. Berlatih membina ayat dalam Bahasa Arab. Perkara ini amat penting untuk menjawab soalan kertas dua bahagian karangan yang menjanjikan 20 markah. Jangan takut salah dari segi nahu dan belajarlah daripada kesilapan. untuk kemahiran membina ayat anda mesti menguasai perubahan pada kata kerja ( الفِعْلُ ) bersama pelakunya ( الفَاعِل ) dan kaya “tharwah”.

Tujuh perkara yang disebutkan di atas amat penting bagi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Arab PMR format baru. Semoga perkara ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada pelajar.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

Published: 2017-12-08 Hit: 5 Laman Asal
Program Sembahyang Hajat Perdana PMR 2013
Ibu bapa, guru dan pelajar tingkatan 3 sama sama menjayakan majlis .. ..
Kelebihan Berpuasa Pada 10 Muharram
"Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuas .. ..
Majlis Mohon Restu Murid Tahun 6 upsr 2010
Selamat menempuhi peperiksaan UPSR untuk murid-murid Tahun 6.Doa ikhlas dari cikgu agar kalian semua akan mendapat keputusan cemerlang...amin... .. ..
Saya Rindu Pada Mereka
tetiba sampai office saya teringat kan mak dan abah kat umah...pastu bila saya on laptop terus saya ter on you tube dan memutar kan ceramah Ustaz Don Daniyal sebab semala .. ..