21 Ogos, 2010

Ramadan : Puasa Lidah




Lidah merupakan seketul daging yang amat sukar dikawal. lidah dapat merosakkan puasa seseorang. Kerana lidah yang tidak dikawal boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat balasan pahala melainkan hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata. ِAlangkah ruginya kita sekiranya tiada ganjaran untuk penat letih  dan berlapar sehari suntuk.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

 “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini” (al-Bukhari dan Muslim)


Pengajaran  :

1. Kelebihan orang yang berpuasa bukan sahaja terletak kepada menahan makan dan minum sahaja dan perkara perkara yang membatalkan puasa, tetapi menjaga setiap anggota dari melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa. Bahkan inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti menjaga lidah dari mengeluarkan perkataan-perkata yang kotor atau sebagainya.

2. Orang yang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah S.W.T. Sekiranya mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang maka hendaklah ia berkata “aku berpuasa” sebagaimana pesanan Nabi saw.

3. Untuk mengelak dari melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan agar banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat kepada Nabi dan sebagainya.

4. Bersendirian dan tidak bercampur dengan sekumpulan orang ramai boleh mengelakkan diri dari terlibat dengan salah guna lisan seperti mengumpat, bercakap sia-sia, bertengking dan sebagainya.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share