31 Mei, 2011

2 Aked PKBS II : Jangan Ulangi Kesilapan Lalu (Update)

AbuAqil


Edisi update :


Pagi ini merupakan hari terakhir penyerahan markah PKBS 2. Pada awal pagi ini terlintas untuk menyemak semula markah sebelum ke sekolah. Setelah disemak, ramai pelajar di'upgrade' mendapat B kepada A. Entah berkat doa siapa aku menjadi pemurah. Jadi yang mendapat A meningkat kepada 20 orang. Semua yang B sebelum ini mendapat A setelah dilakukan 'semakan ihsan'. Tahniah!


Namun diingatkan agar pelajar tidak mengulangi kesilapan lalu dan berusaha memperbaiki kelemahan sebelum ini.


--------------

Pelajar-pelajar  tingkatan 2 Aked sungguh teruja untuk mengetahui markah  B.Arab mereka. kerap sangat mereka bertanya  walau pun jawab taklah dapat mana pun J. Pelik juga budak-budak kelas ini. Satu sikap positif dan semangat yang perlu dikekalkan supaya mereka  sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan terbaik dengan berusaha memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa. Kalau semangat mereka ini berterusan maka mereka tiada  masalah untuk memperoleh A  B. Arab PMR tahun depan…Insya Allah.

Setelah bertubi-tubi ditanya markah budak-budak 2 Aked akhirnya bermula pagi tadi terpaksa mengangguhkan online untuk menanda kertas jawapan mereka.

Ada suka ada duka, ada rasa gembira dan ada juga rasa geram bercampur marah sepanjang menanda skrip jawapan. Soalan yang mudah diabaikan begitu sahaja. Nampak sangat mereka mengabaikan nasihat, tips dan malas menghafal.

Kalau  anda malas menghafal tiada apa lagi yang mampu ustaz bantu. Ustaz hanya membimbing semata-mata, beri tunjuk ajar, tips, rahsia.  Tapi yang menentukan segalanya adalah diri anda sendiri.

Video Maut Ketika Sujud : Subhanallah...Husnul Khatimah

AbuAqil

Setiap hari kita mendengar berita kematian manusia sama ada orang yang kita kenali atau tidak. Begitulah bila ajal tiba maka tidak terlewat atau tercepat walau pun sedetik. Akan tiba nanti giliran kita pula mengambil berita kematian yang disampaikan untuk orang lain. Maut yang datang tanpa amaran pasti menemui kita. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan Allah SWT sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang apabila telah datang ajal” (Al-Munafiqun: 11)


Sungguh bertuah lelaki di dalam video di bawah kerana dijemput maut pada hari jumaat dan dalam keadaan sujud setelah selesai solat di rumah Allah. Sungguh terharu melihat video ini. 


Entah bagaimana keadaan diri ini yang banyak melakukan dosa bila dijemput maut kelak. 


"Ya Allah aku menadah tangan memohon kepadaMu agar matikanlah aku dengan kesudahan yang baik dan berada dalam ketaatan kepadaMu aku berlindung dengan keagunganMu dari dimatikan dengan kesudahan yang buruk dan dalam keadaan durhaka kepadaMu."

30 Mei, 2011

Tips Memanjangkan Jangka hayat bateri laptop



Memanjangkan Jangka hayat bateri laptop

Tadi habis RM250.00 gara-gara beli bateri laptop acer kesayanganku yang dah lama ‘kong’ sehingga keluar warning ‘sila dapatkan bateri baru’ anda. Memang patut pun sebab usia lappy tu dah nak masuk tahun ke-3.

Adakah cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop?. Macam-macam pendapat yang diberikan bila kita baca di forum-forum. Ada berpendapat semua bateri akan tamat usianya bila tiba ajal, malah ada yang berpendapat jangka hayat bateri akan lebih lama jika dijaga dengan betul.

Berikut dinyatakan beberapa cara untuk memanjangkan usia bateri laptop anda. Kredit kepada

Sumber 1


Di sini saya ingin berkongsi tips dengan anda semua berkenaan bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.

Cara Umum

Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.

al-Hamdulillah Siap Juga Video Terjemahan al-Quran

Telah lama tidak membikin video. Minggu lepas terdetik untuk membuat video tentang terjemahan al-Quran setelah mendengar bacaan al-Quran oleh Syeikh Fahd al-Kanderi yang di’share’ oleh seorang sahabat  di facebook. Bacaannya mampu menitiskan airmata bila diperhatikan isi kandungan ayat tersebut.

Pertama kali juga membikin video dengan menggunakan perisian corel video studio yang canggih tapi banyak memberi masalah namun alhamdulillah dapat juga disiapkan walaupun menghadapi pelbagai kesulitan. akhirnya terpaksa juga menggunakan movie maker untuk menyiapkannya.

Video ini merupakan video yang ketiga  telah diupload di youtube iaitu selepas video sambutan hari raya SMK Putri Saaadong dan video lirik lagu yang menginsafkan ‘ Cahaya Hati’ nyanyian Opick.

Semoga video terjemahan al-Quran ini akan bermanfaat kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Saya amat mengharapkan semua ini  akan menjadi amal soleh bagi diri yang kerdil ini.  Ini sahaja sumbangan yang mampu dilakukan untuk agama yang dicintai sepenuh jiwaku.

Hayatilah video ini.


Kesalahan Al-Quran Yang Dicari, Petunjuk Yang Ditemui


Dr. Gary Miller

Susunan ZUARIDA MOHYIN

Dr. Miller atau nama Islamnya, Abdul-Ahad Omar mengakui kekagumannya dengan ayat-ayat al-Quran itu yang dianggap sebagai satu keajaiban.

Selain ia membicarakan persoalan duniawi dan ukhrawi manusia dalam segala aspek kehidupan, Dr. Miller turut terkesima waima dirinya seorang yang suka mencari bukti secara saintifik dan logik, disebabkan latar belakangnya.
Ditambah pula, ada antara ayat suci dalam al-Quran itu mencabar masa depan dengan hal-hal yang manusia sendiri tidak dapat meramal atau menjangkakannya.

"Semuanya bermula sebaik saya menerima hadiah senaskah al-Quran pada 1978. Niat awalnya saya mengkaji dan ingin membaca al-Quran untuk menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.

"Sebenarnya, saya mahu mencari kesalahan dalam al-Quran, agar dengan cara itu senang untuk saya menggoyahkan akidah umat Islam.

"Anggapan awal saya, kitab al-Quran adalah sebuah kitab kuno dan mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja. Akhirnya, setelah mendalami satu demi satu helaian al-Quran, apa yang ditemui saya sendiri tidak pernah menjangkakannya," akui Dr. Miller.

Jangan Sia-siakan Cuti Anda !



Cuti pertengahan tahun selama dua minggu baru bermula. Terdapat pelajar yang telah merancang apa yang ingin dihabiskan selama dua minggu tersebut. Ada yang berangan untuk bercuti bersama keluarga atau pulang ke kampung melawat datuk dan nenek. Ada juga mengambil kesempatan cuti ini untuk menghabiskan masa depan komputer melayan laman sosial seperti facebook, kegilaan ramai masa kini. Katanya”aku nak balas dendam sebab musim exam baru ni, langsung tak dapat layan facebook”.

Perlu diingatkan bahawa masa yang terluang itu adalah ‘modal’ untuk kita mencari kebaikan sama ada untuk kehidupan dunia atau akhirat. Jangan dibuang ‘modal’ itu dengan perkara yang boleh merugikan kita. Kita pasti akan menyesal bila kembali ke akhirat nanti bila melihat kekurangan pahala akibat masa yang dibuang begitu sahaja. Lebih buruk lagi digunakan masa itu untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

29 Mei, 2011

BAT : Karangan Keruntuhan Moral

Entri kali ini khas untuk pelajar yang mengambil kertas B. Arab Tinggi. karangan ini sesuai untuk semua jenis tajuk karangan berkaitan dengan keruntuhan moral di kalngan remaja/ pelajar seperti pengambilan dadah, arak, ponteng, merempit, lepak dan seumpamanya. Anda hanya perlu ubah tajuk sahaja. isi tetap sama. semoga bermanfaat kepada semua calon BAT.

Sila klik pada imej untuk gambar lengkap ( kemudian save kalau nak)




Aku Cinta Allah...Menusuk kalbu

entri kali ini nak share lagu berunsur ketuhanan yang menusuk kalbu. lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan dari Indonesia iaitu Wali Band.  lagu yang berjudul ' aku cinta Allah' ini boleh menitiskan air mata jika benar-benar dihayati. berikut adalah video yang mengandungi lirik lagu tersebut. semoga bermanfaat untuk diri ini dan semua pengunjung 'laman ilmu'.



Blog Yang Semakin Terabai…sibuk punya pasal


Penyejuk hatiku Sakeena, Syamil dan Aqil
Pagi ini baru pulang dari mengiringi pelajar untuk lawatan ke KL – Melaka. Masih kepenatan. Namun terasa rindu sangat kepada blogku ini setelah beberapa hari tidak online.

Dah lama juga blog LITB tidak diupdate…huhu. Semuanya disebabkan kesibukan dengan urusan sebagai seorang pendidik yang tugas sentiasa  berkesinambungan. Selesai satu tugas datang dua, tiga tugas yang lain. Begitulah reality seorang pendidik.  Selepas ini akan sibuk pula menanda skrip peperiksaan PKBS 2 yang baru berakhir Khamis lepas.

Kadang-kadang hanya beberapa jam sahaja berada di rumah, kena kembali ke sekolah pula sebagai seorang warden untuk menjaga 600 orang lebih ‘anak-anak’ yang disayangi. Semoga mereka semua akan menjadi hamba Allah yang soleh, berbakti kepada kedua ibu bapa, agama dan masyarakat.

Banyak juga masa tidak sempat untuk bermain dengan penyejuk hati syamil, Aqil dan Sakeena. Terlintas juga di hati bimbang takut-takut terabai anak-anak yang semakin membesar terutama Haziq dan Aqilah Ahla yang semakin meniti usia remaja. Semoga Allah menjaga anak-anakku sebaik mungkin. Aku berserah kepadaMu ya Allah.

Insya Allah masa cuti ini akan dimanfaatkan untuk update blog sekerap mungkin. semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah.

20 Mei, 2011

Video Pilihan : Hidupmu Pilihanmu..Jangan Salah Pilih

semoga video ini dapat memberi pengajaran kepada anda semua.


17 Mei, 2011

Larangan Memperkecil Nilai Sedekah


Muhammad Hanief Awang Yahaya

Orang yang beriman apabila dia melihat orang lain melakukan amal kebaikan dia juga tergerak untuk melakukan perkara yang sama, atau dia cuba memberikan pertolongan setakat yang dia terdaya, walaupun dengan ucapan sahaja atau memberikan pujian.

Tetapi ada juga yang bersikap negatif iaitu dia menyindir, mencebik orang yang melakukan kebaikan. Dia merendahkan nilai kebaikan yang dilakukan oleh orang lain. Ini jelas merupakan sifat nifaq yang membahayakan tuannya.

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ آيَةُ الصَّدَقَةِ كُنَّا نُحَامِلُ فَجَاءَ رَجُلٌ فَتَصَدَّقَ بِشَيْءٍ كَثِيرٍ فَقَالُوا مُرَائِي وَجَاءَ رَجُلٌ فَتَصَدَّقَ بِصَاعٍ فَقَالُوا إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنْ صَاعِ هَذَا فَنَزَلَتْ { الَّذِينَ يَلْمِزُونَ الْمُطَّوِّعِينَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ فِي الصَّدَقَاتِ وَالَّذِينَ لَا يَجِدُونَ إِلَّا جُهْدَهُمْ } الْآيَةَ

Dari Abu Mas’ud katanya, pada masa diturunkan ayat tentang sedekah kami bekerja dengan mengambil upah mengangkut barang lalu seorang lelaki bersedekah dengan harta yang banyak. Mereka berkata: “Dia seorang yang riya`. Seorang lelaki lain pula datang lalu bersedekah dengan segantang makanan lalu mereka berkata, sesungguhnya Allah Maha Kaya tidak memerlukan segantang ini. Maka turunlah ayat yang maksudnya: [ orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.] (Surah al-Tawbah: 79).[Imam al-Bukhari dan Muslim]

16 Mei, 2011

Sempena Hari Guru : jangan Jadi Lilin


Saifulislam.com
Jadilah lilin… yang membakar diri untuk menerangi… berkorban diri demi kebaikan orang lain!” itulah ungkapan ‘indah’ yang sering disebut orang kita.
Guru umpama lilin.
Kekasih umpama lilin.
Dan pelbagai siri lilin yang lain, terbakar diri untuk memberi.
Simbol pengorbanan.

LIKU DAKWAH

Dakwah adalah jalan yang penuh liku. Dari ujian kesusahan, hinggalah kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Dakwah adalah wasilah Tarbiyah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia.
Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat Tarbiyah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.

14 Mei, 2011

Teknik menjawab soalan carta / gambarajah / berdasarkan rangkai kata

Ada juga soalan yang keluar pada soalan no enam jenis carta atau gambarajah yang menjelaskan fakta-fakta tertentu. Untuk menjawab soalan ini boleh gunakan teknik ini :

Sila klik pada imej untuk gambar lengkap ( kemudian save kalau nak)

Kekeliruan Hukum Mewarnakan Rambut Beruban


Petikan ini membincangkan tentang hadits-hadits yang menyatakan Nabi s.a.w. mempunyai uban tetapi dalam kadar yang sedikit iaitu di rambut bahagian tepi, pelipis (jambang) dan janggut sepat (iaitu janggut bawah bibir). Dalam hadits-hadits Shahih Muslim: Bab Uban Nabi s.a.w, perawi hadits ada menyebutkan bahawa Allah s.w.t  tidak memburukkan rupanya, mencacatkannya, memburukkan atau meng`aibkannya dengan yang putih (ya`ni uban yang banyak)

Ini bermakna uban adalah suatu kekurangan, kecacatan dan juga suatu ke`aiban. Begitulah pada dasarnya dan demikian juga apa difahami oleh para sahabat .

Uban adalah proses yang biasa terjadi kepada orang yang meningkat umurnya bagi mereka yang normal sihatnya sama ada dengan kadar sedikit atau banyak.

Timbul persoalan, adakah Nabi s.a.w. berkhidob ya`ni memakai pewarna atau pun memakai dai rambut?

Dalam hadits Muslim ini, boleh dikatakan Anas r.a. menafikannya berkemungkinan kerana:

      i.        Baginya tidak perlu kerana tidak sampai ke tahap yang memerlukan nabi s.a.w. memakai khidob atau inai maka dia menafikannya.

     ii.        Boleh jadi juga Anas tidak tahu.

15 Akibat Buruk Perbuatan Dosa


Al-Imam Al-’Allamah Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullahu menyebutkan secara panjang lebar kesan negatif dari dosa.  Antaranya ialah :

1. Terhalang dari ilmu yang haq (benar / lurus). Kerana ilmu merupakan cahaya yang dilemparkan ke dalam hati, sementara maksiat akan memadamkan cahaya.

Tatkala Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullahu belajar dengan Al-Imam Malik rahimahullahu, Al-Imam Malik berasa kagum dengan kecerdasan dan kesempurnaan pemahaman Asy-Syafi’i.   Al-Imam Malik pun berpesan pada muridnya ini, “Aku memandang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memasukkan cahaya ilmu di hatimu. Maka janganlah engkau padamkan cahaya tersebut dengan kegelapan maksiat.”

2. Terhalang dari beroleh rezeki dan urusan menjadi sukar.
Takwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mendatangkan rezeki dan memudahkan urusan seorang hamba sebagaimana firman-Nya:

Doa Pohon Panjang Umur, Rezeki Serta Keberkatan


Meminta panjang umur dan banyak harta adalah suatu hal yang dibolehkan bahkan termasuk do’a Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada beberapa sahabatnya . Namun do’a yang diminta di sini ditambahkan dengan do’a keberkahan di dalamnya. Karena panjang umur dan banyak harta semata tidaklah mendatangkan kebaikan kecuali jika diisi dengan kebaikan.
 Diriwayatkan dari Imam Al Bukhari, dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mendatangi Ummu Sulaim (ibunya Anas). Ketika itu Ummu Sulaim mengatakan bahwa Anas (anaknya) siap menjadi pelayan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lantas beliau mendoakan Anas dalam urusan akhirat dan dunianya. Di antara do’a beliau pada Anas adalah,
اللَّهُمَّ ارْزُقْهُ مَالًا، وَوَلَدًا، وَبَارِكْ لَهُ

Ya Allah, tambahkanlah rizki padanya berupa harta dan anak serta berkahilah dia dengan nikmat tersebut.” (HR. Bukhari no. 1982 dan Muslim no. 660)

07 Mei, 2011

Hari Ibu Wajar Disambut


Diulang siar sempena sambutan Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu pada tahun ini jatuh pada 8 Mei 2011. Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah:

1. Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama

2. Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat pada zaman baginda.

3. Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.

4. Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun. Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka
yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa.

01 Mei, 2011

Sikap Jujur membawa ke Syurga


AbuAqil Adnan

Jujur merupakan akhlak terpenting bagi seorang muslim dan merupakan asas tertegaknya agama ini.

Antara perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan ini ialah istiqamah dalam bersikap jujur dan berkata sesuatu yang benar. Kadang-kadang kita memilih untuk berdusta semata-mata ingin menutup aib diri, melepaskan diri dan sebagainya. Tabiat buruk ini sepatutnya dihindari kerana pendustaan yang pertama itu akan memerlukan kepada pendustaan yang seterusnya.

Baca dan hayatilah maksud hadis nabi ini yang bermaksud :

“Hendaklah kamu selalu jujur, kerana sesungguhnya jujur itu akan membawa kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu akan membawa kepada syurga. Dan tidaklah seseorang selalu berkata jujur dan berusaha menetapi kejujuran, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang sangat jujur. Dan hendaklah kamu selalu menjauhi dusta, kerana sesungguhnya dusta itu akan membawa kepada kemaksiatan, dan sesungguhnya kemaksiatan itu akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seseorang selalu berkata dusta dan selalu memilih pendustaan, sampai dia ditulis di sisi Allah swt sebagai orang yang pendusta [ Imam Muslim ]

Bersama-samalah kita berusaha untuk sentiasa bercakap benar, sentiasa bersikap jujur dan cuba menghindari dari melakukan pembohongan dan pendustaan. Jangan sampai kita dicop sebagai pembohong atau penipu kerana pasti sikap negatif itu akan menjerumuskan kita ke lembah neraka.
Sentiasalah berkata benar walaupun kadang kala terpaksa menerima impak negatif. Ini sesuai 
dengan Pepatah arab :

قُلِ الحَقَّ وَلَوْ كَانَ مُرًّا

Berkata benarlah walaupun pahit.

Semog Allah SWT membimbing dan merahmati kita semua dan memimpin kita kepada perkara yang diredaiNya.
Related Posts with Thumbnails
 
Share