Notice: Array to string conversion in /home/waktusolat/public_html/templates/user/index.php on line 95
Array Pemakanan Untuk Menurunkan Paras Kolesterol-Pemakanan Untuk Menurunkan Paras Kolesterol
 

 

 
01 Zulkaedah, 1438 Hijrah
25-Jul-2017

   
Pemakanan Untuk Menurunkan Paras Kolesterol

Pemakanan Untuk Menurunkan Paras Kolesterol




Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nurul Farhanah Md Fozi, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:
1. Makanan bijirin penuh dan tinggi serat

Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol.

2. Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3
Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.

Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

3. Kekacang badam, walnut, pistachio dan soya

Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.

Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.

Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.

Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.

4. Buah-buahan kaya antioksidan mengandungi vitamin A, C dan E

Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.

Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.

Berikut antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan tahap penjagaan kolesterol dan lemak terkawal.

* Elakkan pengambilan lemak trans
seperti makanan diproses dan hidrogenasi seperti kek, biskut, snek pastri, sosej, nuget, burger, donut dan makanan lain yang mengandungi kolesterol jahat LDL yang akan merendahkan kolesterol baik HDL. Sebaiknya, pilih makanan komersial terproses berlabel tiada lemak trans setiap kali anda membeli-belah di pasar raya.

* Kurangkan kekerapan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti organ dalaman haiwan (hati, limfa, jantung, pedal dan otak), makanan laut (ketam, sotong, udang dan segala jenis kerang) dan jenis daging merah.

* Kurangkan pengambilan telur  kerana sebiji kuning telur ayam mengandungi kira-kira 275 hingga 300 miligram (mg) kolesterol manakala kuning telur itik mengandungi 375 mg kolesterol.

Justeru anda disarankan hanya mengambil dua biji kuning telur saja dalam seminggu. Sebaiknya, pilih telur ayam jenis rendah kolesterol.

* Pilih sapuan lemak jenis marjerin lembut yang mempunyai lemak tidak tepu seperti sapuan kanola atau lemak sayuran untuk sapuan pada roti. Sapuan mentega dihasilkan daripada sumber haiwan, maka ini boleh meningkatkan aras lemak dan kolesterol dalam darah.

* Tukar pengambilan susu penuh berkrim atau susu segar dengan susu rendah lemak atau susu skim. Gantikan juga santan dalam masakan kepada jenis susu ini. Krimer dan susu pekat manis yang sering digunakan dalam minuman seharian harus dihadkan pengambilannya kerana ia tinggi lemak tepu daripada minyak kelapa sawit yang boleh meningkatkan risiko salur darah tersumbat.

* Pilih kepelbagaian dalam makanan harian. Makanan bergoreng, berminyak dan bersantan perlu dihadkan pengambilannya dalam seminggu. Jadikan tabiat membuang lemak dan kulit pada daging ayam sebelum memasak. Seeloknya, gunakan sedikit minyak ketika memasak dan pelbagaikan jenis masakan rebus, panggang, kukus, rebus serta menggunakan ketuhar gelombang mikro selain menggoreng.

Apa yang boleh anda lakukan:

Seharusnya kalori atau tenaga yang dimakan harus sama dengan tenaga yang dibakar menerusi aktiviti harian. Ini bererti sekiranya kita makan 200 kalori makanan bermakna kita harus berlari sehingga hilang 200 kalori.

Lakukan aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot seperti berjoging, berbasikal, berenang atau melakukannya di gimnasium. Senaman juga mampu membuatkan badan berpeluh serta jantung berdegup kencang dan ini sangat baik untuk kesihatan badan.

...

www.myjodoh.net
Supreme Gluta White 1500000mg Untuk Kulit Putih Cerah Dan Gebu

SUPREME GLUTA WHITE 1500000MG UNTUK KULIT PUTIH, CERAH DAN GEBU!!! HYDROLYZED

Tempoh Masa Untuk Transfer Duit Dari Cimb Ke Akaun Lain

Assalamualaikum dan selamat petang. Ringkas sahaja. Tadi kisahnya aku transfer duit ke akau

Peranan Keluarga Untuk Memupuk Amalan Menabung

Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi ha

Peranan Ibu Bapa Untuk Mendidik Anak-anak Mementingkan Kebersihan

‘Kebersihan bermula dari rumah’. Pernyataan ini mampu merangsang jiwa se

Peranan Ahli Keluarga untuk Mengurangkan Tekanan Ahli Keluarga

Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masala

Candy B Murah  Harga Borong Untuk Agen

HARGA BORONG UNTUK AGEN: RM250 - 2 BOX RM350 - 3 BOX RM450 - 4 BOX

Bagaimana Untuk Buka Unlock Atau Format Handphone Anda

Admin dah jumpa cara nak reset TSM Merbau U4 dan china set Galaxy SIII clone yang guna sistem operas

Spm  Insyak Untuk Pelbagai Tajuk kemasyarakatan

AbuAqil aka AbuSakeena Saya mengambil kesempatan ketiadaan PdP dengan meng

Lelaki Memang Terkenal Dengan Sifatnya Yang Ego Selain Suka nbsp dipuji lelaki Paling Tidak Suka Mengaku Kesilapan Yang Dilakukannya Jadi Kalau Terjadi Salah Faham Wanita Kena Bijak Main Peranan Untuk Memujuk nbsp confirm Cair Punya La

Majlis perkahwinan impian ialah permulaan bagi kebahagiaan sesebuah pasangan.

KUIH NONA MANIS......sesuai untuk minum petang

Assalamualaikum semua.....terjumpa resepi ini di blog Masam Manis yang semua masakan di sana memang

EVO 7 DAN EVO 8 - UBAT KUAT UNTUK SUAMI ISTERI

Evo-8 : Menjadikan Isteri Lagi Cantik & Menarik!Apabila faktor persekitaran ber

 langkah-langkah untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah

Tugasan soalan – langkah-langkah untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah Ideai.&n

Peranan Ibu Bapa Untuk Melahirkan Individu Yang Penyayang

Perasaan saling menyayangi dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga dapat

Update Baju Raya Untuk Ibu Mengandung

tahun ni, baju raya dah ada 3 helai....rasanya cukuplah buat raya 2012 ni... baju kurun

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.