Thursday, June 12, 2008

CONTOH KERTAS KERJA PROJEK.......

CIRCLE OF CARE
PROJECT PRESENTATION GATHERING
7 APRIL 2007
43
Project: Flower Nursery
Pusat Pemulihan Psikososial (PSR) Pasir Mas telah ditubuhkan pada Jun 2005.
Kini setelah lebih setahun bergerak, jumlah peserta untuk pemulihan adalah seramai
24 orang terdiri dari 6 orang perempuan dan selebihnya adalah peserta lelaki.
Antara terapi yang dijalankan di Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas adalah
seperti Terapi Sosial, Terapi Rekreasi, Terapi Seni, Terapi Kerja, Terapi Domestik,
Activity Daily Living dan aktiviti-aktiviti lain. Antara lain tujuan terapi-terapi ini adalah
bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peserta bahawa aktiviti-aktiviti sebegitu
perlu dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Peserta dilatih agar dapat
bergiat aktif seperti orang lain pada kadar yang optimum mengikut kemampuan
mereka dari masa ke semasa. Selain aktiviti yang dinyatakan , Pusat Pemulihan
Psikososial Pasir Mas juga memikirkan bahawa adalah perlu mewujudkan satu
projek yang boleh dilaksanakan oleh para peserta secara tidak langsung ianya
dapat menjana pendapatan kepada mereka sendiri. Perkara ini difikirkan perlu
kerana sebahagian besar dari kalangan peserta pemulihan terdiri dari mereka yang
rendah tahap sosio ekonominya. Setelah diadakan perbincangan bersama pegawaipegawai
yang berkaitan, maka PSR Pasir Mas memutuskan untuk melaksanakan
Projek Nurseri Bunga bersebelahan bangunan Pusat Pemulihan.
Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah mendapat peruntukan kewangan dari
Malaysian Psychiatric Association (MPA) sebanyak RM 5000 yang telah disalurkan
menerusi Kelab Minda Kelantan pada 24 Februari 2006. Namun begitu wang
tersebut hanya dapat ditunaikan setelah Kelab Minda Kelantan diluluskan
pertubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada bulan Ogos 2006. Kami
amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada “ MPA ” kerana telah memberi
sokongan padu terhadap perjalanan kelas pemulihan di Pasir Mas. Dengan adanya
bantuan ini, telah menyuntik semangat kepada kami untuk melaksanakan projek
khusus untuk golongan yang tidak bernasib baik ini, apatah lagi sebelum ini kami
amat sukar untuk menjalankan aktiviti berikutan keupayaan kewangan yang amat
terhad. Kami amat berharap agar pihak MPA terus memberi bantuan kerana dengan
CIRCLE OF CARE
PROJECT PRESENTATION GATHERING
7 APRIL 2007
44
bantuan tersebut ianya telah membuka ruang yang lebih luas kepada kami untuk
melakukan aktiviti.
Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah siap beroperasi sepenuhnya pada
bulan Disember 2006. Kos keseluruhan rumah untuk nurseri bunga adalah sebanyak
RM 3600 di mana rangka rumah nurseri bernilai RM 2800 dan rak untuk meletak
bunga adalah sebanyak RM 800. Harga ini difikirkan munasabah setelah tinjauan
dilakukan di beberapa buah kedai membuat besi sekitar Pasir Mas. Sebanyak RM
900 lagi telah dibelanjakan untuk membeli benih bunga, pasu serta peralatan lain
untuk nurseri bunga. Wang selebihnya sebanyak RM 500 digunakan sebagai modal
pusingan projek. Berikut adalah jadual perjalanan wang Projek Nurseri Bunga PSR
Pasir Mas ;
WANG TERIMA WANG KELUAR
Terima peruntukan wang dari MPA RM
5000
________
RM
5000
Kos Rumah Nurseri RM 2800
Kos Rak Bunga RM 800
Kos Beli Benih + Peralatan
Lain untuk Nurseri RM 900
Baki utk. Modal Pusingan RM 500
________
RM 5000
Keuntungan Jualan
Sehingga Mac 2007
* Staff / Pesakit Luar RM 40.00
*25/1/07 – Pelawat dari Kedah RM 80.00
* 31/1/07 – Pelawat HUSM RM 30.00
RM 150.00
CIRCLE OF CARE
PROJECT PRESENTATION GATHERING
7 APRIL 2007
45
* 25/1/07 – Keuntungan sebanyak RM5.00
seorang telah diberikan kepada peserta
projek
Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas mendapat sokongan padu daripada
Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas serta badan-badan sokongan yang lain
seperti Kelab Sokongan Keluarga (Kelab Minda Kelantan ), ahli-ahli keluarga
pesakit, Kelab Warga Mas Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas, Persatuan Wanita
Pasir Mas, kakitangan kesihatan, jabatan-jabatan Kerajaan yang lain serta badanbadan
NGO. PSR Pasir Mas sering menjadi tumpuan pelawat sama ada dari dalam
mahupun dari Luar Negeri Kelantan. Bagi pelatih-pelatih Perubatan Hospital
Universiti Sains Malaysia, PSR Pasir Mas dijadikan sebagai model dan tempat untuk
mereka lakukan kajian serta aktiviti. Sepanjang tahun 2006, PSR Pasir Mas telah
menerima kunjungan dari pelbagai pihak seperti Rombongan Kakitangan dari negeri
Kedah dan Putra Jaya. Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga ketika itu iaitu
Dato’ Dr. Narimah bt. Awin juga telah meluangkan masa melawat serta merasmikan
PSR Pasir Mas . Beliau melahirkan rasa kagum terhadap perjalanan kelas
pemulihan serta pencapaian peserta PSR Pasir Mas yang begitu memuaskan hati
beliau.
Dengan adanya Projek Nurseri ini, pengunjung-pengunjung pasti akan lebih
teruja disamping dapat memberi impak yang positif kepada pesakit. Pesakit juga
semakin bertambah minat untuk menghadiri kelas pemulihan yang diadakan
sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dan Khamis. Pada hari-hari
selain Rabu dan Khamis, pesakit tetap hadir secara sukarela untuk melihat
perkembangan projek nurseri mereka. Projek nurseri bunga ini melibatkan 12 orang
peserta serta dibantu oleh 3 orang kakitangan yang bertanggungjawab secara
langsung dalam proses pemulihan pesakit. Mereka terdiri dari seorang Pembantu
Perubatan, seorang Penolong Jururawat serta seorang Atendan Kesihatan. Selain
CIRCLE OF CARE
PROJECT PRESENTATION GATHERING
7 APRIL 2007
46
daripada 12 peserta yang terlibat untuk projek nurseri, peserta yang selebihnya
bakal menjalankan satu lagi projek yang telahpun diluluskan peruntukan kewangan
juga dari pihak MPA dan sedang dalam proses perlaksanaan iaitu projek
penternakan ikan keli dalam kanvas. Kami juga sedang dalam proses
memanjangkan projek tersebut untuk dilaksanakan oleh keluarga pesakit yang
berminat di rumah mereka. Setakat ini sudah ada dua orang penjaga yang bersetuju
untuk melaksanakan projek iaitu yang pertama ternakan ikan keli dalam kanvas dan
yang kedua adalah perniagaan runcit secara kecil-kecilan di rumah . Diharapkan
projek ini akan berjaya secara tidak langsung dapat membantu keluarga pesakit
yang serba kekurangan.
Berikut adalah senarai nama peserta yang terlibat dengan projek nurseri bunga ;
BIL NAMA
NO KAD
PENGENALAN
DIAGNOSIS
RAWATAN
1 Ismail b. Che Mat 761218-03-5449 Schizophrenia
T. Risperidone 2mg ON,
1 mg OM
2 Nor Adilah bt. Mohd Nor 810418-03-5230 Schizophrenia T. Risperidone 6 mg Dly
3 Mat bin Rejab 621101-03-5213 Schizophrenia
T. CPZ 100 mg OM
200 mg ON
4 Mat Tajuddin b. Pa’ Su Tiada Schizophrenia
T. Clozapine 100 mg OM,
200 mg ON
5 Che Ya b. Ahmad 650417-03-5589 Schizophrenia T. Pherphenazine 8 mg ON
6 Hasni bt. Hassan 740421-03-5652 Schizophrenia T. Olanzapine 10 mg ON
7 Wan Izani b. Wan Jaafar 781204-03-5593 Schizophrenia T. Olanzapine 20 mg ON
8
Nurul Amal bt. Abd.
Rahman
740315-12-5056 Schizophrenia
T. Clozapine 350 mg. ON
T. Propanolol 40 mg ON
CIRCLE OF CARE
PROJECT PRESENTATION GATHERING
7 APRIL 2007
47
9 Mohd Azaini b. Md. Noor 750921-03-5789 Schizophrenia
T. Epilim 200 mg ON
T. Sulpiride 200 mg BD
10 Faten Humairah bt. Harun 760817-03-5526 Schizophrenia
T. Olanzapine 5 mg BD
T. Epilim 400 mg BD
11 Mohd Zafari b. Che Yusof 801228-03-5157 Schizophrenia T. Seroquel 400 mg ON
12 Rosliny bt. Ab. Rahman 810425-03-5220
Bipolar
Disorder
T. Epilim 600 mg BD
T. CPZ 100 mg Dly
Objektif utama Projek Nurseri Bunga adalah untuk meningkatkan penglibatan
aktif para peserta terhadap proses pemulihan, memberi peluang pekerjaan dan
pendapatan sampingan serta membina semangat berdikari dan berusaha
memajukan diri di kalangan mereka. Dengan adanya nurseri bunga ini, mereka akan
diajar selok-belok berkaitan tanaman bunga, teknik-teknik penjagaan seterusnya
bagaimana caranya untuk mendapat keuntungan dari projek yang dijalankan. Selain
itu, pesakit akan merasa lebih berkeyakinan untuk melakukan apa-apa aktiviti yang
seumpanya serta dapat mengenal kemampuan diri masing-masing. Projek sebegini
adalah penting untuk mereka praktikkan apabila telah tamat program atau sewaktu
mereka berada bersama keluarga di rumah. Dengan adanya projek sebegini, sudah
pasti pesakit tidak akan berasa bosan dengan aktiviti dalaman sahaja. Ianya juga
dapat menyihatkan tubuh badan kerana menanam dan menjaga bunga dapat
menenangkan fikiran serta aktiviti tersebut dapat mengeluarkan peluh. Suasana
tempat pemulihan juga lebih ceria dan indah dengan kehadiran nurseri tersebut.
Pesakit juga dibawa melawat ke tempat-tempat nurseri yang telah berjaya di sekitar
Pasir Mas untuk menambahkan lagi minat dan memberi motivasi kepada mereka
dalam mempersiapkan projek agar lebih cemerlang lagi.
CIRCLE OF CARE
PROJECT PRESENTATION GATHERING
7 APRIL 2007
48
Projek tersebut dilihat secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat
Pemulihan di kalangan orang ramai. Perkara ini berlaku hasil dari promosi yang
dijalankan dengan cara menampal poster tentang jualan bunga oleh PSR di tempattempat
yang strategik. Sasaran utama pembeli adalah dari kalangan pesakit luar
yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Badan-badan lain seperti
Persatuan Wanita dan orang perseorangan juga telah membuat tempahan bunga
untuk diletakkan di premis mereka. Ini adalah satu pencapaian yang amat
memberangsangkan. Pelawat-pelawat luar yang datang untuk melawat PSR Pasir
Mas juga begitu tertarik dengan projek nurseri tersebut.Ramai dikalangan mereka
memberi sokongan dengan membeli bunga yang telah disemai oleh pesakit. Hasil
jualan bunga akan dinikmati oleh para peserta di mana 50 peratus hasil jualan akan
diagihkan di antara peserta dan selebihnya 50 peratus lagi akan dijadikan sebagai
modal pusingan dan disimpan di dalam tabung PSR. Promosi juga giat dijalankan
agar lebih banyak lagi jabatan-jabatan lain yang sedar akan kewujudan nurseri
bunga tersebut. Walaupun jumlah semaian adalah kecil dan tidak seberapa, namun
orang ramai adalah digalakkan untuk menyokong usaha yang murni ini demi
kebajikan pesakit mental. Dalam usaha agar projek nurseri terus berjaya, jadual
penggiliran diwujudkan kepada pesakit untuk bergilir-gilir menyiram dan menjaga
tanaman. Secara tidak langsung, ianya juga dapat membentuk satu disiplin kepada
para peserta dan merupakan satu terapi yang berkesan dalam membentuk nilainilai
yang baik dalam diri pesakit.
Dengan adanya projek nurseri bunga ini, peserta PSR Pasir Mas telah
menunjukkan perubahan yang agak ketara dari segi ketrampilan, keyakinan dan
usaha untuk memajukan diri. Perkara ini terbukti setelah diakui sendiri oleh penjaga
mereka dimana perubahan pesakit ke arah yang lebih baik telah dikesan oleh
mereka. Ada di kalangan pesakit yang sudah mula menunjukkan kerajinan seperti
menyiram bunga dan membersihkan persekitaran rumah . Peningkatan positif ini
merupakan hasil terapi yang dijalankan di pusat pemulihan serta aktiviti – aktiviti
seperti projek yang sedang dilaksanakan oleh mereka semasa di kelas pemulihan.
CIRCLE OF CARE
PROJECT PRESENTATION GATHERING
7 APRIL 2007
49
Terdapat juga antara peserta PSR yang telah pun mendapat pekerjaan namun
masih tetap memberi sokongan dengan hadir ke PSR untuk mengikuti
perkembangan serta aktiviti projek ketika hari cuti rehat mereka. Rata-rata penjaga
juga merasa terharu dan berterima kasih kepada kakitangan yang terlibat serta
pihak Kementerian Kesihatan kerana telah mewujudkan satu pusat pemulihan untuk
golongan yang kurang bernasib baik seperti anak mereka.
Antara masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan projek nurseri bunga
adalah seperti kesukaran peserta untuk menghadiri kelas kerana masalah
pengangkutan dan kewangan serta sokongan orang ramai terhadap projek terbabit.
Namun begitu masalah tersebut sedikit sebanyak telah berjaya diatasi dengan
mengadakan perbincangan antara PSR Pasir Mas dan Syarikat Kenderaan Melayu
Kelantan. Mereka bersetuju untuk memberi kadar tambang separuh harga kepada
peserta PSR Pasir Mas yang menunjukkan Kad keahlian PSR setiap kali menaiki
bas untuk ke kelas pemulihan. Kursus-kursus sokongan keluarga dan promosi juga
diadakan untuk memperkenalkan lagi projek tersebut kepada orang ramai.
Diharapkan dengan adanya projek sebegini dapat memberi sedikit sebanyak
manfaat dan sumbangan kepada pesakit-pesakit mental khususnya serta keluargakeluarga
pesakit yang begitu mengharapkan sesuatu input yang positif terhadap
perkembangan anak-anak mereka. Justeru semua pihak wajar mengambil peranan
agar setiap apa yang dijalankan mendapat sokongan padu seterusnya
meningkatkan lagi imej perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dilaporkan Oleh :
Ku Mhd Zaki b. Ku Isa
Pembantu Perubatan U29
Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas.

No comments: