Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 15 November 2011

[GR NUKILAN] 11.11.11 REBUTAN RAMAI

11.11.11.....IBARAT 3 batu nesan, nombor atau tarikh ini merupakan tarikh rebutan pada tahun ini,2011. Antara yang menjadi tumpuan ilah mereka yang ingin melangkah ke gerbang perkahwinan. Semua peralatan berkaitan perkahwinan hampir habis ditempah termasukla Pak Qadhi pun turut menjadi mangsa..hehehe..

Walaupun tarikh ini tidak jatuh pada hari cuti umum atau hari minggu mahupun cuti persekolahan namun ia tetap laris di hati bak goreng pisang. Kebanyakan niatnya untuk mendapatkan tarikh yg cantik yg senang diingati sehingga akhir hayat. Mungkin ada yg mengharap tuah dan mungkin desakan pasangan yg kemarukkan tarikh ini.

Walaubagaimanapun biarlah bukan sekadar tarikh sahaja yang gah cantik namun perkahwinan juga diharapkan turut gah sehingga ke akhir hayat. Bukan gah turun naik mahkamah, bukan gah dengan keluar masuk hospital dan balai polis akibat deraan dan bukan sekadar 11 bulan 11 hari 11 jam 11 minit dan 11 saat...perkahwinan diakhiri dengan PERCERAIAN

Fikir-fikirkan... :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...