Saturday 12 May 2012

MUKADDIMAH

Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selamat Datang dan selamat melayari laman blog Cikgu Aminah Perkongsian Pintar Sarwajagat Di Alam Maya. Bahan–bahan yang mampu saya ungkapkan di sini hanya setitis tinta di lautan ilmu. Terlalu luas ilmu yang ada namun sebagai hambanya yang naïf, saya amat bersyukur kehadrtnya kerna member ruang dan peluang untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang saya ada buat tatapan murid-muris sekolah, para pelajar, pendidik mahupun sesiapa sahaja yang mencintai ilmu. Melalui paparan yang dimuatkan dalam blog ini saya berharap sedikit sebayak mampu menjadi pemangkin kepada pelayarnya dalam memantapkan lagi Bahasa Melayu. Saya juga berharap semoga laman blog ini juga insya-Allah akan menjadi satu wahana penyebaran ilmu dalam subjek Bahasa Melayu. dan wadah untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan dan menjanakan kemahiran berbahasa Melayu mereka dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing. Terimalah laman ini sebagai sumbangan kecil saya dalam sama-sama merealisasikan agenda memartabatkan Bahasa Melayu. Terima kasih kerana melayari blog ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...