Model Pengurusan Zaman Rasulullah 4PERKARA UTAMA MODEL PENGURUSAN YANG DITUNJUKKAN OLEH RASULULLAH S.A.W

1) Sifat As-Siddiq(benar)

- Rasulullah S.A.W adalah seorang pemimpin yang sentiasa berkata benar. Kebenaran sesuatu perkataan akan melahirkan komunikasi yang sihat antara manusia. Malahan dari segi tindakan dan perasaan juga. 
- Jika seseorang itu tidak bercakap benar dalam urusannya maka tidak akan ada seorang pun yang akan berurusan dengannya.
- Ketika Rasulullah menjalankan perniagaan bersama Siti Khadijah, Baginda menunjukkan bagaimana cara menguruskan perniagaan dengan benar dan cara sebuah perniagaan dibangunkan atas dasar kepercayaan.
- Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perniagaan. Malahan hingga kini usahawan dunia mengakui bahawa perniagaan tanpa kepercayaan tidak akan menghasilkan kejayaan.   























2) Sifat amanah 
- Rasulullah juga merupakan salah seorang pemimpin yang bersikap amanah. Pengurusan yang amanah adalah cara pengurusan yang mampu memenuhi keperluan masyarakat. Dengan adanya pemimpin yang bersikap amanah , maka seluruh masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang aman. Allah SWT berfirman:
   “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”.                                                                                                                                          [An-Nisa’ :4: 58]

Hal ini menunjukkan betapa pentingnya bagi seorang pemimpin untuk menanam sikap amanah dalam dirinya.
























3)  sifat al-fatonah (kebijaksanaan)

- Rasulullah S.A.W merupakan pemimpin yang berwawasan. Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W , kita seharusnya mencontohi pengurusan hidup Rasulullah S.A.W supaya mendapat kejayaan dalam hidup. Selain itu, sebagai seorang pemimpin kita seharusnya berilmu dan bijaksana agar dapat menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat.














4) sikap adil

- Sikap adil merupakan unsur utama dalam sesebuah pengurusan. Contohnya, apabila seseorang itu melakukan kesalahan, maka pemimpin hendaklah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas orang tersebut. 



















Ø  Model zaman Rasulullah ·        -  Era Mekah ·         - Era Madinah

Ø  Dakwah secara sulit Ø  Dakwah secara terang terangan Ø  Cara pengurusan Nabi ·         Pendidikan ·         Ekonomi Ø  Piagam Madinah Ø  Penyusunan Rasulullah terhadap masyarakat Madinah
                               I.            Program Al-Muakha’                             II.            Mendirikan Masjid                          III.            Menggubal  piagam Madinah                          IV.            Penyusunan Jentera pentadbiran : -Pentadbiran Pusat -Pentadbiran Wilayah


Model Pengurusan Zaman Rasulullah
Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang tertinggi yang dilantik oleh pemimpin yang Maha Tinggi iaitu Allah SWT,maka wajarlah dijadikan contoh tauladan. Gaya kepimpinan,mendorong dan sifat baginda yang penyayang telah Berjaya merangsang umat islam untuk mencapai matlamat yang dirancang . Rasulullah SAW sendiri merencanakan sesuatu aktiviti atau tindakan yang akan diambil untuk memastikan segala yang dirancang mampu membuahkan hasil yang dikehendaki .Beliau tidak bertindak membuta tuli tanpa terlebih dahulu melakukan perancangan yang terliti. Pengurusan Rasulullah melibatkan dua era iaitu:


 Era Mekah Era Madinah



Era Mekah
Pada peringkat permulaan dakwah, Rasulullah SAW telah  berdakwah kepada orang yang baginda rasa telah bersedia untuk menerima Islam, tanpa mengira umur ,kedudukan,bangsa , atau tempat. Baginda tidak pernah melakukan diskriminasi, baginda mengajak manusia tanpa ada pilih kasih dan memerhatikan kesediaan mereka untuk menerima aqidah Islam. Pada permulaan dakwah orang yang terapat dengan baginda yang memeluk Islam. Iaitu seramai empat orang : 1.Khadijah binti Khuwaylid ( isteri baginda) 2.Zayd bin Thabit bin Shurahbil al- Kalbi (hamba baginda) 3.Ali bin Abu Talib ( sepupu Baginda , beliau masih kanak-kanak dan dibawah jagaan Baginda) 4.Abu Bakar As-Siddiq ( sahabat setia baginda) 5.Seterusnya bilangan yang memeluk Islam semakin bertambah hingga perselisihan berkaitan bilangan mereka dikalangan para ulama . Golongan yang terawal memeluk Islam digelar sebagai Al-Sabiqun Al- Awwalun . Yang dianggotai oleh lelaki dan perempuan , mereka datamg dari pelbagai lapisan masyarakat, dan kebanyakan daripada mereka usianya masih setahun jagung. Bukan sahaja daripada golongan berada malahan tidak terkecuali golongan yang miskin,ada yang lemah dan juga yang kuat.
Dakwah Secara Sulit Dakwah Islam bermula di Makkah secara rahsia atau sulit. Ini bermakna Rasulullah SAW mengembangkan ajaran Islam secara sembunyi –sembunyi dan menyampaikan kepada orang-orang yang rapat dengannya terlebih dahulu.Baginda juga memperkenalkan Islam di kalangan orang yang dipercayai dari segi penerimaan (akalnya).Peringkat dakwah secara rahsia ini berlangsung selama tiga tahun,Faktor utama pendekatan secara rahsia adalah bagi mengelakkan kejutan terhadap  golongan musyrikin yang begitu taksub dengan sembahan behala sekian lama. Lokasi rahsia tempat umat Islam berkumpul pada tempoh tersebut adalah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam . Hasilnya, beberapa oramg lelaki dan wanita yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah memeluk Islam mencapai kira-kira 40  orang dan kebanyakan mereka adalah di kalangan golongan fakir dan hamba yang tiada kedudukan di mata kaum Quraisy Makkah.


Dakwah Secara Terang –Terangan Dakwah secara terang-terangan ini dimulai sejak tahun ke-4 dari kenabian,yakini setelah turunya wahyu yang berisi perintah Allah SWT agar dakwah itu dilaksanakan secara terang-terangan. 1.      Mengundang kaum kerabat keturunan dari Bani Hasyim, untuk menghadiri jamuan makan dan mengajak agar masuk Islam. 2.      Wahyu banyak yang belum menerima agama Islam, ada 3 orang kerabat dari kalangan Bani Hasyim yang sudah masuk Islam,tetapi merahsiakannya,,mereka adalah Ali bin Abu Thalib, Ja’far bin Abu Tahlib dan Zaid bin Haristah. 3.      Rasulullah SAW mengumpulkan para penduduk Kota Mekah, terutama yang berada dan bertempat tinggal disekitar kaabah untuk berkumpul di Bukit Shafa.




Pengurusan Rasulullah Dari Segi Pendidikan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul merupakan titik permulaan kepada satu era baru dalam bidang pendidikan.Pendidikan bersepadu telah lama diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dengan Al Quran dan As Sunnah dijadikan panduan dan sumber ilmu.Pendidikan yang berpaksikan tauhid telah dinyatakan dengan jelas dari segi matlamat dan konsep yang  mendasarinya. Ertinya: Sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepada kamu (wahai Muhammad) dan jangan engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum Musyrikin. Generasi pertama didikan Rasulullah SAW selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah .Pada masa wahyu pertama diturunkan oleh Allah SWT di kota Mekah hanya terdapat 12 orang sahaja penghuninya yang tahu membaca . Namun pandangan Rasulullah SAW terdapat perlunya ilmu dapat dilihat dalam tindakan bijaknya apabila memb eri pilihan kepada musuh Islam yang ditangkap dalam Perang Badar. Tawanan diberi pilihan untuk  menebus diri dengan mengajar 10 orang kanak-kanak Islam Madinah membaca dan menulis . Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah berpandangan jauh dengan  membuat perancangan terhadap pendidikan masyarkat Islam pada masa tersebut untuk dijadikan contoh kepada masyarakat Islam seterusnya.




Pengurusan Rasulullah Saw Dari Segi Ekonomi Rasulullah SAW seorang pemimpin yang beribawa dan bertanggungjawab .Rasulullah memimpin masyarakat dalam pembangunan ekonomi tertubuhnya Negara Islam Madinah.Sebagai perancang ekonomi,baginda berusaha mengubah dasar ekonomi jahiliah kepada dasar ekonomi Islam yang berterusan kepada wahyu Allah SWT. Walaupun Rasulullah SAW menekankan matlamat akhirat dalam kehidupan masyarakat Islam dan tidak lupa untuk menggalakkan mereka bekerja keras dan bergiat aktif memakmurkan dunia.
Contoh Dasar Ekonomi Yang Utama Rasulullah Saw ·         Pemilikan sebenar adalah Allah SWT. Harta adalah pinjaman sementara untuk manusia. ·         Pemilikan manusia terbahagi kepada dua iaitu pemilikan umum iaitu harta milik Negara dan pemilikan khususnya iaitu harta yang menjadi milik individu tertentu. ·         Pengharaman riba secara mutlak dalam muamalat dan aktiviti perekonomian. ·         Mengutip zakat dan menjadikan sebagai sumber utama kewangan Negara. ·         Selain ekonomi tempatan,Rasulullah juga mengadakan ekonomi perdagangan di peringkat antarabangsa dijalankan oleh para sahabat Rasulullah.




Era Madinah
Madinah terletak di utara Mekah dan merupakan kota yang penting.Mdinah mempunyai kedudukan yang strategic di tengah-tengah perjalanan di anta Mekah dan Syam telah mendorong luar dan mengunjunginya.Terdapat 3 orang yang menetap di Madinah iaitu Nasrani,Yahudi,Arab.Golongan Yahudi terdiri daripada  Bani Quraizah,Qunaiqa dan Bani Nadhir .Golongan Arab terdiri daripada suku kaum Aus dan Khazaraj .Suasana di Madinah kurang aman disebabkan pergeseran yang berlaku dalam kalangan suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi.Pertemuan suku SAus dan Khazraj dengan Rasulullah SAW di Aqabah pada tahun 621 Masihi telah membuka lembaran baru dalam sejarah Madinah.Terdapat dua perjanjian yang berlaku di Madinah iaitu : 1.      Perjanjian Aqabah Pertama 2.      Perjanjian Aqabah Kedua


Piagam Madinah Sahifah madinah  atau piagam madinah yang di gubal pada tahun pertama dan kedua hijrah melibatkan perjanjian antara penduduk madinah (mujahirin & ansar ) dan antara kaum islam dan yahudi di gubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarkat pada waktu itu. Baginda membentuk undang-undang yang dikenali sebagai sahifah . mewujudkan keadilan dan persamaan terhadap masyarakat madinah. Piagam madinah telah menetapkan persamaan penduduk tanpa mengira keturunan bangsa dan kedudukan  bagi mengelakan jurang perbezaan dan dan penindasan kekayaan di bahagikan sama rata antara masyarakat setiap. Setiap masyarakat juga bertangungjawab untuk melaksanakan keadilan berlandaskan ajaran islam aman dan sejahtera. Keadilan yang di laksanakan berdasarkan ajaran islam ini memberi hak dan  kebaikan kepada mereka, piagam madinah telah menetapkan masyarakat madianah tidak boleh bersikap zalim seperti menindas orang yang lemah.


PENYUSUNAN RASULULLAH TERHADAP MSYARAKAT MADINAH
Program Al-Muakha, ia merupakan rancangan pertama yang dilakukan oleh rasulullah SAW untuk menjamin perpaduan antara dua kumpulan yang berbeza kerana menyedari matlamat lebih mudah dicapai sekiranya wujud perpaduan di kalangan mereka iaitu dengan mempersaudarakan golongan mujahirin dan ansar. Persaudaraan yang di bina bukan setakat slogan sahaja malah ia adalah saudara yang dipersaudaraan sampai ke tahap sama-sama memikul kesusahan . pada hakikatnya perancangan penyatuan dan persaudaraan ini menyerupakan satu langkah yang merkesan  dan             agung untuk menyusun masyarakatawal madinah munawwarah
MENDIRIKAN MASJID
Nabi juga merancang untuk mendirikan masjid sebagai langkah untuk menyatukan umat islam atas dasar islam dan bukan atas semangat  perkauman  yang sangat menebal ketika itu. Selain itu, jangkaan Nabi SAW islam lebih mudah di kembangkan melalui institusi masjid. Nabi Muhammad SAW juga merancang untuk menjadikan masjid sebagai nadi untuk mengerakkan setiap aktiviti yang dirancang.
Mengubal piagam madinah
Nabi Muhammad SAW juga mengambil langkah untuk mengukuhkan islam dengan memperkenalkan piagam madinah iaitu perlembagaan Negara islam yang pertama. Ia megandungi pelbagai dasar untuk menubuhkan sebuah Negara islam madinah. Ia juga boleh juga boleh dijadikan  sebagai bahan rujukan masyarakat setempat apabila timbul permasalahan dan pertelingkahan antara mereka. ·         Penyusunan jentera pentadbiran Baginda Rasulullah SAW menyusun jentera pemtadbirannya de4ngan menentukan jawatan,tugas dan fungsi mereka dengan memperkenalkan dua system pentadbiran yang berbeza iaitu : 1.      Pentadbiran pusat 2.       Pentadbiran wilayah
PENTADBIRAN PUSAT Pentadbiran peringkat ini dibahagi kepada tujuh jabatan:
1.timbalan (nai’bin)
Mereka adalah dikalangan sahabat yang mengepalai pentadbiran Negara terutamanya menguruskan hal ehwal Islam sewaktu ketiadaan Rasulullah SAW di Madinah.
2.Penasihat (mushir)
Baginda sentiasa berunding dan meminta pendapat daripada orang-orang yang bijak, pandai,kuat iman,warak dan bersemangat untuk memperkembangkan Islam.Majlis penasihat (syura) terdiri daripada tujuh orang Muhajirin dan tujuh tujuh orang Ansar, antaranya ialah : Hamzah, Jaafar, Abu Bakar,Umar,Ali,Ibnu Mas’ud,Salman,Ammar,Huzaifah,Abu  Zar, Miqadad dan Bilal.
3.setiausaha (katib)
Katib bermaksud penulis,pencatat atau penyalin yang kemudiannya dikenali sebagai setiausaha .Baginda memberi tumpuan yang serius dalam bidang ini dan melakukan golongan pakar yang menulis beberapa dokumen seperti wahyu,surat kepada raja-raja dan sebagainya.
4. wakil (Rasul) –Duta Duta mestilah cerdik,perwatakan yang menyenangkan dan menarik serta menguasai bahasa-bahasa asing khususnya bahasa ditempat mereka dihantar bertugas. Antara tugas mereka ialah mengajak kepada Islam,membuat perjanjian ,memberi perlindungan,memohon kepada pemimpin tertentu untuk membenarkan orang Islam di Negara untuk pulang, mengirimkan hadiah dan lain-lain.
5. Persuruhjaya
Kebiasaanya dilantik untuk mengurus soal-soal kecil tetapi dalam keadaan tertentu ia adalah tugas berat seperti politik dan perlaksan undang-undang.
6.Penyair dan pemidato (syu’ara’ dan khutaba’)
Penyair seperti Hassan bin Thabit bertindak balas kepada penyair bukan Islam yang mengeji dan mencela sifat-sifat peribadi Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun penyair Islam dilarang daripada melampaui dan keterlaluan.
7.Pegawai tugas-tugas am Pelbagai nama diberi kepada mereka seperti Azin (pemanggil) , Bawwab (penjaga pintu) dan hijab (penjaga pagar).


PENTADBIRAN WILAYAH
Tiga jawatan besar dan penting iaitu :
1)      Wali (Gabenor)
Daerah kerajaan Islam di akhir hayat Rasulullah SAW meliputi Semananjung Tanah Arab hingga ke perbatasan negeri-negeri jiran seperti Syria (syam) dan lain-lain .Baginda telah melantik wali atau gabenor sebagai wakil baginda ke atas wilayah-wilayah tersebut seperti Yaman ( Muaz bin Jabal),Ta’ef (Uthman bin Abi Al Aaas ). Mekkah (Attaa bin Usaid)
2)      Hakim (Qadi)
Tugas mereka ialah untuk melaksanakan keadilan serta melaporkan terus kepada Rasulullah SAW yang  merupakan  ketua hakim, khususnya kota madinah Ali bin Abi Talib dan ,Mu’az bin Jabal antara para hakim yang dilantik baginda.
3)      Amil ( pemungut cukai)
Tugas mereka berkait dengan ekonomi Negara dan umat Islam seperti memungut zakat,derma,jizyah,al-fai,al-kharaj,al-usyur dan sebagainya dari umat Islam dan bukan Islam yang berada dan mendapat perlindungan dalam daerah perintahan Islam.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, penyusunan dan pengurusan merupakan sebahagian daripada kehidupan muslim yang telah diamalkan sejak dari awal Islam lagi. Rasulullah SAW perlu dicontohi kerana beliau adalah pemimpin yang unggul dan Berjaya menyatupadukan umat Islam. Kejayaan Rasulullah SAW walaupun boleh Berjaya dengan pertolongan Allah SWT , namun tanpa penyusunan dan pengurusan terbaik , kerjayaan tidak mungkin akan dicapai
Published: 0000-00-00 Hit: 16 Laman Asal
Jaga 7 Sunnah Rasulullah S a w
"Cerdasnya orang yg beriman adalah, dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat, yg sekejap utk hidup yg panjang. Hidup bukan utk hidup, tetapi hidup utk Yang Maha Hidup. Hidup bukan u .. ..
Jaga 7 Sunnah Rasulullah S a w
"Cerdasnya orang yg beriman adalah, dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat, yg sekejap utk hidup yg panjang. Hidup bukan utk hidup, tetapi hidup utk Yang Maha Hidup. Hidup bukan u .. ..
Jaga 7 Sunnah Rasulullah S a w
"Cerdasnya orang yg beriman adalah, dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat, yg sekejap utk hidup yg panjang. Hidup bukan utk hidup, tetapi hidup utk Yang Maha Hidup. Hidup bukan u .. ..
Jaga 7 Sunnah Rasulullah S a w
"Cerdasnya orang yg beriman adalah, dia yg mampu mengolah hidupnya yg sesaat, yg sekejap utk hidup yg panjang. Hidup bukan utk hidup, tetapi hidup utk Yang Maha Hidup. Hidup bukan u .. ..