Najib: Bukan kontraktor kroni, MRT siap awal ANTARAPOS.COM


Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) berjaya disiapkan lebih awal dan tidak melebihi peruntukan ditetapkan.

Ia juga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melibatkan kan penyertaan golongan bumiputera yang ramai dan menggunakan sistem tender terbuka yang paling telus pernah dilaksanakan kerajaan.

“Apabila kita melaksanakan agenda bumiputera, ia tidak memperlambatkan projek atau mengganggunya.

“Ini kerana kita memberi (kontrak) kepada bumiputera yang layak, bukan kroni,” kata Najib ketika melaksanakan jajaran MRT di stesen Tun Razak Exchange (TRX).

Najib berkata kontraktor terlibat dipilih berdasarkan prestasi dan harga terbai ditawarkan.

Dalam ucapannya, Najib memuji jajaran SBK yang menurutnya kurang RM2 bilion berbanding peruntukan RM23 bilion.

Ia juga berjaya disiapkan sebelum tarikh 31 Julai yang dirancang.

Najib berkata beliau berbangga dengan kejayaan itu kerana banyak projek-projek mega di seluruh dunia sering tertangguh.

Stesen baru itu terletak dekat dengan Stadium Kajang dan restoran-restoran sate Kajang, yang pernah menjadi kegilaan orang ramai.

LIHAT VIDEO DI SINI

Published: 2017-07-17 Hit: 13 Laman Asal
Ramadhan Bukan Bulan Beristirehat atau Tidur
Selamat Datang Ramadhan Al Mubarak 1430 Hijrah. Sekali lagi kita berpuasa. Ramadhan bukan bulan beristirehat atau tidur. Ramadhan mendidik kita agar lasak berjihad menentang musuh sama ada musuh dalam .. ..
Fadhilat Datang Awal Ke Masjid Pada Hari Jumaat
Hadith : Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apa .. ..
Masjid Babri Bukan Pejuang Demokrasi
#feature-wrapper,#carousel_control,#featured_posts {display:none;padding:0;margin:0;} .post { margin:0 0 15px; padding: 15px 15px; background:#fff url(http://2.bp.blogspot.com/_lxBSX0YJV58/SwQkg_x07sI .. ..
Tarbiyah Bukan Segala-galanya...
Suatu pagi, ruangan 'chat' dijenguk oleh seorang teman. Teman seperjuangan yang kini berjauhan belajar di perantauan. Meluahkan sedikit yang terbuku dihatinya.Teman    : Hari tanpa tar .. ..