Hotel, premis penginapan lebih lima bilik wajib daftar kastam sebelum 31 Ogos ANTARAPOS.COM

    PUTRAJAYA: Sejajar dengan pelaksanaan cukai pelancongan yang bermula 1 September depan, kesemua hotel dan premis penginapan yang mempunyai lebih dari lima bilik diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).   Ketua Pengarahnya, Datuk Subromanian Tholasy berkata sehingga ke hari ini sebanyak 4,000 hotel dan premis penginapan telah berdaftar dengan jabatan itu dan masih terdapat kira-kira 10,000 belum berbuat demikian, dipercayai sengaja melengah-lengahkan pendaftaran.   Subromaniam menegaskan pihaknya tidak akan memberi sebarang tempoh penangguhan kepada pengusaha hotel dan premis penginapan bagi tujuan itu, dimana mereka juga boleh membuat pendaftaran itu juga menerusi dalam talian.   "Pihak kastam akan membantu mereka berdaftar dengan melawat premis itu melalui program 'Hand Holding' mulai minggu depan.   "Kalau ada masalah, telefon kastam dan kita boleh turun ke premis anda untuk bantu mendaftar. Jangan cari alasan dan melengahkan pendaftaran," katanya di ma jlis prapelancaran Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia hari ini.   Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 26 Julai lalu berkata rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada membayar cukai bagi semua kategori hotel manakala cukai terhadap pelancong asing akan dikenakan pada kadar RM10 semalam bagi satu bilik mulai 1 Sept ini.   Ditanya mengenai pendaftaran motel dan inap desa, Subromaniam berkata pada dasarnya pihak inap desa bersetuju untuk berdaftar tetapi mempunyai beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan dan pihak kastam akan mengadakan perbincangan dengan wakil inap desa pada 28 Ogos ini.   "Bagi motel pula, mereka tidak dapat memberi data penuh. Tetapi mengikut undang-undang, sesiapa yang ada lima bilik dan ke atas tanpa mengira penarafan bintang perlu berdaftar," katanya.   Subromaniam bagaimanapun berkata buat masa ini pihaknya tidak akan bersikap agresif terhadap pengusaha yang gagal berdaftar selepas tarikh akhir sebaliknya mahu mereka bekerjasama dengan JKDM. 

Published: 2017-08-12 Hit: 13 Laman Asal
Ujian Sebelum & Selepas Penggunaan e-Biogreen
Ujian Sebelum & Selepas Penggunaan e-Biogreen Nissan Serena 2.0 HS City Driving Hi .. ..
3.6 Juta Belum Daftar Pemilih
Sejumlah 3.6 juta rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat September tahun lepas, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul G .. ..
Mukjizat Muhammad S.A.W. Yang Wajib Anda Tahu
Mukjizat Muhammad adalah kemampuan luar biasa yang dimiliki nabi Muhammad untuk membuktikan kenabiannya. .. ..
PPD Menangguhkan P&P Seminggu ( 3 - 7 Ogos 2009 )
Politeknik Port Dickson telah mengambil beberapa inisiatif awal yang sewajarnya sebagai respon kepada isu H1N1 yang melanda negara masa kini. Antaranya merujuk pelajar-pelajar yang mengalami siptom de .. ..
Rahsia Diwajibkan Solat Lima Waktu
SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, daripada takbir, b .. ..