Jangan terpedaya pihak yang mengaku polis Putrajaya Bernama Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan semasa sidang akhbar berhubung kekecohan yang berlaku pada sesi dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana hari ini.?--fotoBERNAMA  PUTRAJAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini meminta orang ramai berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mengaku sebagai polis Putrajaya dalam menyelesaikan kes-kes kesalahan trafik dan langgar lari.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kes itu serta mendakwa menerima panggilan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya dan meminta wang daripada mangsa.

Katanya, panggilan yang didakwa datangnya daripada IPD Putrajaya kononnya meminta orang ramai menyelesaikan saman atau kes mereka dengan memastikan wang dalam akaun tertentu untuk penyelesaian kes.

“Ingin saya jelaskan pihak polis sendiri telah membuat laporan beberapa minggu lepas berkaitan penerimaan panggilan ini. Panggilan telefon yang diterima oleh orang ramai adalah panggilan yang dibuat oleh sindiket tertentu dengan tujuan menipu atau mencari keuntungan melalui panggilan palsu.

“Oleh yang demikian, saya menasihatkan orang ramai yang terpedaya agar membuat laporan polis dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA


Published: 2017-08-13 Hit: 13 Laman Asal
PRESIDEN ISMA JANGAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH
RESIDEN ISMAJANGAN MENANGGUK DI AIR YANG KERUH.Di sebuah negara Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah  penganut agama lain diberi hak kebebasan dalam men .. ..
SAPP makin pecah dengan keluarnya orang kuat mereka gara2 terpedaya de
Raymond Tan serah surat letak jawatan dalam SAPP KOTA KINABALU 10 Nov. - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah ( gambar ) hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Timbal .. ..