Sunday, December 10, 2006

BIla PAC bercakap ....

Bila orang pandai2 memberi alasan, alasan nampak logik dan berlapik. Kita harapkan pagar pagar makan padi kata pepatah Melayu. Bagi pepatah orang asli, harapkan roti, roti makan biskut. Begitulah keadaannya lumrah dunia

PAC: Bayaran komisyen tidak libatkan duit k'jaan

Jawatankuasa KiraKira Awam Negara (PAC) sedia bertindak dalam soal bayaran komisyen kepada agen bagi sesuatu peralatan yang dibeli oleh kerajaan jika bayaran itu melibatkan wang kerajaan, kata Pengerusinya Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini."Jika duit kerajaan (diguna) untuk membayar komisyen kepada orang itu (agen), maknanya itu memang kita (PAC) boleh tengok," kata beliau.Shahrir mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang pada persidangan Dewan Rakyat barubaru ini tentang isu bayaran komisyen US$100 juta bagi pembelian tiga buah kapal selam bernilai RM4.1 bilion.Pembelian yang dimeterai pada 2002 itu di antara Kementerian Pertahanan dengan sebuah syarikat Perancis, Armaris, melibatkan pembelian dua buah kapal selam "Scorpene" dan sebuah kapal selam "Agosta".Shahrir bagaimanapun berkata, bayaran komisyen kepada agen berkenaan dalam urusan pembelian itu adalah di antaranya dengan pembekal dan ia tidak melibatkan kerajaan."Ia (bayaran komisyen) merupakan bayaran penjual (pembekal) kepada agen mereka, bukan kerajaan yang membayar komisyen. Ia urusan di antara agen dan pembekal," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama-sama penduduk Taman Larkin Perdana di sini.Bayaran komisyen kepada agen oleh pihak pembekal menurut beliau, datang dari keuntungan yang diperolehi dari pembekal menerusi pembelian sesuatu barangan tersebut.Shahrir yang juga anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Johor Baharu berkata, kerajaan tidak melarang syarikat pembekal sesuatu peralatan melantik agenagen, bertujuan melobi atau membuat urusan seperti pemasaran untuk penjualan.Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin pada persidangan dewan tersebut berkata, dalam pembelian itu kerajaan tidak membayar sebarang komisyen kepada manamana pihak.Menurut beliau, kerajaan adalah bersih dan perbelanjaannya sentiasa diaudit.Dalam pada itu, Shahrir turut menyentuh pembangunan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor Selatan.Beliau berkata Umno Bahagian Johor Baharu mahukan golongan berpendapatan rendah terbabit sama dalam rancangan pembangunan tersebut dan tidak sekadar menjadi pemerhati.Katanya, kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Umno Bahagian itu.WPI dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 4 Nov lepas meliputi kawasan 2,200 km persegi merangkumi beberapa daerah seperti Johor Baharu, Kulai, Pontian dan Kota Tinggi.Ia dijangka akan mengubah Johor Baharu menjadi metropolis antarabangsa seperti Hong Kong dan Shenzhen, China.
Nyata dan jelaslah bahawa sebagai PAC dakwa, memanglah komisyen tidak ambil duit kerajaan. dari segi takliknya macam kita beli tali nak ikat berok, Maka pepatah melayu jelaskan mahal tali daripada berok. Maksud pepatah ini tak payah nak ulas. Maka sekarang ni projek2 zaman mellinum ni juta2 tak main, mesti projek tu cecah pulu2 juta, dan berbilion matanya. Jadi kita fahamilah sendiri, mana ada manusia boleh bagi komisyen kalu RM1 tak pe . Ni cecah RM100 jua mak oii... Habih duit negara puak2 ni faraid2. Buat dan fikirlah2 untuk kita ubah dan berubah, perangai penguasa2 yang ada ni kalu diwakili kumpulan yang sama (UMNO) payahlah nak berubah, kita kena ganti dengan pasukan dan orang yang lain. kalau dalam bolasepak tukar jurulatih je tak memada kalau pemian masih yang sama. kecuali jurulatih Aston Vila la ni Martin O Neill.
Abah... lama dah bertukar

No comments: