Thursday, March 19, 2009

DSAI : Perjuangan belum selesai !!!!



Puaka dan petaka paling besar dalam perjalanan dan permainan politik adalah kesetiaan, kejujuran dan semangat setiakawan kepada parti yang didokonginya. Justeru, bukannya sesuatu yang mudah bagi parti seperti PKR parti yang diasaskan dengan asas-asas sentimen kepentingan-kepentingan tertentu dan simpati-simpati tertentu. Oleh kerana perjalannnya jauh, daya kawalan juga kena cukup kuat disamping pendokong dan ahli yang kuat wajar ada bersama.

Justeru, bukan mudah bagi DSAI untuk mengawal dan menguasai kuasa kawalan ke atas ahli-ahlinya yang datang daripada pelbagai latar dan pelbagai bangsa suku kaum, yang mana ia cukup mencabar dan sentiasa dicabar. Oleh itu, bukan semua orang yang dapat menghadapi dan melalui situasi ini dengan mudah dan senang.

Anwar Ibrahim seorang tokoh yang sudah teruji, dan beliau seorang yang mampu laluinya dengan jayanya. Itulah kehebatan Anwar sehinggakan dia dapat membentuk dan menubuhkan PKR dalam sekelip mata, ditambahi dengan kebencian rakyat terhadap musuh politik berserta dengan simpati terhadap batang tubuhnya sendiri ,menjadikan faktor lonjakan dan advantage kepadanya.

Maka dalam PRU 12, 5 buah negeri tumbang gara-gara Pakatannya membentuk gabungan pembangkang. Di mana jarang-jarang ada tokoh yang dapat membuat begitu. Itulah Anwar.

Kini, partinya teruji lagi selepas 2 ADUN PKR lompat parti di Perak, kini situasi seakan sama juga akan berlaku di Pulau Pinang. Situasinya tidaklah segawat kes di Perak. Pergolakan di Pulau Pinang tidaklah seserius seperti apa yang berlaku di Perak.

Apa pun DSAI mampu lalui dan hadapi dengan jaya. Tokoh yang besar jiwanya , tokoh yang hebat bersama ketokohannya. Hidup DSAI !!!!



PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin (gambar) dilaporkan telah diminta oleh pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dengan segera.

No comments: