Friday, March 27, 2009

PAC Perak : Tindakan betul dan benar !

Tindakan PAC yang betul terhadap kemelut di Perak.

PAC cadang gaji, elaun MB, Exco Perak dibekukan


IPOH: Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak

mengesyorkan agar pembayaran gaji dan elaun kepada Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam ahli Exco kerajaan negeri dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian.

Pengerusi jawatankuasa itu, Wong Kah Woh, berkata tindakan itu perlu kerana Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan negeri yang baru manakala pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mentadbir negeri itu sebelum ini, juga mendakwa mereka masih kerajaan yang sah.


"Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat kepada Menteri Besar dan seorang Ketua Penerangan Kerajaan Negeri adalah tidak sah, dan mahu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, mengambil tindakan

agar pejabat yang digunakan oleh empat penasihat tersebut dikosongkan dan semua kemudahan kepada mereka ditarik balik. - Bernama

No comments: