Monday, March 16, 2009

Pejuang Bahasa: Melaknat atau dilaknat !!!

Apabila Sasterawan Negara (SN) A Samad Said mencabar pemimpin-pemimpin UMNO berkempen dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan batang Ai menggunakan bahasa Inggeris. Ia membuka mata semua orang. Isu ini masih tertangguh, isu ini masih mencabar hati nurani pencinta bahasa ibunda kita.

Terlalu banyak berderetan hujah dikeluarkan, tetapi UMNO masih berkeras Pak Lah sendiri akur, tetapi Barisan Kabinet yang bengong masih mahu kekalkan legasi kekuasaan UMNO. Tetapi dalam masa yang sama mereka adalah pembela utama yang mempertahankan Raja-Raja Melayu. Raja Melayu kita pun mungkin dah tidak guna BM lagi kot, tetapi gunakan BI sebagai bahasa pertuturan mereka bersama rakyat.

Payahnya UMNO hendak mengubah dasar, seperti payahnya tunggu kucing tumbuh tanduk. Strategi mereka macamlah juga , mereka nak padamkan perjanjian membina jambatan bengkok antara Malaysia - Singapura yang akhirnya kena membayar sejumlah puluhan jutaan RM atas keengkaran melaksanakan dasar lama bahasa itu.

Kini merekalah juga mahu martabatkan kembali tulisan jawi, walaupun 3o tahun dahulu pejuang-pejuang bahasa jawi mempertahankan jawi sebagai sebahagian daripada silibus pendidikan anak-anak di sekolah. Lemahnya jiwa pimpinan UMNO merosakkan bangsa mereka.

Teringat penulis dengan kata-kata Ust taib Azamuddin tempoh hari, kita di Malaysia paling kuat mengutuk, dan lebih lagi melaknat yahudi di Israel. Tetapi kita tidak sedar bahawa laknat tuhan kepada kita kerana tidak berhukum dengan hukumnya tanpa kita sedari. Mana hebat laknat kita kepada Yahudi dengan laknat ALlah atas kita kerana tidak laksanakan hukumnya. Hatta kita ingin bercakap islam di rumah Allah (masjid) atau surau , pemerintah kita di malaysia halang. apatah lagi bercakap di rumah UMNO tentang islam ?

No comments: