Sunday, March 15, 2009

Sharif Dol dan rakan-rakannya dari Kg Dusun ?

Anak tempatan calon BN di dua bukit


NAJIB dan Ismail (kanan) mengangkat tangan pada majlis penamaan Ismail sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Taiping semalam.



S. Ganesan



Malcom Mussen


TAIPING - Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ismail Saffian diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berkenaan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang dekat sini semalam.

Ismail, 49, ialah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara. Beliau berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Najib yang juga Pengerusi BN Perak berkata, calon yang dipilih ialah anak tempatan seperti yang dikehendaki oleh masyarakat setempat.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari UMNO, Datuk Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M. Morgan dengan majoriti 1,566 undi.

Sementara itu, di Sungai Petani, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan, juga anak tempatan, dipilih sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Pemilihan Ganesan, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, diumumkan Najib beberapa jam selepas beliau mengumumkan Ismail sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Kerusi Bukit Selambau kosong selepas peletakan jawatan oleh penyandangnya, V. Arumugam daripada PKR awal bulan lepas.

Hari penamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 29 Mac dan pengundian pada 7 April yang juga serentak dengan pilihan raya kecil DUN Batang Ai di Sarawak.

No comments: