Wednesday, March 18, 2009

SPRM bertindak macamg siput ?

Jika SPRM boleh terima dan boleh bertindak ikut skrip kita (pembangkang) gamaknya kiamat dunia politik Malaysia agaknya. Dan UMNO dah ditalqinkan. Macam biasalah SPRM yang berketuakan Pesuruhjaya yang bernama Dato Hamdan Said, ngapa tidak buat kenyataan media lak.. Kita dok tunggu dan nantikan juga.

Sepatah kata ADUN Sura Ust Wan Hassan Ramli dalam loghat Terengganu, kalu kita gok malam keluor TV3 berita, pagi esok macam kilat ada dah depang jabat, tok dang buka jabat lagi. ada doh tunggu. Kalau hok dia kito lapor macamg siput...lambat. Berderai ketawa para hadirin , semalam semasa beliau berceramah sempena Pelancaran Dana PRK Bukit Gantang di Temerloh semalam.





Penyokong Ali dan pembangkang hampir bergaduh

MELAKA 18 Mac - Para penyokong UMNO dan pakatan pembangkang hampir bergaduh di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri di sini tengah hari tadi.

Perang mulut antara kedua-dua parti itu bermula sejak pukul 12 tengah hari apabila sekumpulan 30 penyokong pakatan pembangkang hadir ke pejabat SPRM bagi mendesak suruhanjaya itu menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Situasi bertambah tegang apabila salah seorang penyokong pakatan pembangkang bertindak mencabar kira-kira 200 penyokong UMNO sehingga berlaku aksi membaling botol mineral menyebabkan laluan trafik menjadi sesak di hadapan pejabat SPRM.

Kehadiran kira-kira 20 anggota polis bagaimanapun berjaya mengawal situasi daripada menjadi semakin tegang sehingga kedua-dua parti bersurai pukul 2 petang tadi. - Utusan

No comments: