Friday, March 27, 2009

Syabas Dato Sharir

Syabas Sharir , antara Menteri UMNO dan ahli UMNO yang berpegang kepada prinsip. Di Malaysia jaranglah sangat nak bertemu dan berjumpa seperti Sharir Samad. Maknanya Dato Sharir dalam UMNo mereka yang rosak sahaja mendapat tempat Dato. Bagi orang sebaik Dato jangan tunggu lama-lama , bawa prinsip Dato bersama parti pembangkang PAS atau PKR. Pilihlah Dato !!!

Pengunduran Sharir Samad dan tidak terpilihnya beliau, mudah sahaja sifir. Pertama Sharir Samad tidak mengamalkan politik wang dengan erti kata lain merasuah perwakilan untuk mengundinya. Kedua beliau masuk kabinet kerana diambil oleh Pak Lah, oleh Pak Lah sudah menghitung hari sahaja, mana ada kekuatan moral bagi beliau laksanakan , macamlah juga Zaid Ibrahim juga.

Justeru dalam kabinet pak Lah ada dua orang yang berprinsip, iaitu Zaid Ibrahim dan Shahrir Samad. Sukarlah lain-lain dalam UMNo mahu mengikut jejak mereka berdua, tak tahulah takut Zahid atau rais kot ?

Keputusan saya letak jawatan Kabinet muktamad - Shahrir

KUALA LUMPUR 27 Mac — Datuk Shahrir Abdul Samad memutuskan untuk meletakkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah tidak terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan Umno semalam dan ia adalah muktamad.

“Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri,” katanya.

Ketika ditemui pemberita di luar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini semasa sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno berhenti rehat, Shahrir berkata beliau akan mengundurkan diri pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.

Ketua Umno Bahagian Johor Baharu itu berkata adalah sukar untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri sekiranya tidak mempunyai sokongan daripada parti.

“Kita kena ada prinsip dan kena patuh. Dalam politik terutamanya, kerja kita akan lebih mudah kalau kita mempunyai kekuatan moral. Jika kita tak ada kekuatan dan sokongan parti, kita tak boleh berdepan dengan pentadbiran, rakyat dan pembangkang dalam melaksanakan tugas kita.

“Umpamanya saya (sebagai) menteri kena hadir di Parlimen. Bagaimana saya nak menjawab soalan dengan begitu yakin kalau saya tak dapat sokongan dari parti.

“Itu jadi masalah bagi saya. (Orang akan mengatakan) YB ini, parti pun tak terima, kalah dalam pemilihan parti, macam mana boleh jadi menteri,” katanya. - Bernama

No comments: