Sunday, March 15, 2009

Syabas TGNA tolak terus kerajaan campuran !!!



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) hari ini menegaskan pendiriannya tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan campuran PAS dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

....................
Penulis amat menyetuju saranan TGNA, atas idea atau gagasan kerajaan campuran Pakatan dan BN. Lebih-lebih dalam suasana dunia dilanda krisis ekonomi, maka desakan tersebut semakin kuat.

Alasan atau hujahnya, pertama kerajaan BN telah banyak mematangkan kita dari segi sepak terajang politik. Hanya mereka yang terlibat langsung dan berurusan langsung akan terpukul dengan BN dan UMNO. Justeru, hujah kuat tidak diperlukan kerana masing-masing amat berpengalaman. Satu sahaja kesimpulan, yang boleh dijadikan renungan UMNO menolak Islam dan tidak yakin Islam serta memperlekehkan Islam. Ketidakyakinan terhadap islam itu sendiri wajarlah kita menolak terus.

No comments: