Saturday, April 11, 2009

UMNO Media: Panik Amy Search sertai PAS ?

Walaupun dulu mereka kata antaranya tanda-tanda akhir zaman ulama menyokong artis. UMNO BN dan media sepakat mengecam Nik Aziz kerana menjemput dan memuliakan Mawi waktu itu.Tetapi bila PAS kini didekati oleh artis-artis dan TGNA berjaya memecahkan ruyung bahawa PAS anti hiburan, anti artis Melayu, mereka ketawa dan gembira kerana serangan mereka itu berjaya. Dalam serangan itu mereka gunakan juga ulama-ulama dan ustaz-ustaz membalun Tok Guru, malah di dalam PAS sendiri pun ada yang melatah sama membantai Tok Guru mereka sendiri. Tetapi kini semua sudah reda, politik dan dakwah Tok Guru ternyata berjaya.

Beberapa minggu lepas Dato Siti Nurhaliza bersama suami Dato K ke KB. Dan dikesempatan itu mereka berjumpa TGNA. Masakan Siti yang Islam tidak boleh berjumpa Tok Guru, sedangkan sami Buddha, speaker Perak S Sivakumar yang nyata bukan Islamnya boleh bertemu Tok Guru. Kini media jadi panik bila Amy Search masuk PAS? Alahai media arus perdana berfikiran minda UMNO , kenapa dan mengapa singkat kepala otaknya ?

Amy Search nafi sertai Pas

11/04/2009 4:07pm

KOTA BAHARU 11 April — Ikon rock negara, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.

Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

“Tidak,saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.

“Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya. Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.

Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.

“Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.

“Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik,” katanya. — Bernama


No comments: