Saturday, December 26, 2020

Ambik copy paste analisa orang - PH + PH


*PH Plus tanpa PKR?*

Anwar dan 20 Ahli Parlimen Islam PKR sedang berkira-kira, samada mahu kekal dalam Pakatan Harapan untuk menghadapi PRU 15, dengan risiko tinggi kehilangan sehingga 26 kerusi Parlimen, atau menyertai blok Perikatan Nasional. 

Dari 50 kerusi Parlimen PKR yang dimenangi pada PRU 14 yang lalu, dijangka PKR bakal hilang sekurang-kurangnya 26 kerusi Parlimen dari negeri Kedah dan Selangor sahaja sebanyak 13 kerusi, 10 kerusi pula ialah gabungan dari negeri Perlis sebanyak 1 kerusi, Perak 1 kerusi, 2 kerusi di Melaka, 2 di Johor, 1 di Pahang, 1 di Kuala Lumpur dan 2 kerusi di Pulau Pinang. Manakala 3 kerusi Parlimen PKR dari Sabah dan Sarawak juga dijangka akan tewas pada PRU 15. 

DAP dan Amanah juga sedar akan situasi Anwar dan PKR dalam kesukaran untuk menghadapi PRU 15 kelak. DAP dan Amanah tiada jalan lain, melainkan terpaksa menyertai 14 Ahli Parlimen blok pro Tun M untuk membentuk gabungan PH Plus, walaupun tanpa PKR. 
Sebenarnya hanya 62 kawasan Parlimen kubu kuat dalam Pakatan Harapan yang agak sukar untuk digugat, kecuali pengundi kaum Cina beramai-ramai menolak DAP dalam PRU 15 nanti. 

Ini ialah analisis PRU 15 yang berdasarkan keputusan PRU 14 yang lalu, untuk menunjukkan betapa pengundi bukan Islam telah bersatu semasa PRU 14, demi untuk menumbangkan kerajaan Islam. 

Dari 109 kerusi Parlimen terkini dalam Pakatan Harapan, sejumlah 62 kerusi Parlimen adalah milik bukan Islam. Bakinya hanya 47 kerusi Parlimen sahaja dimiliki Ahli Parlimen beragama Islam dalam Pakatan Harapan. 

Dalam Pakatan Harapan juga sebenarnya telah berpecah kepada 2 blok iaitu pro Anwar dan pro Tun M. Blok pro Anwar kini hanya tinggal 94 Ahli Parlimen sahaja, apabila Tun M membawa keluar 6 Ahli Parlimen Pejuang dan 8 Ahli Parlimen Warisan. 

Jadi sebenarnya dalam blok Pakatan Harapan pro Anwar, hanyalah terdiri dari 36 Ahli Parlimen yang beragama Islam, selepas jumlah kesemua 47 Ahli Parlimen Islam dalam Pakatan Harapan ditolak sebanyak 11 Ahli Parlimen pro Tun M yang beragama Islam.
 
Kedudukan terkini Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat berdasarkan keputusan undi belah bahagi semasa pembentangan kali ketiga dan yang terakhir Bajet 2021, ialah 111 Ahli Parlimen blok PN yang menyokong dan sejumlah 108 dari blok PH yang menolak. Ahli Parlimen Batu Sapi yang meninggal dunia adalah dari parti Warisan. 

Berikut merupakan pecahan Ahli Parlimen mengikut parti, berdasarkan keputusan undi belah bahagi, yang sekaligus membuktikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional TSMY. Perikatan Nasional membuktikan sejumlah 113 kerusi dimiliki PN jika termasuk 1 kerusi Ahli Parlimen Gerik dari UMNO yang meninggal dunia.  

UMNO - 37 (asalnya 39 termasuk Ku Li)
MCA - 2
MIC - 1
PBRS - 1
PPBM - 31
PAS - 18
GPS - 18
PBS - 1
STAR - 1
BEBAS (Lubuk Antu)  - 1
Jumlah 111 Ahli Parlimen PN, tidak termasuk Ahli Parlimen Gerik UMNO yang meninggal dunia dan Ahli Parlimen UMNO Gua Musang Ku Li yang berkecuali. 
PKR - 38
DAP - 42
AMANAH - 11
WARISAN - 8 
BEBAS (PEJUANG) - 4
BEBAS (Simpang Renggam) - 1
BEBAS (Muar) - 1
PSB - 2
UPKO - 1

Jumlah 108 Ahli Parlimen PH Plus, tidak termasuk Ahli Parlimen Batu Sapi dari Warisan yang meninggal dunia. 

Berikut adalah pecahan Ahli Parlimen bukan Islam mengikut parti dalam Pakatan Harapan. 
41 Ahli Parlimen DAP, iaitu:

(1) YB Tuan Lim Guan Eng:-P.043 Bagan.
(2) YB Tuan Sim Chee Keong:- P.045 Bukit Mertajam.
(3) YB Puan Kasthuriraani A/P Patto: -P.046 Batu Kawan.
(4) YB Tuan Wong Hon Wai: - P.048 Bukit Bendera.
(5) YB Tuan Chow Kon Yeow:-P.049 Tanjong.
(6) YB Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji: -P.050 Jelutong.
(7) YB Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh: -P.051 Bukit Gelugor.
(8) YB Tuan Teh Kok Lim: -P.060 Taiping.
(9) YB Tuan Wong Kah Woh: -P.064 Ipoh Timor.
(10) YB Tuan M. Kulasegaran: -P.065 Ipoh Barat.
(11) YB Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu: -P.066 Batu Gajah.
(12) YB Dato’ Ngeh Koo Ham: -P.068 Beruas.
(13) YB Tuan Su Keong Siong: -P.070 Kampar.
(14) YB Tuan Nga Kor Ming: -P.076 Teluk Intan.
(15) YB Tuan Wong Tack:- P.089 Bentong.
(16)

No comments: