IT day 2

Hari mingguku tanpa abang di sisi.kuang kuang kuang


Lepas Subuh, lama sikit hehe, terdengar suara Mak, "Ita, Mak demam la". Aku terus turun bagi dia makan panadol..check dia ok, panas sikit, so aku suruh dia berehat je. Macam biasa pagi sabtu aku setel kan rutin aku membasuh tangan apa yang perlu, sementara Addean tidur. Hubby tak ada nak tolong aku jaga budak2. Terasa la dia tak ada, kakitangan tak cukup hehe.

Setel bab basuh2 ni, aku masak. Ni la antara perkara yang aku lomah sangat, memasak. kering idea. Pada orang yang pandai masak, depa ada index hari ni masak apa, untuk orang cam aku yang skill memasak dan ilmu resepi ke laut ni, jadi satu isu la kan..alasannnnnnnnn......Akhirnya aku masak pancake je, macam2 rupa ada, ada smiley face, leaves, kerang, puppy pun ada. Aku gunakan pancake maker aku beli online. Tapi pancake aku pun tak berapa menjadi sebab resepi pakai hentam angin aku je...hehe... aku letak dates sugar sebagai inti, dah jadi cam kuih cara la pulak...tak kisah la apapun, janji anak2 aku yang cerewet itu makan sampai habis, itu yang penting. Untuk Addean cam biasa, bubur nasi ler plus ikan dori, lobak merah dan celery... masak lama2 atas api...Kali ni aku tak kisar sebab dia dah tumbuh gigi dah boleh kunyah2...sekali ngadap tu dia, 2 kali tambah..Alhamdulillah..berkkk...


Lepas Zuhur, Mak dah menyanyi ajak hantar dia ke Impiana Hotel KLCC untuk TKC 1963. Ada aku stori kat sini. Adik aku drivernya, dah naik kereta dia. Aku dan anak2 5 orang berhimpit dok belakang, nasib baik depa ni kecil2 lagi. Sampai Klcc, Jln Pinang tutup la pulak, ada apa ntah, terpaksa lalu Jln Sultan Ismail. Dahlah seorang pun tak pernah jejak Impiana Hotel ni. Area situ banyak hotel, signboard lak satu2 tu cinonit, pastu sama color lak tulisan dan latarnya. Lain kali aku bukak hotel aku, sign board besar2 alam, pastu tulisan dan background kontra, baru senang orang tengok..amboih jenin sungguh angan2. rumah pun tarak lagi. Mak jumpa je kawan2 dia, terus ok demam. Elok je dia "Mak dah ok, kome boleh la balik." ye Mak ye Mak, kami bawa diri dulu ye.


Kami bawa diri ke Klcc park...hehe.. Sebelum tu, kami pekena roti kat Levain Boulangerie Patisserie. Adik aku dok suruh aku belanja dia, minta maaf ye sis, aku takat kerani cabuk je, dirimu arkitek..haha..kerani cabuk pun nak gak makan kat Levain ni, tak mau kalah. Deko cafe dia prestige and cozy je. Aku suka la cozy2 ni. Coziness combine activeness anak2 aku, kecoh cafe tu. Tapi dah tak berapa cozy dah sebab dah ramai pelanggannya berbanding masa baru2 dibuka dulu. Dah kenyang, kami lepak Klcc park lak. Seronok bukan main lagi budak2 ni. Aku la mengah dok kejar sorang kiri sorang kanan. Suara aku jangan cakapla, tenggelam suara budak2 lain..haha. Adik aku melepak kat kerusi sambil buat kraf dia. Addean dok temankan dia sambil tertinjau2 aku dok kejar abang dan kakak2 dia. Agaknya dalam hati dia "ish apani Ibu, saya pun nak join juga panjat2, lari2 ni. Meh2 ambil saya." Maaf ye sayang, Ibu semput dah.Si abang kamu kejap2, "Ibu abang dahaga, nak minum." Aku suruh je dia minum water cooler kat park tu. Aku lupa bawak bekal air depa, si Addean punya lengkap berbekal. Yang lain2 aku lupa tapi bekal makan ada pulak. Haish camne la ibu kome ni kan. Habis main, berkejar solat asar lak.


Tatkala menuju ke surau Klcc, depan aku sekelompok orang berhimpun, ada apa pulak? Tetiba laluan terbuka dan tu dia...Tun Mahathir berdiri sambil tersenyum betul2 di depanku. Aku terpaku dengan stroller dan anak2 ku pelik tengok aku. Aku terpegun kerana senyuman Tun M mengingatkan aku pada arwah Ayah. Sama tapi tak serupa. Sebak! Aku hanya berdiri sambil membalas senyumannya. Ini bukan pertama kali aku berjumpa dengan Tun tapi ini adalah yang pertama kami sedekat ini. Masya Allah.


Dinner kami di Rasa tingkat 4 Klcc. Aku sengaja pergi situ semata2 nak pekena teh tarik kaw dia. Hilang kempunan aku, macam orang mengandung mengidam lak..haha. Azeeb Nisaa aku order kan nasi ayam. Habis banyak depa makan. Nureen minta mushroom soup, berpusing aku cari kat Rasa tu tak ada, aik..dulu ada. Alih2 aku belikan dia strawberry waffle belgium. RM7.90.. tak padan perut kecil, nak waffle size besar. Makan separuh je kemudian dah tak lalu. Tula ibu dah cakap jangan membazir. Kononnya waffle belgium tapi aku rasa ala2 cam aku punya pancake je..hoho..


Outing ni walaupun aku mengah melayan karenah mereka yang beragam, aku gembira kerana mereka gembira. Kegembiraan mereka penawarku. Balik rumah badan dah lembik, tetiba aku terperasan, baju lipatan dalam raga yang menunggu masa nak masuk almari basah, baru aku teringat pada Jumaat, Nisaa main air. Apa lagi.....tantrum la aku...dah terbalik...muahahaha.


Jauhnya depa ni tinggalkan aku, jenuh nak kejar
Masa bayi dulu taknak merangkak, lompat terus jalan, lepas gian ke abang?

Hish Ibu ni, malu kakak #Nureencamerashymode


Nisaa:  Aku redah je

Nureen: Akak tengok enjin kenapa kereta tak gerak2Azeeb: Eh eh kakak, enjin patut kat depan kan?

Jom Addean jom, temankan Achik Anem


Kesian Addean, terjengah2 kepala dia tengok aku dr kejauhan
Ai ai captain, let see how far the pirate ship is

Nisaa merajuk, terus bawak diri
ke favorite spot dia, buai laju laju sampai pokok sena...


Baru pekena water cooler terus pakat lari2 tinggalkan aku,budak2 ni kan haish

Si panda tak puas hati kena temankan Achik Anem dia. Dokla berdiri2 atas stroller tu


Nisaa: Ok awak, jom enjut sama2


3 musketeers on the way to Suria Klcc


plus 1 musketeer asyik kena tinggal je. Geram dia, nantila dapat kaki
Sempat posing depan cctv kat petrosains


Perut dah kenyang, beratur nak balik dah


Dancing lights tapi time ni dah habis dah....
Addean yang keletihan walaupun dok dalam stroller je pun, boring tau




No comments:

Post a Comment