Selamat Datang Ke Blog Rasmi ProMahasiswa UMSKAL. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa UMSKAL TV

Thursday 18 July 2013

Wacana Kampus #11 - Ucapan Pengerusi ProMahasiswa UMSKAL sempana Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-32.

Ucapan daripada Muhammad Fadhil Abdul Ghani, Pengerusi Pro-Mahasiswa UMSKAL sempena Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-32.

Saya Muhammad Fadhil Abdul Ghani mengucapkan setinggi tinggi tahniah dan syabas kepada semua pegawai kadet PALAPES yang telah berjaya ditauliahkan
pada hari ini (6 Julai 2013) . Bertempat di Universiti Malaysia Sabah Kampus Induk Kota Kinabalu, sekali lagi mencatatkan sejarah & kenangan manis, kerana menjadi ‘tuan rumah’ kepada majlis yang berprestij ini.
Tidak lupa juga, tahniah saya ucapkan kepada kepada pihak UMS, kerana telah \erjaya melaksanakan Majlis Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES IPTA ke-32 ini dengan gilang gemilangnya.
Semoga simbolik pentauliahan ini memberi semangat dan inspirasi positif kepada semua pegawai kadet PALAPES untuk menjadi lebih berdisiplin,berkepimpinan dan membentuk kualiti warganegara yang berwibawa.
Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi buat semua pegawai Kadet PALAPES yang mewakili UMS. Anda adalah perajurit-parajurit dan pejuang tanah air dan penerus generasi pada masa akan datang.
“PENERAJU BANGSA, NEGARA BERDAULAT”

"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"
Muhammad Fadhil Abdul Ghani
Pengerusi
Pro-Mahasiswa UMSKAL



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...