Selamat Datang Ke Blog Rasmi ProMahasiswa UMSKAL. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa UMSKAL TV

Thursday 1 August 2013

Wacana Kampus #21 - UMS ANJUR PROGRAM AMAL STRATEGI LAUTAN BIRU DI PULAU BANGGI

Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerusi cawangan Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan program Amal Strategi Lautan Biru di Pulau Banggi, Kudat baru-baru ini.

Turut menjayakan program itu ialah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Labuan, Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Udara (PALAPES Udara) UMSKAL, Pejabat DUN N1 Banggi dan Pejabat Daerah Kudat.

Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Ismail Ali berkata, program itu bertujuan untuk meningkatkan tahap keprihatinan kakitangan dan agensi kerajaan bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan bantuan.

Beliau yang mewakili Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, ia juga bagi merapatkan hubungan antara UMS dengan masyarakat sekaligus sebagai usaha ke arah membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

“Sebagai usaha murni kakitangan dan tidak melunturkan semangat peserta untuk menabur bakti kepada masyarakat walaupun dalam bulan Ramadan dan berhadapan dengan cuaca panas,“ katanya pada majlis penyerahan 100 unit tilam dan 150 unit kerusi kepada wakil masyarakat Pulau Banggi, Amir Hamzah. Peserta program turut mengedarkan buah kurma serta bahan bacaan untuk kegunaan masyarakat termasuk pelajar Pulau Banggi di Kudat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi, Datuk Abdul Mijul Unaini merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas usaha UMS membantu meringankan beban masyarakat di Pulau Banggi.

Beliau yang diwakili Amir Hamzah berharap sumbangan dan bantuan seperti itu akan merapatkan lagi hubungan antara UMS dengan pemimpin dan masyarakat Pulau Banggi.

Hadir sama, Pengarah JPAM Labuan, Mejar (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub; Ajutan PALAPES Udara UMSKAL, Kapten Muqlis Badrul Hisham dan Timbalan Pendaftar UMSKAL, Zamri Mohamad Tuah.

Sumber : Laman Web Rasmi UMS [http://www.ums.edu.my/v5/index.php/ms/berita/365-ums-anjur-program-amal-strategi-lautan-biru-di-pulau-banggi.html]

"Dari Mahasiswa, Untuk Mahasiswa"




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...