Selamat Datang

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas

Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas
Ilmu Mendukung Rukunegara

PERATURAN PERPUSTAKAAN (PUSTAKA BESTARI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GEMAS

  1. Anda tidak dibenarkan memasuki perpustakaan tanpa pengawasan guru bertugas.

  1. Tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan jika tidak memakai lencana atau tanda nama.
  1. Para pelajar tidak dibenarkan makan serta membawa makanan ke dalam perpustakaan.
  1. Pada waktu petang, anda tidak dibenarkan masuk jika memakai selipar walaupun hanya sementara.
  1. Anda juga tidak dibenarkan masuk jika berpakaian tidak kemas. Pakaian seperti kemeja T sekolah atau kemeja T putih tanpa sebarang gambar dan seluar yang ditentukan oleh pihak sekolah sahaja dibenarkan masuk.
  1. Anda ditegah membuat bising atau mengganggu orang lain yang menggunakan perpustakaan ini.
  1. Pada waktu persekolahan, semasa guru membawa anda ke perpustakaan anda dikehendaki beratur dengan senyap sebelum masuk. Jangan sekali-kali masuk sebelum menerima arahan.
  1. Letakkan semua bahan bacaan di tempat asalnya sekiranya anda tidak menggunakannya. Jangan tinggalkan bahan bacaan itu di tempat lain.
  1. Kad pinjaman buku mestilah mempunyai gambar.

10. Anda hanya dibenarkan meminjam sebuah buku untuk tempoh seminggu sahaja.

11. Anda tidak dibenarkan masuk di kawasan kaunter perpustakaan dan tidak dibenarkan sama sekali menyentuh peralatan yang terdapat di kaunter.

12. Tidak dibenarkan mengubah kedudukan kerusi di dalam perpustakaan.

13. Sorongkan kembali kerusi-kerusi tersebut di bawah meja selepas digunakan.

14. Buku-buku rujukan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar.

15. Buku-buku rujukan atau bahan bercetak milik pelajar, serta buku-buku teks dan buku-buku pinjaman (perpustakaan) yang belum hendak dipulangkan dilarang dibawa masuk ke dalam perpustakaan.

16. Tinggalkan beg, bahan-bahan bacaan, dan alatan di luar perpustakaan.

17. Anda tidak dibenarkan berada di kaki lima perpustakaan. Kaki lima perpustakaan ialah kawasan larangan.

No comments:

Post a Comment

Hadis

Ketahui Influenza A(H1N1) Kementerian Kesihatan Malaysia