Khamis, 13 Mac 2014

. Resepi : Puding Jagung Karamel .





salam all,
hari nie Qaseh nak kongsikan resepi-resepi menarik...
jika berminat boleh mencubanya..

Bahannya :
5 - 7 susu gula
10 bj telur
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
1 tin jagung krim
1 sudu esen vanila

Caranya :

a.
Didihkan air di dalam periuk kukus.
Sementara itu, masukkan gula ke dalam loyang. (Saya guna loyang 9 inci)Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan gula dalam loyang hingga cair dan berwarna keperangan. (Pastikan semasa memasak gula, ianya sentiasa dikacau supaya cair rata).Tutup api dan terus golek-golekkan loyang supaya air gula memenuhi dasar loyang. Ketepikan dan sejukkan. (Air gula akan mengeras).

b.
Masukkan telur, susu sejat, susu pekat dan esen vanila ke dalam blender.Putar blender hingga adunan sebati, tak perlu hingga kembang.Masukkan jagung tin. blend kejap jer.Masukkan ke dalam loyang berisi gula tadi.Kukus selama 30 - 40 minit.Sejukkan sebentar dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Sedia untuk dinikmati.


taraaa.... sudah pun siap..




*selamat mencuba*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan