Sunday, November 14, 2010

SABDA RASULULLAH MENGENAI LARANGAN MENSYIRIKKAN ALLAH

1- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah s.a.w,

Beliau bersabda : “’Jauhilah tujuh perkara muubiqaat (yang mendatangkan kebinasaan)!’

Para sahabat bertanya : ‘Apakah ketujuh perkara itu, wahai Rasulullah?’

Rasulullah s.a.w menjawab : Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang dibenarkan syariat, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari medan pertempuran*1, melontarkan tuduhan zina terhadap wanita-wanita mukminah yang terjaga dari perbuatan dosa dan tidak tahu menahu dengannya’” [HR Al Bukhari (2766) dan Muslim (89)] – RJ1,Jilid1,ms18-19

2- Diriwayatkan dari Abu Bakrah r.a, ia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

“Maukah kamu aku beritahu tentang dosa-sosa yang paling besar?”

“Tentu saja wahai Rasulullah!” Jawab mereka.

Rasul berkata : “Syirik kepada Allah, durhaka kepada kedua orang tua, -saat itu beliau duduk bersandar lalu beliau duduk tegak seraya berkata:- Dan ingatlah, yang ketiga adalah perkataan dusta!’ Beliau terus mengulanginya hingga kami berharap mudah-mudahan beliau segera diam.*2[HR Al Bukhari (2654) dan Muslim (88)] – RJ1,Jilid1,ms19

3- Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, ia berkata :

“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?’

Beliau menjawab : ‘Engkau menjadikan sekutu bagi Allah padahal Dialah yang menciptakanmu!’

‘Kemudian apa lagi?’ tanyaku lagi.

Beliau menjawab : ‘Engkau membunuh anak mu sendiri kerana takut ia makan bersama mu.’

‘Kemudian apa lagi?’ tanyaku lagi.

Beliau menjawab : ‘Engkau berzina dengan isteri tetangga mu.’” [HR al Bukhari(4761) dan Muslim(86)] – RJ1,ms19

4- Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata:

“Rasulullah s.a.w bersabda : ‘Barangsiapa bertemu Allah dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, menunaikan zakat harta atas kerelaan dirinya dan mengharap pahala, patuh dan taat, maka ia berhak memperolehi Jannah atau berhak masuk Jannah. Ada lima perkara yang tidak kaffarahnya; Syirik kepada Allah, membunuh jiwa tanpa haq, menjarah harta orang mukmin, lari dari medan peperangan, sumpah dusta untuk merampas harta tanpa haq.’”[Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Imam Ahmad(II/361-362), dari jalan Baqiyyah dari Buhair bin Sa’ad dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Mutawakil] – RJ1,Jilid1,ms20-21

5- Diriwayatkan dar Abud Darda’ r.a, ia berkata :

“Kekasihku, Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku : Jangnlah engkau menyekutukan Allahmeskinpun (kerana itu) enkau dicacah atau dibakar. Janganlah meninggalkan solat fardu dengan sengaja, maka ia telah terlepas dari perlindungan Allah dan janganlah meminum khmar(arak), kerana khmar adalah punca segala kejahatan.’” [Hasan, dengan di dukungan riwayat-riwayat lainnya. Diriwayatkan oleh Ibnu majah (4034)] – RJ1, ms21.

Rujukan :

Rj1- Ensiklopedi Larangan:Menurut Al Quran dan As Sunnah Jilid 1, Penulis: Syaikh salim bin ‘Ied Al Hilali, Penterjemah: Abu IhsanAl Atsari, Pustaka Imam asy-Syafi’I.

*1-Tawalli yaumaz zahf, maksudnya melarikan diri dari medan pertempuran saat dua pasukan sudah saling berhadapan, yakni antara pasukan muslim dan pasukan kafir. Kecuali melakukan maneuver untuk siasat perang atau hendak menggabungkan dir dengan pasukan muslim yang lainnya.

*2-Perkataan Sahabat : “Hinggan kami berharap mudah-mudahan beliau segera diam (menghentikan ucapan tersebut)” kerana rasa kasih saying mereka kepada Rasulullah s.a.w dan takut kalau hal itu menyusahkan beliau.

No comments:

Post a Comment