Isnin, 30 Mac 2009

Demokrasi Subur, Kini Keputusan Di Tangan Pengundi


15 Calon Dun Bukit Selambau, Kedah

3 Calon Parlimen Bukit Gantang, Perak

2 Calon Dun Batang Ai, Sarawak

Hari penamaan calon untuk 3 kerusi ( 2 Dun, 1 Parlimen ) telah berlangsung semalam. Pelbagai catatan sejarah dilakukan. Yang paling menarik tumpuan ialah di Dun Bukit Selambau, catatan sejarah telah berlaku di sana. Seramai 15 calon cuba beradu kekuatan mereka di sana. Seperti kebiasaaan 2 parti gabungan terbesar negara menjadi perhatian, BN & PR. Namun calon-calon Bebas juga tidak boleh dipandang ringan cabaran mereka kerana di kerusi Dun inilah BN telah tumbang kepada calon Bebas (sebelum bersama PKR ) iaitu bekas Adun yang melepaskan jawatan, V Arumugam. Bayangkan BN yang gah bagai merak kayangan itu berjaya ditundukkan oleh calon Bebas, maka tidak mustahil sejarah itu bakal diulangi oleh salah seorang calon Bebas yang bertanding kali ini. Kita tunggu pilihan pengundi 7 April nanti.

Parlimen Bkt Gantang pula menyaksikan pertandingan 3 penjuru. PAS diwakili seorang calon yang dikenali ramai oleh kawan & lawan, mempunyai perawakan & personaliti yang menarik,mempunyai kebolehan yang telah teruji, seorang MB Pakatan Rakyat yang mempunyai sokongan akar umbi. BN pula diwakili seorang anak tempatan yang disajikan dengan kemampuan yang hampir sama. Bebas diwakili seorang ahli perniagaan, mungkin calon ini tidak dikenali malah mungkin akan dilupakannya pada hari pengundian, namun apa saja boleh berlaku dalam negara demokrasi ini. Apapun, Bukit Gantang bakal memperlihatkan persaingan yang sengit selepas Permatang Pauh & Kuala Terengganu dijuarai oleh PR. Melihat kepada keadaan semasa, tidak mustahil PR bakal melangkah gagah lagi buat kali ini. BN pula akan cuba memenangi persaingan ini walau apa cara sekalipun. Apapun, seperti diperkatakan tadi, semuanya atas pilihan bijaksana pengundi Bukit Gantang. 7 April 2009 penentu segala spekulasi dan agakan/ramalan ramai. Tunggu...

Dun Batang Ai pun menarik untuk di kupas. Calon PKR adalah bekas calon BN yang sudah dikenali pengundi-pengundi di sana. Orangnya agak 'menarik' namun pengalamannya dijadikan salah satu kekuatannya. BN pula meletakkan calon yang sama kuat di sana. Kawasan tradisi mereka yang pasti mereka akan kekalkan. Dun ini juga bakal menjadi kayu ukur kekuatan PKR di sana. Adakah trend dan suasana politik semasa bakal menular di Sarawak? atau rakyat Sarawak masih memerlukan kekuatan BN untuk bergantung? 7 April 2009 bakal terjawab persoalan ini. Nantikan segalanya.

Apa yang diharapkan, semoga persaingan yang sihat akan berlaku di 2 Bukit & 1 Batang ini. Jangan ada perkara yang tidak diingini berlaku, laksanakan tugas dan amanah dengan penuh bertanggungjawab. Gunakan akal dan fikiran yang bersih untuk memilih pemimpin anda. Selamat mengundi pada semua.

raudhah7, Bangsar Kuala Lumpur

Cadangan guru berpolitik terima pelbagai reaksi

29/03/2009 8:37pm
KUALA LUMPUR 29 Mac — Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak. Ada yang berkata langkah itu wajar dilakukan dan ada pula yang tidak bersetuju kerana bimbang ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemungkinan terpengaruh dengan parti pembangkang. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata NUTP menyambut baik cadangan Menteri Pelajaran bagi membuka peluang berpolitik kepada guru. “Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung. “Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Hashim tidak menolak ada risiko yang bakal timbul, jadi beliau mencadangkan satu garis panduan yang jelas dan nyata mengenainya dikeluarkan. Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang turut bersetuju dengan cadangan Hishammuddin itu dan berharap ia dilaksanakan. “Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak Umno. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat. “Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,” katanya kepada Bernama. Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak. “Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu. “Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa,” katanya kepada Bernama. Beliau meminta rancangan itu diperhalusi dan dibincangkan ke peringkat akar umbi kerana ia bukan isu remeh. Semasa menggulung perbahasan mengenai isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Hishammuddin mencadangkan guru kumpulan A diberi kelonggaran untuk berpolitik. — BERNAMA

Jumaat, 27 Mac 2009

Puteri pecut dilarang berlari kerana pakaian ketat

PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt. Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan. Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut. Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor. "Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu," kata Mohd Asrul. Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan. "Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya. Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat. Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. - Bernama
[Komen raudhah7]
Menarik isu yang aku baca hari ini di akhbar berita harian. Menarik kerana aku sendiri bingung dengan tindakan bapa kepada pelajar perempuan ini. Tindakan beliau yang mempersoal arahan guru sukan sekolah terbabit yang meminta anaknya memakai pakaian yang lebih bersopan dan menutup aurat memang membuatkan hatiku tertanya dan bingung. Adakah berpakaian ketat itu baik dan sesuai bagi pelajar perempuan yang sedang membesar sepertinya? Seorang bapa yang sepatutnya memuliakan anak perempuannya, yang wajib menjaga kehormatan dan keperibadian anak perempuannya menyoal perkara sebegitu yang mampu menjaga kehormatan diri anaknya. Tahniah aku ucapkan pada guru tersebut. Inilah masalahnya bila jiwa tidak melahirkan personaliti yang baik dan terpuji. Kecetekan ilmu agama mungkin sebab utama perkara ini terjadi.

Apa salahnya kalau anaknya berlari dengan bertudung? ingatkah kita dengan seorang atlit pecut dari Bahrain yang bernama Ruqaya Al Ghasara??Ruqaya bertudung tetapi mampu menjadi pelari pecut acara 200m dan menjadi yang terpantas di Sukan Asia. Malah katanya dengan mengenakan pakaian muslimah seperti itulah yang meningkatkan lagi keazamannya untuk membuktikan pada dunia yang beliau adalah yang terbaik. Dunia telah dibuktikan walaupun dengan mengekalkan imej yang sebegitu beliau masih berjaya dan cemerlang. Ini cuma acara di sekolah tapi sudah begini jadinya. Baru bergelar puteri pecut peringkat sekolah sudah menunjukkan egois yang tinggi. Tahniah ?? si bapa kerana mengajar anak ke jalan yang tidak sepatutnya seorang bapa melakukannya. Mungkin beliau mempunyai alasan yang tersendiri.. Renunglah sejenak wahai ibu bapa yang budiman, anak merupakan amanah yang ALlah kurniakan kepada kita maka pimpinlah mereka ke jalan yang benar dan diberkati ALlah.

Khamis, 26 Mac 2009

Renungan




Hari ini sebelum kita menuturkan kata-kata yang tidak enak di dengar,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali,
Sebelum mengeluh mengenai makan minum kita,
Fikirkan tentang seseorang yang tiada punya apa2 untuk dikunyah dan disantap.
Kelak andalah orang yang bersyukur dengan nikmat Ilahi.

Minuman Alternatif

Seminggu berada di Kedah baru2 ini saya dikenalkan dengan satu produk baru yang sangat menarik utk dikongsikan bersama teman2 dan rakan2 sekalian. Produk Liqo. Bagi saya boleh ganti Milo keluaran Nestle yang mmg saya dan family telah boikot. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Mohd Ahmad di talian 013-4845788.

KPKI : Pengurusan Strees Melalui Pengurusan Personaliti

Alhamdulillah, aku baru selesai jalani satu kursus pendek di IP Teknik, Cheras. Kursus berkaitan dengan stress & personaliti. Erm, 1st time masuk ke IP Teknik aku terimbau kembali zaman bergelar guru pelatih di IP Kota Bharu. Mmg menarik jika dikenang. Berada di bumi Serambi Mekah dulu mmg berlainan sekali jika hendak dibandingkan bila berada di Kota Metropolitan kini. Semua suasana dulu sangat2 aku rindui. Setiap pagi Jumaat dulu, aku selalu mendengar kuliah Tok Guru. Pertama kali pergi aku sangat terkejut.Bayangkan, hari itu ribuan orang berkumpul untuk bersama mendengar kuliah dari seorang Menteri Besar yang amat berlainan sama sekali personalitinya. Pihak berkuasa seperti polis sendiri khusuk mendengar kuliah itu saban minggu. Bandaraya Kota Bharu penuh dengan warna kopiah putih. Mmg mengamit memori aku tika ini. Baruku tahu bila aku ikuti kursus pengurusan personaliti ini. Rupanya MB negeri serambi mekah itu punyai personaliti yang tersendiri. Beliau bijak mengawal personalitinya tanpa membiarkan persekitaran duniawi mengawal personalitinya. Personaliti mengawal persekitaran bukan persekitaran mengawal personaliti. Jiwanya bersih dan bermatlamat jelas. Fikirku, patutlah MB seorang itu hebat dan menarik perwatakannya. Baru ku tahu....
Kembali berbicara persoalan personaliti. Sebenarnya apa itu personaliti?? Mari sama2 kita bincangkan secara ringkas.
Imam Ghazali pernah menukilkan, personaliti ialah menerangkan tentang keadaan jiwa. Menerusi jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa itu muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang maka dinamakan personaliti yang buruk. Jelas sekali disini, jiwa orang yang dalam ketidaktentuan pasti akan melahirkan personaliti yang buruk. Sebab itu keadaan sosial sekarang sangat cacamarba dan penuh dengan barah dan virus sosial yang sangat menakutkan. Semua ini kerana jiwa manusia semakin kosong dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Pastinya jalan yang benar utk mengisi jiwa agar tidak kosong dan tidak terarah adalah kembali kepada landasan Islam yang sebenar. Runtuhkan tembok hidonisme yang melampau, tinggalkan sosialisasi hidup bergelodak hitam, hapuskan idola jahanam yang menjahanamkan, insyaAllah jiwa akan kembali pulih dan akan memandu personaliti kita ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah.

Rabu, 25 Mac 2009

Coretan Seorang Insan 1

Sudah hampir seminggu lebih aku tidak beradu minda di laman maya ini. Byk sangat tugasan yang datang kiri dan kanan malah depan dan belakang. Inilah tugasan dunia namanya tapi ingat isteriku, tugasan akhirat jgn sesekali diringankan. Aku bersyukur, kerna masih ada yang memberikan tazkirah. Alhamdulillah..Makin byk kita bersosial maka lebih byk cabaran mendatang. Manis ada, pahit pun menjelma. Inilah namanya manusia.
14 - 22 Mac 2009
Seminggu lamanya aku berada di kampung kerna menikmati hari-hari cuti. Banyak sangat perkara dalam fikiran yang ingin diterjemahkan di lapangan kerja seawal hari2 cuti. Cuma family kecilku diuji lagi kali ini dgn virus demam yang melanda kami. Putera kecilku yang amat aktif mengalami demam dan selsema kecil. Mulanya hasrat dihati ingin membawa mereka ke Langkawi cuti kali ini. Namun semuanya hanya tinggal hasrat bila puteraku demam dan selsema. Ingatkan ujinya setakat itu, rupanya selepas itu isteriku pula yg agak sarat sekarang mengalami demam dan sedikit ketegangan urat. Mungkin kerna keadaan fizikalnya yang berjuang bersama si kecil yg dijangka menjengah dunia sebulan + - lagi, memikul tggjawab seorang isteri & ibu dikala suami berjauhan dengannya. Aku ke sana sini mencari penawar peritnya itu. Selepas di urut dan di ubati, ALhamdulillah, peritnya mendapat penawar. Syukur sebab uji buatku mula meninggalkan kami sekeluarga. Kebetulan bermula 18-21 Mac 2009 aku punya tugasan di Padang Terap. Tugasnya banyak dan memerlukan komitmen yang amat besar. Ku harap diriku tidak diuji lagi rupanya tidak, selepas anak dan isteriku kini aku pula yang diserang virus demam dan sakit kaki (akibat terjunan berani?) setahun yang lalu. Habis cacamarba segala perancangan, mujur ada teman yang sudi membantu menyelesaikan kerja2ku di Padang Terap. TQ sahabat2. Cuma mungkin aku bersyukur walaupun dalam keadaan yang agak perit sebelum akhir cuti aku dapat membawa anak dan isteri serta ibu ke Padang Besar, Perlis untuk berlibur bersama. Coretan ini bukan sekadar coretan, ianya membawa kepadaku beberapa pengajaran.
1. Bekerjalah masa muda sebelum tua.
2. Syukurilah masa sihat sebelum sakit.
3. Memberilah masa kaya sebelum miskin.
4. Nikmatilah masa lapang sebelum sibuk.
5. Beribadatlah masa hidup sebelum mati.
Bagiku, hamba yang amat kerdil ini, bermakna kita harus menggunakan kesempatan yang ada sebelum kesempitan yang menimpa, yang mana harta kekayaan yang ada digunakan sebaik mungkin sebelum kekayapan yang menjelang tiba. Pesanan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberitahu kita agar membuat perancangan yang sewajarnya. Namun sehebat mana perancangan kita, sedarilah perancangan ALlah S.W.T menentukan segala2nya.

Jumaat, 13 Mac 2009

Orang Kampungku Ditimpa Kemalangan!

Lapan parah, 29 cedera ringan
Oleh OPAT RATTANACHOT


SIK 12 Mac - Lapan pelajar parah dan 29 lagi cedera ringan apabila sebuah bas yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kampung Sungai Senang dekat sini hari ini. Bas sewa khas yang dipandu oleh seorang lelaki berusia sekitar 40-an berkenaan dikatakan hilang kawalan apabila tiba di satu kawasan selekoh tersebut sebelum terbalik. Pemandu tersebut juga dilaporkan parah selepas cedera pada kepala dan anggota badan. Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Zaidong Mustaffa berkata, bas yang membawa 37 pelajar tingkatan tiga Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang itu dalam perjalanan ke Empangan Beris dekat sini untuk mengikuti kursus motivasi. Mereka bertolak dari Bukit Jenun pada jam 2.30 petang dan ketika melalui Jalan Sungai Senang yang menuruni bukit, bas itu gagal dikawal sebelum terbabas dan terbalik. "Kejadian tersebut menyebabkan lapan pelajar masing-masing lima wanita dan tiga lelaki cedera parah manakala yang lain cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mereka yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sik (HS) untuk menerima rawatan manakala yang lain diberi rawatan pesakit luar di hospital sama.
Menurut Zaidong, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut sempat menghulurkan bantuan kepada mangsa berkenaan. Bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang cedera parah itu pada mulanya tidak dapat dibantu penduduk kampung memandangkan mereka tersepit di kerusi. "Pihak berkuasa terpaksa mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat bagi mengeluarkan mangsa dan menghantar mereka ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya. Beliau berkata, keadaan semua mereka kini dilaporkan stabil. Tambahnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati pemandu bas berkenaan dikatakan tidak begitu arif dengan keadaan jalan tersebut. "Kita akan merekodkan kenyataan pemandu selepas keadaannya beransur pulih bagi membantu siasatan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)," jelasnya.
Sementara itu, salah seorang pelajar yang ditemui pemberita, Mohd. Faridzuan Ishak, 15, berkata, ketika kejadian dia bersama rakannya sedang berbual-bual di atas bas. "Masa itu bas sedang menuruni bukit dan kami semua yang berada dalam bas menjerit apabila pemandu memberitahu brek bas gagal berfungsi. "Saya serta rakan tidak dapat berbuat apa-apa hanya berdoa agar kami semua selamat," katanya. Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di HS mendapati keadaan menjadi sedikit kelam-kabut apabila sebahagian besar waris pelajar terbabit memenuhi pekarangan wad kecemasan bagi mengetahui keadaan sebenar anak-anak mereka.

Cerita SPM

Rekod 19 A1, 1 A2 dari Nik Nur Madihah



Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM




KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2. Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. "Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. "Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya. Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
[aku a.k.a raudhah7 sgt kagum dgn kejayaan pelajar di atas, hujahku mudah, di mana ada usaha di situ ada jaya. Kebetulan hari ini aku berkesempatan memberi pengisian kepada murid2ku. Kesempatan yang ada pada hari terakhir sblm cuti pertengahan penggal ini aku penuhi dgn satu cetusan semangat kepada murid2ku agar menjadikan model2 pelajar berjaya seperti di atas dijadikan model rujukan atau idol kepada mereka sbg seorang pelajar. Jaya mereka di sinari dgn ilmu akademik dan ilmu agama, itu yg menariknya. Melihat kepada riak wajah yang memaparkan riak wajah yang menyejukkan pasti sinaran akhlaknya selaras dgn riak wajah yg sebegitu. Aku juga sempat tegaskan!leburkan idol2 yg melalaikan sebelum ini, sudah sampai masa kamu semua mengambil mereka2 yg berjaya dalam hidup dan pelajaran ini sebagai rujukan kamu!nyahkan dalam diri kamu liburan dan hiburan yg melampau, ajak diri kamu semua mencari sinar jaya lantas mematlamatkan diri kamu semua dgn mencita-citakan kejayaan dalam diri kamu. Aku juga sampaikan, pelajar yang cemerlang ialah pelajar yg bijak dalam akademiknya, hebat dalam agamanya dan menyinar dgn akhlak yg mulia. Puas hatiku....kerna hari ini aku mengajak kelompok dlm kelilingku menjadi manusia. Alhamdulillah..moga Allah kurniakan aku kemandirian yg teguh dan beristiqamah dlm menjadi khalifah Allah]

Isnin, 2 Mac 2009

Hujung Minggu Di Kampung

Alhamdulillah, minggu ini seperti kebiasaannya dapat menatap wajah keluarga di kampung, rutin hujung minggu aku bersama keluargaku dapat ku teruskan seperti biasa. Malam Jumaat aku dgn beberapa sahabat2ku bertolak pulang dari KL ke Kedah. Sampai pun area ayam nak berkokok dah,4.30 pagi. TQ Dr Opp sbb sudi hantar aku sampai ke depan tangga rumah mentua.Dek kerana kepenatan di siang hari mengikut YB ke sana sini, sepanjang di atas lebuhraya yang khabarnya TOL ditangguh kenaikannya aku dibuai mimpi, tika Opp komited memandu WRS nya. Hati gembira dan lega sbb selamat sampai. Syukur pd Allah. Masuk saja dalam bilik, putera kecilku lena dibuai tidur yg nyenyak. Makin mengerti si putera kecil itu hakikat kehidupan seorang baba yang seringkali ulang alik tidak kira masa, pagi..petang..malam..tgh malam...hmm, sabar sahajalah ungkapan yg blh aku titipkan buat masa ini.

Hari Sabtu seperti kebiasaanya aku bergegas sekejap menjenguk pengurusan di PTMC Pendang pada sebelah pagi. Alhamdulillah, Oren Terabyte pun dah mulakan operasi. Ramai juga customer yg ada waktu aku pergi. Baguslah, berjuang dan teruskanlah berjuang sahabat2 di sana ye. Tuisyen pun semakin ramai pelajar2. Bagus..bagus.

Sebelah petang sabtu pula seperti rutin biasa, aku pulang ke rumah ibuku. Tanah tempat tumpahnya darahku. Mcm biasa, aku dan isteri serta hakimi ditunggu sabar oleh ibuku. Alhamdulillah, ibuku memahami skrg kehidupan anak bongsunya yg sentiasa dikejari masa. Masa yang kadang2 mencemburui hari2ku bersama2 famili. Rasa sangat cepat dan pantas masa berlalu pergi bilamana bersama mereka2 yg sentiasa aku rindui.

Hari Ahad menjelma, sama seperti minggu2 yg lepas, aku akan hantar isteri ke sekolahnya. Sehari dalam seminggu aku wajibkan diriku menghantar isteri ke sekolahnya dan menjaga anak di rumah. Letih tapi seronok menjaga Hakimi yang aktif berjalan ke sana sini. Mulut pun sudah pandai bersuara. Tapi hari ini mama balik awal sbb terpaksa buat medical check up utk urusan pengesahan perlantikannya. Sebelum pulang dr klinik, sempat singgah ke PTMC Alor Setar, menjenguk sahabat Ashraf mengatur urus bisnes di AS. Alhamdulillah, isteriku..dlm sarat membawa adik Hakimi beliau sangat kuat mengatur langkah sehariannya. Terima kasih aku ucapkan pada 'cinta'ku itu kerana sangat memahami keadaan tika ini. Tabahmu membuatkan aku lebih tabah. Cekalmu membuatkan aku makin bertambah cekal. Sabarmu mengajarku utk bertambah sabar. Allah menguji hanya pada umat yang tahan dan cekal serta sabar dgn ujianNya. Benar bukan???Makin diuji makin bertambah kuat. Itulah hikmahnya....

Benar kata...benar bicara..benar segalanya.....