'... Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya ...''

[ Imam As Syafie ]

Saturday, March 24, 2012

jujur aku JELEZ...

Hm...assalamualaikum,
nak menangis aku masa taip entry nie,
tp,
setelah aku sedar,
terus aku beristighfar...

CINTA DALAM DIAM...
begitulah apa yang aku rasa,
susah sangat nak mujahadah nie...
hati macam susah nak ditundukkan,

SUSAH KAN?
-bila kita cuba tahan perasaan kita kepada ajnabi,,,
begitulah apa yang aku rasa,

SAKIT KAN?
bila kita ketahui,
kita suka pada dia,
tapi,
dia tak pernah mengerti,

DAN LAGI,
bila kita ketahui,dia minat pada org len,
terasa jiwa wanita yang lemah ini,
bertambah lemah,

BIARLAH WAKTU dan TAKDIR yang MENENTUKAN...
takkan lari pasangan tulang rusuk kita,
kalau dah ditakdir oleh ALLAH yang MAHA ESA...

apa yang boleh aku lakukan sekarang,
adalah BERDOA,BERDOA dan terus BERDOA...
moga ditemukan dgn psgn yg terBAEK utk diri ini...

tapi,hehe,
masih tetap berharap...

setelah aku berpijak semula ke alam realiti,
-AKU MASIH PUNYA ALLAH DAN RASUL!!!

Friday, March 16, 2012

i WANT to be FREE!!!

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA kepada semua viewers blog sy...
Arini tergerak hati saya untuk membuat entry baru...
Tajuk dipilih,'i WANT to be FREE!!!'

semua kat sini mesti mahukan KEBEBASAN kan?
dan setiap org memandang KEBEBASAN dari pelbagai perkara...
dari setiap sudut pandangan yang berbeza...

KEBEBASAN?
ada yang menganggap,
'hm...aku nak bebas dalam memilih kerja'
'sukati aku lah aku nak bebas ke mana pun,apa ko kesah!'

tapi,
arini bukanlah kebebasan itu yang kita nak bincangkan,

tapi arini,
miss roses nak cakap pasal,
kebebasan dari sudut perspektif umat islam di,

1)Gaza;
2)Syria;
3)dan pelbagai tempat di seluruh dunia,

mungkin ramai yang tak begitu prihatin tentang isu ini,
'mengapa nak sibuk2 hal org kat negara lain,sedangkan kita berada di negara yang aman?'

tapi,adik2,abang2,kakak2 yg sy sayang semua,
tidak kira kamu semua ISLAM atau bukan,
fikirlah dari sudut perikemanusiaan,

mari kita ungkaikan satu persatu,
apa sebenarnya terjadi pada umat2 ISLAM negara2 luar,
kalau kamu semua 'NON-MUSLIM' mengatakan ISLAM itu terrorist,baik kamu semua baca entry nie sampai abes dahulu,

cuba baca artikel terbaru ini terlebih dahulu,

Jumaat, 16-03-2012 - Serangan udara oleh rejim Zionis pada tengahari Ahad lalu telah mengorbankan seorang lelaki Palestin berusia 60 tahun dekat kawasan perniagaan di Bandar Gaza, kata sumber tempatan kepada Pusat Informasi Palestin (PIC). Menurut mereka, warga emas yang terbunuh itu, Adel Isy, merupakan seorang pengawal keselamatan kepada ladang keluarga Wahidi yang menjadi sasaran serangan rejim Zionis.

Seorang kanak-kanak Palestin dan seorang pengantin baru juga terbunuh pada awal Ahad lepas dalam dua serangan berbeza yang dilakukan oleh rejim Zionis, manakala 4 orang yang lain tercedera. Mangsa terbaru ini menjadikan angka korban rakyat Palestin seramai 18 orang dalam serangan bertubi-tubi oleh rejim Zionis ke atas Gaza yang bermula Jumaat lepas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/

siapakah yg patut dianggap TERRORIST sebenarnya?

Then,u should hear this part of the movie,
maybe this can help u to find the REAL TERRORIST...
maybe,
perhaps,
if u open ur eyes widely,



dan,
kalau nak cakap ISLAM itu mengongkong,
dan tidak bebas,
mengapa PERANCIS yg cuba menyekat kebebasan umat ISLAM dalam mengamalkan cara hidup mereka,
BERTUDUNG,
sampai diberitakan ada pelajar yang sanggup berhenti pengajian di salah sebuah univerti di Perancis hanya tidak dibenarkan bertudung,

walhal,
ISLAM tidak pernah mengongkong siapa2 pun di negara mereka,
untuk mengamalkan agama masing2,
KECUALI jika perkara yg dilakukan,benar2 membawa kemudharatan bersama...

so,
what u think,
ladies n gentleman...

think throughout ur heart,
ADAKAH RAKYAT PALESTIN TIDAK MENGINGINKAN KEAMANAN SEPERTI KITA?
ADAKAH PENDUDUK SYRIA TIDAK MAHU UNTUK TENANG SEPERTI BIASA?
ADAKAH RAKYAT ISLAM SEPANYOL TIDAK MAHU BEBAS BERTUDUNG?

-Take A Concern View-


Wednesday, March 14, 2012

ada APA dengan CINTA...

Tergelak juga aku bila nak memulakan entry nie...sebab apa?sebab aku pun macam korang REMAJA yang lain...
1)masih tercari-cari identiti diri,
2)terasa seakan memerlukan sesorang untuk dijadikan sandaran hati,(jujur aku cakap)
tapi,
bila aku tersedar balik dan berpijak kembali ke alam nyata,
sungguh,
tanggungjawab aku masih belum selesai,
perjalanan hidup aku masih begitu panjang,
banyak lagi yang aku perlu selesaikan...
1)aku perlu men'settle'kan dulu tugas aku sebagai seorang pelajar;
2)seorang dai'e
3)pejuang agama juga anak bangsa...
dulu,
aku ada menyediakan satu pelan perancangan hidup aku,
seperti yang disediakan oleh Fahri dan Aisya dalam novel ayat-ayat cinta...

berikan aku peluang untuk menceritakan pelan tersebut,
pertama sekali,
aku akan mendapat 9A dalam PMR(maklumlah ketika perancangan dibuat,aku msih di tingkatan 3)
kemudian,
aku akan mencapai keputusan cemerlang dalam SPM;
melanjutkan pelajaran di 'oversea',menjadi peguam yang terkemuka;
mengendalikan kes berprofil tinggi,
dalam masa yang sama,aku akan berusaha menuntut ilmu dlm bidang perniagaan;
sambil bekerja,sambil membuka bisnes,
pada suatu saat,
akan fokus sepenuhnya pada perniagaan tersebut,
dalam umur 26 tahun,
barulah aku akan bernikah dan mempunyai 4 org anak,
(semuanya macam perfect kan?)

'bernkah?'
'bercouple sebelum nikah?'
-dulu aku sgt2 jeles melihat teman2 mempunyai 'pasangan' diorang sendiri,-

'cOuPLe?'
pernah dahulu terlintas dalam fikiran aku untuk berkapel,
tapi,
syukur,ALHAMDULILLAH,
ALLAH itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA,
aku telah ditempatkan di sebuah SBP yang bergelar SBT,
yang akhirnya,
membuatkan aku tersedar,tujuan asal hidup ini,
MARDHATILLAH...

dan tanpa ku duga,
akhirnya,pada suatu tahap,
org telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk dilantik sebagai NAQIBAT,
dari situ,aku mula berfikir,
kepercayaan yang diberi kepada aku,tidak harus disia-siakan,
aku mula belajar untuk merubah sedikit demi sedikit,
perangai burukku,,,

itu semua tentang aku,
bagaimana pula anda yang lain,
seronokkah bercinta?
indahkah berkapel?
bahagiakah harga diri melayang?


HAKIKAT SEBENAR,
dapatan dari hasil kajian,
insan yg pernah berkapel akan berkata begini,
A:jangan jadik macam akak,berhabis duit sebab laki tak guna tuuuu...
B:Tak guna punya pempuan,mati2,aku ingat dia nak kawin ngan aku,rupa2nya,belakang aku ada laki lain!
C:seronok jadi pempuan,lepas dpt apa yg dia nak,sukati2 dia je nak tinggalkan aku,pastu,sebarkan lak fitnah sal aku,,,

adik2,abang2,kakak2 yang sy sayang sangat2,
sekarang fikir betul2,
semua tu berlaku sebelum kahwin,
dah kena tinggal...

kalau dah kahwin,hidup susah?

tak dapat bayangkan betapa harunya hidup...

lagi haru kalau,
bila dah kahwin,kita baru dapat tau,
pasangan kita ade berdozen dozen juta kekasih lain selain kita...
waaaaaaaaa........maunye meraung kott...
waktu tu menangis muntah2,keluar bijik mata un tak guna lagi...

banyak da kes,
masa bercinta,semuanya indah belaka,
waktu rumah tangga,
'suami kaki pukul'
'suami kaki judi'
'isteri pisau cukur'
sebab itu dalam islam,
disuruh memilih AGAMAnya sebelum 3 perkara yg lain,
kecantikan,kekayaan dan keturuna yg baik,memang perlu,
tapi,tanpa agama...
masjid yang dibina tak mungkin akan dapat berdiri dengan kukuh...
cuba bayangkan,
masjid yg tiada imam,tiada makmum,
kosong...
macam takde 'function'

bercouple itu menjurus kepada zina,
dan zina itu perkara haram disisi islam,
petikan daripada ALQURAN,

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.”
(Surah AL-ISRA':32)

Jadi,
bercinta selepas berkahwin adalah suatu kemanisan,

Izinkan saya berkongsi puisi tentang cinta dr filem KCB:
kata-kata puisi dr Ayyatul Husna dan Anna Althafunnisa,

cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...

sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan dengan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

Tuesday, March 13, 2012

saya CINTA dia...

Andy berasa bosan berjalan berseorangan,rancangan asal,dia sepatutnya ditemani oleh tunangnya...tapi,apa silapnya,mereka gaduh besar...terpaksalah dia menonton wayang sorang-sorang malam itu,
teringat dia pergaduhan siang tadi,,,
'Awak tipu saya,PENIPUUUUUUU!!!'
'Kenapa ni awak?'
-Tidak disangka kekasihnya dapat menghidu gaya hidup 'playboy'nya-baju yang penuh kesan gincu itu dipegang erat kekasihnya
Sedang dia berjalan-jalan di bandar itu,dia terlihat seorang wanita berjalan keluar dari sebuah kedai...'kedai bunga'...
wanita itu ayu
wanita itu cantik
wanita itu...entahlah,,,sukar utk ditafsirkan
            sebenarnya dia tidak nampak pun rupa wanita itu,
wanita itu berpakaian serba hitam,
wanita itu menutup wajahnya dengan sehelai kain,
dan wanita itu juga,tidak kelihatan satu pun anggota badannya melainkan,
-dua pasang matanya-
sungguh,sepanjang hidupnya bergelar arjuna yang digilai ramai,
tidak pernah dia berasa takjub sebegitu,,,
        selangkah demi selangkah,
makin dia menghampiri wanita tersebut..
'Hai,boleh saya teman awak jalan,bahaya jalan sorang2 malam macamnie'
(hormat tegurannya itu)
wanita itu berhenti berjalan dan sekadar tunduk...
'Saya baru sahaja tutup kedai saya,kalau encik nak beli bunga...',jawab wanita itu,
'Esok sahajalah...'sambung wanita itu kembali,
'Tak2,saya cuma risaukan awak saja'
'Takpelah,encik,saya boleh jalan sendiri,dah biasa'
                 Hari berganti hari.Andy tidak tahu mengapa dia sanggup mengambil jalan yang jauh berulang ke pejabatnya.Sengaja dia singgah sebentar di kedai bunga tersebut.Tidak masuk ke dalam, hanya menghidu baunya dari jauh,mencuri-curi pandang wanita tuan empunya kedai itu.
                 Tapi...hari ini,dia singgah lagi,tapi....hampa,'rAhsIa L.O.VE Florist closed',papan tanda itu dipasang di hadapan kedai...
Dia tidak putus asa,dia datang lagi hari berikutnya,sehinggalah...
'Encik,encik ni ke yg pernah pelawa Humairah untuk teman dia?'
-seorang wanita tua pemilik kedai bersebelahan menegurnya-
'Humairah?'baru dia ketahui nama gadia itu setelah 4 bulan mengekorinya,sedap nama itu...
'Ya,saya'
'Dia dah tinggalkan tempat ini selama-lamanya'
'Maksud akak?'
'Akak taknak cerita apa2,cuma Maira ada tinggalkan sepucuk surat untuk encik'
-Surat beralih tangan-
-Dibuka,dan...sungguh kemas tulisan tangannya-
Kepada:
       Saudara,
Selamat sejahtera,

        Saudara,
Sungguh tangan ini begitu bergetar untuk meluahkan sepatah kata pun kepada saudara dalam warkah ini.Tidak pernah saya merasakan suatu perasaan yang begini.

         Saudara,
Menurut pengamatan saya,saudara ini bukan saudara se-AGAMA saya.Saudara memandang saya penuh dengan rasa hairan melihat saya berpakaian.Saudara juga tidak segan silu mengajak saya untuk ditemani berdua-duaan sahaja pada waktu malam bersama saudara.
        
          Saudara,
Maafkan saya andai saya tersilap.Saya juga perasan kehadiran saudara di kedai bunga saya.Saudara sangat menghormati saya,tidak langsung datang mendekati saya.Jujur saudara,sebagaimana rasa saudara pada saya,begitu juga rasa saya pada saudara,apakan daya...
Saya telah menerima lamaran terlebih dahulu daripada ALLAH,tuhan saya dan saya juga percaya tuhan saudara juga.

Ketika DIA tahu saya tidak kuat untuk melawan pandangan mata dan nafsu,
dia telah memberikan rahmat dengan kehilangan kedua-dua pancaindera saya untuk melihat,
ALHAMDULILLAH,saya bersyukur,kerana DIA sayangkan saya...

Ketika saya teruk digoda oleh syaitan,
DIA lagi segali telah memberikan rahmatNYA,dengan kehadiran kanser...
Ya,saya akui,barah itu sakit,
tapi,dengan keperitanlah,makin saya ingat padaNYA,

             Saya sayang saudara,oleh itu,untuk buktikan cinta saya pada saudara,saya berikan saudara senaskhah tafsir QURAN dan nombor telefon seorang ustaz,iaitu pakcik saya...
             Saya dah memaklumkan padanya terlebih dahulu tentang bakal kehadiran saudara di rumahnya...belajarlah AGAMA darinya,dan saudara akan ketemu satu lagi rahmat dariNYA...

Dan sekarang...
            Muhammad Iman telah melafazkan ijab kabulnya di hadapn wali pengantin perempuan dan dua orang saksi,
     siapa sangka dia dahulunya seorang playboy,kaki minum dan kaki judi telah menjadi seorang yang sangat suci ibarat bayi yang baru dilahirkan...
walaupun Iman tidak mendapat Humairah Nur Sofea,tapi dia telah mendapat sepupu kepada Maira,yang sama cantik dan alim,
             'MARIA AL-QIBTIYA'
Aku CINTA dia!!!
Benarlah:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"(Surah An-Nur:26)
-Perkenalan dengan Maira ibarat menghidu haruman kuntuman mawar,walaupun,bunga itu sudah jauh ditinggalkan,tetapi harumannya masih dapat dihidu 1000 ela lagi-