Array Kesan Daripada Gejala Rempit-Kesan Daripada Gejala Rempit
 

 

 
24 JamadilAwwal, 1438 Hijrah
20-Feb-2017

   
Kesan Daripada Gejala Rempit

Kesan Daripada Gejala Rempit

"Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi(faedah) umat manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkarayang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dankeji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-benar iman)". (Ali -Imran ayat 110)Dikalangan umat islam ini pula, Allah s.w.t memberi keistimewaan kepada orang muda yang hidupnya sentiasa mentaati perintah Allah s.w.t. Bahkan rasulullah s.a.w menjelaskan didalam sebuah hadis yang mashur bahawa pemuda yang memenuhi ruang hidupnya dengan beribadat dan mengikut dirinya dengan aktiviti masjid adalah termasuk dikalangan mereka yang akan mendapat perlindungan dibawah naungan Allah s.w.t di padang masyar kelak.Malangnya, pada hari ini kita melihat sebilangan anak-anak muda kurang mentaatidan mematuhi perintah Allah s.w.t. Mereka lebih suka berpoya-poya,melepak,memenuhkan panggung wayang, berhibur dikonsert-konsert hiburan yang melampau dan mempertaruhkan nyawa dengan berlumba diatas jalan-jalan raya yang diistilahkan pada hari ini sebagai "MAT REMPIT".Rempit!!!Jika dilihat secara kasar, gejala rempit ini banyak membawa kemudaratan kepada masyarakat, bangsa dan negara terutamanya golongan yang terlibat itu sendiri. Rempit memberi impak yang besar terhadap perkembangan sosial, ekonomi serta politik negara.Golongan mat rempit ini tidak takut atau seram untuk menunjukkan kebolehan mereka di jalan raya malah mereka berbangga dapat menonjolkan aksi-aksi ngeri yang berbahaya dan boleh membawa maut itu di khalayak ramai. Merupakan kepuasan bagi mereka apabila dapat beraksi dengan memecut laju di atas jalan raya dengan deruman enjin yang sangat kuat serta pelbagai aksi berbahaya seperti willy dan wikang yang selalu kita lihat. Aksi-aksi yang ditonjolkan bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Oleh yang demikian, kita selalu melihat penunggang motosikal menyumbang paling banyak angka dalam statistik kemalangan jalan raya setiap tahun tidak kira kemalangan maut atau pun tidak. Malah, terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada gejala lumba haram ini.Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Banyak juga rungutan yang dapat kita dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin motosikal yang kuat dan mengganggu mereka beristirehat. Malah’ golongan ini juga sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah ataupun digelar juga sebagai ‘mat gian’. Kesan daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada kes-kes lain seperti mencuri, ragut, pecah rumah dan lain-lain. Namun, apa yang paling membimbangkan adalah konsep pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram tersebut.Anak-anak gadis ini sanggup menggadaikan maruah untuk menjadi pembonceng kepada teman lelaki mereka yang merupakan ahli kumpulan mat rempit. Gadis- gadis inilah yang menjadi pertukaran dengan pihak yang memenangi perlumbaan tersebut. Justeru, langkah yang drastik dan efektif harus difikir dan dilaksanakan segera agar kisah pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit pembunuh seperti AIDS dapat dielakkan.Manakala dari sudut ekonomi pula, mak rempit mensia-siakan waktu muda mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing. Tetapi peluang kemakmuran dan kemajuan negara dimanfaatkan oleh rakyat asing lantaran kerana anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara. Apa yang membimbangkan adalah sekiranya perkembangan yang tidak sihat ini semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal, ini kerana rata-rata mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia remaja. Bahkan sebahagiannya masih dibangku sekolah menengah. Mereka masih bergantung kepada kewangan ibu bapa masing-masing. Untuk menyertai lumba haram ini mereka memerlukan wang yang banyak khususnya untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol seta wang pertaruhan. Bagi sesetengah remaja yang terlibat dengan dadah memerlukan wang yang lebih lagi. Oleh sebab itu, apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit mereka mula memeras ugut, meragut dan mencuri yang pastinya akan merugikan ekonomi negara kita.Dari segi politik, generasi masa muda sekarang adalah merupakan tunggak pucuk pimpinan pada masa hadapan. Namun apabila berlakunya gejala seperti ini secara berleluasa masih adakah golongan yang masih mampu memimpin negara kita yang tercinta ini pada masa hadapan? Hal ini menjadi persoalan masyarakat kita sekarang. Kita perlukan anak pemuda yang berani. Tetapi keberanian itu perlu diletakkan pada tempatnya. Kita tidak mahu mereka yang berani mempertaruhkan nyawa diatas jalan raya yang akhirnya memberikan kerugian kepada bangsa,agama dan negara kita sendiri. Lantas bilangan masyarakat yang berkarisama dan berkepimpinan semakin berkurangan. Tenaga kerja dan sumber manusia juga semakin sedikit. Dan akhirnya mereka ini akan menjadi kaum yang terpinggir dalam urusan kemodenan dan kemajuan di tanah air sendiri. ...

www.myjodoh.net
Rumusan - Gejala Rasuah dalam Kalangan Masyarakat

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya rasua

Sains Tahun 4: Haiwan melindungi diri daripada cuaca melampau

Perlindungan Haiwan daripada Cuaca Melampau1. Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.2. Sesetengah habi

Cincin Emas 916 Terbaru Daripada Powergold

DAPATKAN EMAS BARU 916 DENGAN HARGA YANG RENDAH!! BERMINAT UNTUK MEMBELI ATAU MENJADI PENGEDAR SAH

Cara Mengatasi Gejala Sosial Rempit

Isu pelumba motosikal haram, atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’, bukanlah merupakan satu

Usaha usaha Menjaga Keselamatan Kawasan Kediaman Daripada Ancaman Jenayah

Sejak akhir-akhir ini, media massa sering memaparkan berita tentang pelbagai kegiatan jenayah yang b

Faktor-Faktor Berlakunya Gejala Rempit

Terdapat beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan gejala rempit ini. 1.kurangnya perhatian darip

Belajar Bersyukur Daripada Sebiji Tembikai

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai. Dia membeli buah itu dari sebua

MAT REMPIT DAN KRISIS SOSIAL

Oleh: ZAMBRY ABD KADIRISU ‘mat rempit’ dan kerenah buruk mereka sering kali dipaparkan dalam med

MAT REMPIT (MASALAH SOSIAL)

PengenalanMat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan ha

Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala Sosial (Ulasan)

Peranan Ahli Keluarga Dalam Mengekang Gejala SosialKini, gejala sosial yang semakin meruncing telah

Makluman Daripada BPI KPM 2016

PERATURAN UMUM/KHUSUS DAN TAJUK KALIMATUSSOBAH (MISS) KARNIVAL DAKWAH 2016 1 Mac 2016 Suka

 8216 proton Mahathir Lebih Bermasalah Daripada 1mdb Najib 8217

MALAYSIAKINI Berbanding dengan Proton, firma pelaburan 1MDB, idea bermasalah cetusan Perdana M

Jauhkan Aku Daripada 50 Tanda tanda Munafik Ini

Hadits 33: Tanda-tanda Munafik Pembahasan Hadits Shahih Bukhari , biidznillah , kini memasuki hadit

PENGHARGAAN DARIPADA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MELAKA TENGAH

SK Tun SAS telah mendapat 2 penghargaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah semasa Majl

www.myjodoh.net


Dapatkan Waktu Solat terus ke emel anda setiap hari !
Powered by groups.yahoo.com


Baju kurung, tudung, Shop Shoes, Bags, Clothes, tudung bawal, baju raya, fesyen, fashion.